RSS

WAHAI PELAJAR , MANFAATKANLAH MASAMU!

06 Mar

WAHAI PELAJAR , MANFAATKANLAH MASAMU!

Allah berfirman :

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا (٢٧)

Maksud : Sesungguhnya golongan yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.( Surah al-Isra’ : ayat 27)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah mempersaudarakan sesiapa melakukan pembaziran dengan syaitan. Ayat ini tidak terhad melakukan pembaziran harta benda dan kewangan semata-mata. Malah ia juga merangkumi pembaziran masa bila diisi dengan perkara yang sia-sia. Apatah lagi diisi dengan perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Golongan yang tidak pandai menggunakan masa juga tidak terlepas daripada firman Allah ini.

Cuti panjang akhir tahun masih berbaki sebulan lagi. Para pendidik dan pelajar merupakan golongan yang bertuah kerana mempunyai banyak masa lapang iaitu cuti lebih kurang sebulan setengah.Inilah keistimewaan menjadi seorang guru walau pun tugas guru kini penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Masa lapang sebegini sepatutnya dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah oleh dua golongan ini. Seseorang yang bergelar pelajar tidak sepatutnya menghabiskan sebahagian besar masa terluang dengan membaca novel dan majalah hiburan,menonton tv, melayari internet tanpa hala tujuan, mendengar muzik, lepak dan sebagainya.

Seorang pelajar sepatutnya membuat persiapan awal untuk sesi pengajian tahun depan. Pihak sekolah yang cakna dengan pelajarnya mengambil tindakan bijak dengan mengadakan kelas tambahan dalam cuti atau pun mengagihkan buku teks lebih awal iaitu sebelum cuti untuk kegunaan sesi persekolahan tahun depan. Sekurang-kurangnya para pelajar mempunyai bahan bacaan yang berfaedah untuk dibaca semasa cuti.

Cuti sebegini pelajar juga boleh mengambil kursus untuk meningkatkan intelektual dan kemahiran seperti kursus komputer, kursus perbualan dan pemantapan Bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti STPM, SPM atau PMR pada tahun depan.

Sebahagian guru ada yang menggunakan masa cutinya dengan menjadi pengawas peperiksaan atau menjadi pemeriksa kertas SPM dan STPM. Sekurang-kurangnya ia dapat menambahkan ilmu dan pendapatan. Tetapi peluang ini amat terhad. Malah ada yang mengambil kursus Bahasa Inggeris, kursus kemahiran computer , teknologi maklumat dan lain-lain lagi. semua ini untuk meningkatkan profesionalime sebagai seorang guru yang berkualiti dan berketrampilan.

Sabda Rasulullah SAW :

“Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG.”( Riwayat Imam al-Bukhari )

Memang benar dan tepat sabdaan Nabi saw. Masa sihat dan waktu lapang dibiarkan berlalu begitu sahaja. Inilah penyakit umat Islam pada masa kini. Dengan cabaran kehidupan yang semakin mencabar, mereka tidak pernah berusaha untuk memajukan diri berbanding dengan bang sa lain. Terdapat pelajar bila ditanya apa yang dilakukan sepanjang cuti. Selamba sahaja dia menjawab tidak buat apa-apa. Hanya baca novel, menonton tv dan lepak-lepak.

Alangkah rugi sekiranya nikmat masa lapang tidak digunakan dengan sebaik-baiknya apatah lagi nikmat ini akan disoal dan dihisab di akhirat kelak sebagaimana firman Allah :

“Kemudian kamu benar-benar akan disoal ( di akhirat) tentang nikmat ( kurniaan ) Allah.” ( Surah al-Takasur :ayat 8 )

Sabda Rasulullah saw :

“Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba ditanya tentang empat perkara : tentang umurnya dimana ia habiskan, Masa mudanya bagaimana digunakan, hartanya dari mana sumber dan bagaimana dipergunakan dan ilmunya apakah yang diamalkan.” ( Riwayat al Tabarani dan al-Bazzar; )

Berdasarkan hadis ini berkaitan dengan masa dua perkara yang akan disoal iaitu : umur dan masa muda.

Allah juga bersumpah dengan masa dalam surah al-Asr. Surah ini kita sering baca bila berakhir sesuatu majlis namun isi kandungan diabaikan begitu sahaja. Di dalamnya Allah bersumpah bahawa manusia berada dalam kerugian melainkan empat golongan iaitu orang yang beriman, beramal soleh, golongan yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Sungguh indah kata-kata hikmah Arab :
الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك

Masa itu ibarat pedang. Sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.

Ungkapan ini menerangkan seolah-olah akibat buruk akan menimpa seseorang yang tidak tahu menggunakan masanya. isikanlah masa lapang dengan perkara yang bermanfaat untuk anda pada masa akan datang. Jangan disia-siakan baki cuti yang masih ada. Masa depan anda untuk menggapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang bermula dari sekarang. Masa sentiasa berjalan, masa tidak pernah berehat dan masa tidak pernah menunggu kita.

Masa yang telah berlalu telah menjadi sejarah hidup, masa yang mendatang akan merencanakan hala tuju hidup anda. Sama ada kegembiraan atau tangisan yang akan menemui anda kelak, semuanya bergantung kepada bagaimana anda manfaatkan masa anda.ingat ! Masa adalah masa depan anda. MANFAATKAN MASA ANDA!!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 06/03/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: