RSS

Maulidur Rasul yang berharga

26 Feb

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh…

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam…Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keatas ahli keluarga dan para sahabat baginda…

Hari ini,artikel yang bertajuk ‘Maulidur Rasul yang Bernilai”
‘Berharga’ disini bukannya bermaksud berharga dengan nilai wang,harta, dan lain-lain…Tapi yang membawa maksud pengertian atau pengetahuan kita yang mendalam tentang Maulidur Rasul…

Secara ringkas,tentu kita tahu yang Maulidur Rasul adalah hari kelahiran Nabi Muhammad saw…Namun,adakah kita hanya tahu tentang kelahiran baginda..??..pernah kita mengenang atas ibadah yang baginda laksanakan,atas keimanan baginda kepada Allah SWT,atas sifat yang terpuji baginda dan atas kasihnya nabi kepada umatnya….??
Allahuaikbar…

Muhammad bin Abdullah telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah..Baginda telah dilahirkan tanpa kasih sayang seorang ayah…
Ayahnya Abdullah,telah meninggal dunia sewaktu nabi didalam kandungan ibunya Aminah…Setelah beberapa tahun lahir,maka ibunya Aminah telah jatuh sakit lalu meninggal dunia…Namun,siapa tahu seorang anak yatim itu adalah lelaki pilihan Allah pembawa rahmat ke seluruh alam..
Pelbagai perkara pelik telah berlaku sewaktu kelahiran baginda yang antaranya bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu tertimbus…SubhanAllah..

Hari Maulidur Rasul bukanlah hanya disambut dengan selawat,tapi perlulah disertakan dengan penuh tanda kesyukuran.Nabi adalah pembawa rahmat ke sekelian alam..Pembawa Islam yakni deen yang benar di sisi Allah..
..Selain itu,kita juga perlulah mencontohi sifat Rasulullah iaitu Siddiq(bercakap benar),Amanah,Tabligh(menyampaikan) dan Fatonah(bijaksana)..Sifat ini adalah sifat yang terpuji dan dipandang mulia disisi Allah..

Namun,dalam zaman yang semakin maju ini,ramai para remaja yang sepatutunya menjadi pejuang agama telah hanyut dibawa arus kemodenan..Bagi mereka,Islam ni ketinggalan zaman..Alangkah gembirnya kita jika kita melihat para remaja memenuhi ruang masjid dan surau…Nabi perlulah menjadi ikon untuk diri kita,dan ibubapa juga perlulah mendidik anak mereka dari kecil untuk mengenali siapa Rasulullah..Ibubapa masa kini,lebih mengenalkan anak mereka dengan mickey mouse,barbie,digimon,doreamon dan lain-lain lagi..Hal ini perlulah dijauhkan dari diri kita kerana Nabi Muhammad adalah manusia yang paling terpuji sehinggakan tercatit didalam al quran…

Saya berani berkata yang jika kita tanya 100 orang remaja kini,maka hanya sedikit sahaja yang mengetahui akan salasilah keluarga Nabi..
Namun,jika kita tanya bilakah hari kekasih mesti semuanya akan tahu..
Ini menunjukkan menteliti umat masa kini telah dicemari dengan kekotoran yang dibawa oleh barat.Tentu orang-orang besar barat tersenyum lebar apabila melihat umat Islam yang telah jauh dari pangkal jalan.
Oleh itu,ita sebagai umat Islam,perlulah bersatu untuk meneguhkan syiar Islam..Kita perlulah bersatu tanpa mengira bangsa,negara,warna kulit dan lain-lain..Sebagaimana nabi telah satukan golongan Ansar dan Muhajirin..Nabi telah berkata kepada mereka agar berpegang teguh kepada tali Allah…Pada pendapat saya,jika keharmonian dan kesejahteraan sesebuah negara ingin dicapai,ia perlulah disatukan atas agama Allah dan bukannya bangsa

Dalam pada itu,kita juga perlulah kasih kepada nabi kerana kasihnya nabi kepada umatnya…ingatlah dengan ucapan “ummati..ummati..”
Ucapan ini telah nabi lafazkan sewaktu ajal hampir menemuinya..Lihatlah betapa kasih dan risaunya nabi terhadap umatnya..Sebagai tanda kasih kita terhadap Rasulullah,maka banyakkanlah selawat ka atasnya..

Konklusinya disini,kita perlulah bersyukur kepada Allah kerana telah menganugerahkan seorang Nabi yang sungguh mulia…Dalam arus deras kemodenan ini,kita perlulah kuat berpegang pada Al-Quran dan As Sunnah..Semangat maulidur rasul ini perlulah sentiasa diteruskan,diingatkan setiap waktu dan bukannya hanya pada masa maulidur rasul…Ingatlah kasih nabi kepada umatnya…

sekian terima kasih..

nurudHin..
PERHATIAN..!!
(ini adalah hasil saya sendiri,oleh itu,jika ada kesalah dalam tulisan saya,maka sy mohon komen kepada saya…tq)..!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26/02/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: