RSS

SOLAT

16 Jan

Sejenak membaca hadis…..

Assalamualaikum…Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammas saw serta seisi keluarga dan seluruh para sahabat…

HADIS HARI INI:-

Daripada Abu Umamah r.a. Nabi saw bersabda:”Bertakwalah kepada Tuhan kamu,tunaikan solat lima waktu,berpuasalah kamu dibulan kamu(ramadhan),keluarlah zakat harta kamu dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu.” (Riwayat al-Tirmizi)

Keterangan….

Daripada hadis diatas,jelaslah bahawa salah satu amalan yang membolehkan seseorang itu memasuki syurga ialah dengan menunaikan solat lima waktu.Solat lima waktu ini adalah sesuatu amalan yang paling utama akan dihisab diakhirat kelak.Jika solat kita rosak maka rosaklah segala amalan yang lainnya..


Solat juga haruslah degan keikhlasan dan penuh ketakwaan kepada Allah SWT dimana kekushukkan amat penting.Namun amat sukar untuk kita yakin 100% dengan Allah semasa solat kerana fikiran kita yang sering diganggu dengan keadaan sekeliling.
Solat ini telah diwajibkan keatas umat Islam selepas peristiwa bersejarah Isra Mikraj. Solat ini juga adalah sangat berharga kerana perintah solat ini telah diberikan terus kepada Nabi Muhammad saw dan tidak seperti perintah yang lainnya yang dikirimkan kepada malaikat baru sampai ke Nabi.Solat merupakan tiang agama dalam islam.Dengan ini,sesiapa yang menunaikan solat bererti dia telah menegakkan agamanya dan orang yang tidak menunaikan solat sama seperti dia meruntuhkan agamanya.
Selain itu,dengan bersolat kita juga dapat menenagkan fikiran kita dan memberikan ketanangan kedalam hati kita.Di zaman Nabi dahulu,para sahabat menyelesaikan masalah hanya dengan menunaikan solat sunat 2 rakaat.Sebagai mana seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sewaktu beliau baru pulag dari berperang dan terus balik kerumahnya,dia mendapati tiada makanan.Lalu sahabat bertanyakan kepada isterinya.Isterinya berkata tiada makanan lagi.Lalu sahabat pergi ke masjid dan solat 2 rakaat dan selepas itu pulang semula kerumah dan mendapati masih belum ada makanan.Lalu sahabat pun pergi kembali kemasjid dan terus menunaikan solat 2 rakaat.Sebaik pulang kerumah,sahabat masih mendapati belum ada makanan lagi dirumah dan sekali lagi sahabat pergi ke masjid dan solat 2 rakaat dan sebaik sahabat pulang sahabat terkejut apabila melihat sebiji batu bergerak dengan sendiri mengisar gandum sehinggakan rumah sahabat tadi dipenuhi dengan gandum.Lalu sahabat pun mengangkat batu itu.Setelah itu,sahabat menceritakan kisah itu kepada nabi dan nabi berkata jikalau batu itu tidak diangkat seluruh penduduk Madinah akan dapat makan gandum itu sehingga kiamat…Ini menunjukkan betapa solat dapat menyelesaikan masalah.Tidak seperti kita pada masa kini yang bila mempunyai masalah saja nak bunuh dirilah dan macam-macam lagi.
Solat adalah salah satu perkara yang membezakan umat islam dan orang-orang kafir.
Dengan bersolat kita dapat mencegah daripada melakukan kemugkaran sebagaimana yang telah Allah nyatakan didalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”Ini jelas kerana apabila kita bersolat dengan ikhlas dan kushuk kita pasti akan sentiasa dipelihara oleh Allah dan iman kita tidak akan mudah tunduk dengan hawa nafsu dan godaan syaitan untuk melakukan kemugkaran…


Jika seseorang itu meninggalkan solat maka ia akan mendapat azab dari Allah sewaktu ia hidup didunia,sewaktu di alam barzakh,dan akhir sekali di akhirat kelak…Jika didunia,kehidupan orang itu tidak diberkati oleh Allah seperti rezkinya menjadi kurang,kehidupannya sentiasa bermasalah.Seterusnya Allah akan mencabut nur orang-orang yang solah diwajahnya.
Seterusnya,dialam barzakh pula,ia akan disempitkan kuburnya sehinggakan tulang rusuk kanannya bertemu degan tulang rusuk kirinya…selain itu,kuburnya menjadi gelap dan datang ular yang diperintahkan Allah untuk menyiksanya sehingga kiamat.Sewaktu di akhirat kelah,orang itu akan mendapat penghinaan di padang Masyhar.Ia akan dipandang hina oleh Allah dan akhir sekali akan dimasukkan kedalam neraka..nauzubillah..dan bermacam-macam lagi ancaman Allah didalam Al-Quran tentang orang yang tidak mematuhi peraturanNya…
Oleh itu,kita sebagai umat Islam haruslah mengikut akan ajaran agama kita sendiri dan jangan sesekali kita lalai dan terikut-ikutkan budaya barat yang mencuba untuk menjatuhkan umat Islam…
Bangkitlah kita umat Islam….!!!!!!!!…..Bersatu kita mengangkat kembali agama Allah ini….!!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16/01/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: