RSS

..Sahabat,aku sayang padamu..

24 Nov

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda. 

 

 

 Abang Tarmimie Yang Dikasihi

PERSAHABATAN KERANA ALLAH

Persahabatan atas nama Allah adalah persahabatan yang terletak pada tahap paling tinggi dan paling bernilai.

Persahabatan sebeginilah yang didambakan oleh setiap insan yang beriman kepada Allah.

Ukhuwah kerana Allah juga mempunyai kemanisannya tersendiri yang hanya akan dirasai oleh orangnya sahaja.

Alhamdulillah,kini saya sudah merasi kemanisan ukhuwah itu sejak Allah menemukan diriku ini dengan insan yang bergelar sahabat dan lebih-lebih lagi sebagai abang.

Itulah insan yang aku sayangi iaitu Mohd Tarmimie Bin Mazlan..;)

 

SEBUAH PERTEMUAN

 

Pada cuti semester pertama dulu,saya telah mengikuti sebuah program yang bernama Kem Remaja Islam Sarawak(KRIS).

Disinilah pertemuan mula berlaku.Saat malam hari,saat saya dan sesetengah lagi kawan sedang syok bercerita,tiba-tiba datanglah Abang Tarmimie ini tadi.Pesanannya menyuruh kami agar tidur kerana esok kena bangun awal untuk Qiamulalil.

Pelbagai cerita kami pada waktu itu..Gelak ketawa kami di tengah malam…hahaha..

Dan tidak lupa juga dengan ungkapan  “Cara Mesti Ada”..hahaha..

Tiba saat perpisahan kami,dimana pada hari ketiga.Air mata mengalir atas perpisahan ini.Sungguh aku rindu saat itu..

Dalam hatiku,aku berdoa kepada-Nya agar pertemuan ini mendapat rahmat dari-Nya dan agar persahabatan ini kekal untuk selamanya…

Waktu itulah,aku mula merasakan erti persahabatan itu sebenarnya.Disitulah baru aku tahu apa itu ukhuwah kerana Allah..

Ya Allah…sungguh indahnya saat itu..

 

 

UNGKAPAN RINDU DAN SAYANG

 

..Sejak berakhirnya kem tersebut..Alhamdulillah,perhubungan kami masih lagi berterusan.

Saya cuba untuk terus berhubung agar saya dengannya lebih rapat dan dapat mengenali antara satu sama lain.

Sungguh,aku katakan bahawa jika sehari tidak behubung saya merasakan seperti ada kekurangan pada hari tersebut..rindu akan mula mekar didalam jiwa….

Pernah sekali hampir seminggu kami tidak berhubung..

Sungguh,aku merasakan sungguh bosan sekali..

Hanya doa untuk sahabatku ini mampu aku hadiahkan bila rindu mula berputik..hehehe..

Bila kami berhubung,ungkapan sayang dan rindu selalu diungkapkan…persahabatan ini juga membuat aku lebih dekat kepada-Nya.

Sahabatku inilah yang banyak mengingatkan diriku ini tika aku lalai.Dialah yang memberikan kata-kata semangat saat aku putus asa…

…Sesungguhnya rasa rindu itu hanya akan terubat dengan pertemua…

Aku selalu berdoa kepada-Nya agar satu hari nanti diberi peluang untuk bertemu kembali dengan abangku ini..

INSAN YANG SELALU MEMBUATKU TERTAWA

 

..Sahabatku,Abangku..

Dialah juga insan yang selalu membuatku tersenyum dan tertawa.Insan ini adalah kurniaan Allah kepada diriku yang amat berharga.Ini kerana,sahabat adalah kuniaan-Nya yang paling berharga..

Bagi diriku,sahabat seperti udara dimana tanpanya kita tidak mungkin boleh hidup..

Ini bermakna sahabat adalah insan yang penting dalam hidup setiap insan.

Sahabatlah yang akan bersama dalam suka duka.

Aku tidak mahu ukhuwah kami ini terselit sesuatu yang tidak sepatutnya.

Selalu ku mohon kepada-Nya agar ukhuwah ini sampai syurgawi.

PENUTUP

 

Abang Tarmimie…Sahabatku…

Sungguh,aku sayang kepadamu kerana Allah…

Aku rindu padamu..walaupun kita selalu berhubung..namun rasa rindu itu masih juga ada dalam diriku..

Ku harap,kasih sayang ini selalu mendapat rahmat darinya dan sama-sama kita mengejar untuk mendapat naungan di akhirat kelak….

Tiada apa yang ku pinta dalam persahabatan kita ini,melainkan keikhlasan dan kejujuran serta doa yang tulus agar ukhuwah ini kekal selamanya……

Ku mengharap agar kita semua dapat menghargai teman dan sahabat kita.Bilalah persahabatan itu kerana Allah kerana itulah persahabatan yang paling indah dan paling berharga….

Khas Untuk Abang Tarmimie…..

Kamek Sayang Abang Kamek…(Abang Mimie)…hahha..

 
1 Komen

Posted by di 24/11/2010 in Coretan Hati, Istimewa

 

Label: ,

One response to “..Sahabat,aku sayang padamu..

  1. Abg Tarmimie

    24/11/2010 at 6:14 am

    salam…
    syukran dngan nurkilan yg dituju khas utk abg…
    abg x mgharap penghargaan seperti towk…
    tapi abg sambut dgan hati yang terbuka…
    x ada apa mampu ku blas cuma ucapan ringkas syukran…namun dalam ungkap[an itu syukran utk byak perkara….
    *syukran kerana mjadi sahabat
    *syukran keranan mejadi adik yang kusayang..
    *syukran kerana mjadi tempat jika aku kmek ada maslah….
    *syukran kerana menjadi teman yg terbaik kamek pernah ada
    *syukran…terlalu byak dan tidak dapat dinukilkan

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: