RSS

New Blog…

Assalamualaikum…

Alhamdulillah,dengan izin dan rahmat dari-Nya saya telah diberikan kesempatan untuk menulis disini pada hari ini.

Dalam post ringkas saya kali ini,saya cuma ingin memberitahu akan laman atau wadah terbaru saya iaitu di nurudhin.blogspot.com

Jangan lupa singgah selalu di blog terbaru saya.InsyaAllah….

Terus doakan saya…:-)

New Blog — http://nurudhin.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26/04/2011 in Uncategorized

 

‘We Teach We Learn’

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

..We Teach We Learn..

 “We Teach We Learn”

Kata-kata salah seorang ustazah disekolah saya masih lagi dalam kotak fikiran saya untuk terus dingati dan dipraktikkan.

Makna ayat tersebut ialah Kita mengajar Kita Belajar.Maknanya sewaktu kita mengajar sesuatu kepada orang lain,maka kita juga belajar apa yang kita ajarkan.

Bukannya kita hanya mengajar orang lain tapi kita sendiri tidak mempraktikkan apa yang diajarkan.

Ustazah itu mengingatkan saya dan kumpulan usrah kami sewaktu selesai mengadakan usrah mingguan bersama adik-adik ditingkatan 1 dan 2.Kami diingatkan supaya bukan sahaja mengajar dan memberikan kefahaman Islam kepada adik-adik junior tapi juga perlu memperbetulkan diri dan belajar dari apa yang diajar.

Bagi diri saya sendiri,saya mempunyai blog ini sebagai medan untuk saya menyampaikan tentang agama,namun kadang-kadang saya terfikir adakah saya benar-benar mengerti dan mengambil semua yang saya sampaikan di blog saya ini.

Read the rest of this entry »

 
 

Label:

Hebatnya Dia,Lemahnya Diri Ini

 

 

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 
 
Alhamdulillah,
 
Pertama sekali,syukur kepada Allah kerana telah memudahkan segala perjalanan kami rombongan Ahli Lembaga Koperasi sekolah yang melawat ke Borneo Tropical Rainforest Resort bersama dengan 3 orang guru berserta puan pengetua..:)

 
Perjalanan sejauh 31 KM dari Bandaraya Miri dan memakan masa selama 1 jam tersebut terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan.Pelbagai peristiwa menarik dapat dilihat sepanjang perjalanan dan sudah tentunya apabila kaki menjejak dihadapan pintu utama Borneo Tropical Rainforest.:)

Apabila saya mula masuk ke kawasan ini,hati saya terus terdetik mengakui betapa besarnya keagungan Allah dan kerdilnya diri ini dihadapan-Nya.Terbentang dihadapan mata bukit bukau dan pemandangan yang cukup menarik.Betapa indah sekali ciptaan Allah terhadap alam ini untuk manusia berfikir tentangnya dan mengakui akan kebesaran-Nya.

Firman Allah s.w.t.

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.”

(Surah Al-Fussilat : 53 )

Read the rest of this entry »

 

Label: , ,

Dimana Kebijasanaanmu..??

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

..Mempunyai Fikiran Mengubah Negera..

 
Sewaktu berada disekolah semalam,seorang guru telah menceritakan tentang kehebatan seorang tokoh tanah air yang cukup terkenal di negara ini malah terkenal diserata dunia.
 
Sebut saja nama beliau pasti akan dikenali.Mungkin kepimpinannya satu masa lalu meninggalkan kesan kepada tanah air ini.
 
Guru itu bercerita bahawa tokoh tersebut memiliki kebijasanaan yang tinggi serta beliau banyak membangunkan negara.Malah, tokoh tersebut juga dihormati oleh pemimpin-pemimpin dari negara lain.Jika di negara Arab,nama tokoh tersebut pun sangat popular.
 
Lalu,sewaktu guru tersebut bertanya,adakah kamu semua bangga dengan beliau?.Semua pelajar mengangguk kecuali seorang.Saya.
 
Ya,memang saya kagum dengan kebijasanaan tokoh ini namun saya tidak pernah bangga mempunyai tokoh seperti ini.
 
 
Tinggalkan komen

Posted by di 16/04/2011 in Hukum, kEbaNGkiTan, Kepimpinan

 

Label: ,

Kembalilah Islam !

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

..Carilah Jalan Yang Benar..

 Alhamdulillah

Hari ini sekali lagi berpeluang menulis sedikit coretan untuk bersama.

Beberapa hari ini,negeri Sarawak telah dilandai ‘tsunami’ politik yang agak kuat.Poster-poster parti bertanding kini sudah kelihatan dipasang di seluruh tempat.Di Bandaraya Miri,setiap pagi ketika saya hendak ke sekolah,kami akan disambut dengan bendera BN dan juga parti pembangkang.Tidak lupa juga slogan-slogan seperti ‘Satu Malaysia=Sapu Malaysia’ ‘BN makin rasuah,Rakyat makin susah’…Hahaha..Macam-macam ada.Belum lagi pergi ke Bandar yang mana mata tidak akan terlepas dari melihat poster-poster dan bendera parti.

Ops,harap tidak terlebih pulak..Heheh..

Selamat Membaca….

Read the rest of this entry »

 

Label: ,

Tetapkan Matlamat Kita

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

...semoga tepat mengenai matlamat kita...

 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
 
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”
 
(Surah Adz-Dzariyat : 56)
 
Saya mulakan dengan firman Allah diatas sebagai titik utama tentang tajuk yang bakal dibahasakan.
 
Firman Allah s.w.t. diatas sering kali saya dengar sewaktu saya bersama-sama kumpulan usrah saya.Mengingatkan diri yang sering alpa ini tentang matlamat kehidupan kita dimuka bumi Allah ini.
 
Pada mulanya saya terfikir adakah maksud ‘beribadah’ dalam ayat tersebut adalah tentang solat.Maka dalam fikiran saya bagaimana ini boleh dilakukan.?
 
Owh,rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.Islam yang indah ini tidak hanya menyentuh tentang kerohaniaan semata-mata tapi menyeluruh.Ini kerana Islam adalah satu-satunya agama yang sah dan agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. yang memenuhi fitrah manusia itu sendiri.
 
Tinggalkan komen

Posted by di 08/04/2011 in Tazkirah

 

Label: ,

Indahnya Cinta Itu

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

…Kebahagiaan Saat Bercinta…
 
Mungkin anda antara anda yang terfikir tentang Melly Goeslow jika terbaca tajuk catatan saya hari ini.Dibius Cinta.
 
……
 
Semua orang suka bercinta kerana cinta itulah yang memberikan kebahagiaan.
 
Hari ini,kalimah cinta ini boleh didefinisikan kepada banyak cabang.Cinta kepada ibubapa,cinta kepada sahabat,cinta kepada kekasih,cinta kepada kekayaan,dan banyak lagi.
 
Namun,masa kini sedikit sekali orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah Azzawajalla.Maka,jika tirisnya cinta kepada Allah,maka sudah tentu cintanya kepada yang lain hanya mendapat kebahagiaan di dunia dan mendapat penderitaan di akhirat kelak.
 
Hakikatnya,cintailah segalanya yang mampu untuk dicintai.Cintailah ibu bapa anda,cintailah keluarga anda,cintailah sahabat anda,cintai isteri anda.Namun,jangan pernah lupa untuk mencintai Allah s.w.t. yang akan memberikan anda kebahagiaan buat selama-lamanya.Sekalipun anda berada di tempat yang paling mengerikan,bila perasaan cinta kepada Allah itu tinggi dan mantap maka ketenangan akan hadir dalam jiwa kita.Itulah hebatnya balasan cinta Allah kepada sesiapa yang mencintainya.
 
 
Tinggalkan komen

Posted by di 07/04/2011 in Tazkirah

 

Label: ,