RSS

BARISAN DI AKHIRAT

16 Mar

Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha penyayang..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw,serta ahli keluarga dan para sahabat..

BARISAN DI AKHIRAT…Suatu ketika,Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah saw dan bertanya kepada baginda “wahai Rasulullah saw,tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT erti firman:Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
Mendengar pertanyaan ini,baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab “wahai Muaz,engkau telah bertanyakan kepadakuperkara yang amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri”.Maka Rasulullah menyatakan bahawa ada 12 barisan.

Barisan Pertama
Diiringi daripada kbur dalam keadaan tidak berkaki dan bertangan.Keadaan mereka dijelaskan melalui seruan dari sisi Allah yang Maha Pengasih”Mereka itu adalah orang yang semasa hidupnya menyakiti hati jirannya”

Barisan kedua,
Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan.Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat”

Barisan ketiga
Mereka berbentuk keldai.Sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.”mereka itulah orang yang enggan membayar zakat”

Barisan keempat
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka”mereka ialah orang yang berdusta didalam jual beli.maka inilah balasannnya dan tempat mereka adalah neraka”

Barisan kelima
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.Ketika itu,Allah swt menurunkan angin sehinggakan bau busuk itu menganggu ketenteraman di padang mahsyar.”Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah swt”

Barisan keenam
Diiringi daripada kubur dalam keadaan kepala mereka putus daripada badan”mereka adalah menjadi saksi palsu”

Barisan ketujuh
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.”mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran”

Barisan kelapan
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas”mereka adalah orang yang berbuat zina.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”

Barisan kesembilan
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara didalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.”mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya”
Barisan kesepuluh
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta”mereka adalah orang yang derhaka kepada ibubapa.

Barisan kesebelas
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kekotoran”mereka adalah orang yang meminum arak.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka neraka jahannam.

Barisan kedua belas
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.Mereka melalui titian sirat seperti kilat.Maka datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih memaklumkan
“mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.Mereka menjauhi perbuatan derhaka,mereka memelihara solat lima waktu,ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan,kasih sayang dan keredaan Allah yang maha pengasih.

wassalam..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16/03/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: