RSS

10 ‘K’ Dalam Persahabatan

18 Mar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

IKATAN persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada penghujung.Dicantum demi cinta-Nya,diratib demi Redha-Nya.
Disini,saya ingin berkongsi sedikit demi pendapat saya tentang persahabatan.Begitu juga halnya dalam persahabatan.Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya,ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat,ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya adalah penyayang.
Setelah menimba pengalam bersahabat dengan ramai orang,saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 K dalam persahabatan.
10 K dalam persahabatan ialah:

-KECINTAAN
Kecintaan merupakan elimen penting dalam persahabatan.Ikatan sesebuah persahabatan.Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada si pemilik cinta itu sendiri.
-KASIH SAYANG
kasih sayang lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan.Namun,setelah kita mecintai sahabat kita,kita perlulah mencurahkan rasa kasih sayang kita terhadap mereka.Tetapi kadangkala,kasih sayang tidak perlu ditonjolkan secara luaran
-KEIKHLASAN
Keikhlasan dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi.Tiada ikhlas dalam persahabatan akan mengundang permusuhan dalam persahabatan.
-KESETIAAN
Kesetiaan terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.Apabila sahabat kita setia pada kita,kita akan diingati sehingga akhir hayat kita.Kerana tidak kira susah dan senang kita sentiasa berada disisinya.
-KEBERANIAN
keberanian dalam berkata benar.Dalam persahabatan juga,kita juga hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu.Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya.Kita kena berani mengaku padanyaatas kesilapan yang dilakukan.
-KEJUJURAN
Kejujuran juga perlu dalam persahabatan.Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita.Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita
-KEMAAFAN
sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesalahan,bersedialah untuk memaafkannya,tidak kira sebesar manapun kesalahn mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.
-KESEDIHAN
Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih,maka ikutlah bersedih.Tawarkanlah bahu kita untuk menjadi tadahan air mata mereka.Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
-KEGEMBIRAAN
Begitu juga dengan kegembiraan.Jika kita gembira,maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta.Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka..?
-KESERASIAN
Keserasian disini bukanlah bermaksud “kau cantik aku juga cantik,kau kaya kau pun kena kaya.”Sememangnya Allah telah menjadikan kita manusia berbeza-beza,namun keserasian dalam persahabatan dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak.Kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18/03/2010 in Persahabatan

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: