RSS

Hizbut Tahrir Mengecam Kedatangan Obama Ke Indonesia

18 Mar
Isnin, 15 Mac 2010 14:48
altBadan Islam Indonesia bantah lawatan Obama

Ahli Hizbut Tahrir bawa sepanduk kecam Presiden AS

JAKARTA: Beberapa pertubuhan Islam Indonesia semalam mengadakan bantahan aman di bandar di seluruh negara untuk membantah kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bermula minggu depan
.
Hampir 2,000 penunjuk perasaan daripada kumpulan Hizbut Tahrir yang menyasarkan menubuhkan sebuah kerajaan Islam, melaungkan “Islam bersatu…tidak akan dikalahkan. Tolak Obama” serta membuang cetakan bendera Amerika ketika mereka berarak di sekitar ibu kota Sulawesi Selatan, di Makassar. Di bandar Jawa Tengah di Solo, seramai 500 penyokong kumpulan itu membawa poster bertulis “Usir Obama…pemimpin jajahan” dan “Amerika…Pengganas Sebenar.”

“Terdapat dua jenis pelawat, yang baik dan jahat. Obama adalah jahat. Beliau mungkin berbeza dari segi warna kulit dengan George Bush, namun masih menindas umat Islam,” kata jurucakap kumpulan Nur Alam, merujuk bekas presiden Amerika, George W Bush.

“Beliau mungkin membesar di Indonesia, namun ia bukan asas untuk tidak menolaknya. Beliau adalah individu kejam, tangannya dipenuhi darah dan beliau tidak mempunyai perasaan simpati,” tambahnya.

Obama dijadualkan berlepas dari Amerika pada 21 Mac untuk lawatan ini yang termasuk persinggahan di Guam dan Australia. – AFP

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18/03/2010 in Sautun Nahdhah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: