RSS

Rakyat PALESTIN bantah kuil Yahudi di Baitulmaqdis

18 Mar

Assalamualaikum…

BAITULMAQDIS 16 Mac – Berpuluh-puluh penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel di timur Baitulmaqdis hari ini, ‘Hari Kemarahan’ yang diisytiharkan Hamas sebagai protes kepada pembukaan kuil Yahudi di bandar suci ini.
Keganasan itu menjadi cabaran terbaru kepada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menghidupkan semula rundingan damai Asia Barat selepas Israel membangkitkan kemarahan Palestin dan bertelingkah dengan Washington berhubung pengumuman rancangan pembinaan 1,600 kediaman haram pendatang Yahudi dekat timur Baitulmaqdis.
Penduduk Palestin melontar batu ke arah polis Yahudi selain membakar tayar dan tong sampah di beberapa kawasan di timur Baitulmaqdis, yang dijajah Israel bersama Tebing Barat dalam perang pada tahun 1967.
Polis Israel membalas dengan gas pemedih mata dan peluru getah, kata saksi. Kira-kira 40 penduduk Palestin dirawat di hospital timur Baitulmaqdis kerana cedera ringan.
Jurucakap polis berkata, seramai 3,000 anggota diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas Hamas menyeru agar protes anti-Israel diadakan.
“Kami meminta penduduk Palestin memperingati Selasa sebagai hari kemarahan ke atas tindakan penjajah (Israel) di Baitulmaqdis menentang Masjid Al-Aqsa,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Hamas.
Hamas dan pegawai Palestin yang mempunyai kaitan dengan pergerakan Fatah menyatakan kerja pemulihan kuil Hurva di Kuarters Yahudi, Kota Lama Baitulmaqdis yang membahayakan Masjid al-Aqsa yang terletak hanya 400 meter jauh.
Israel menafikan hal tersebut.
Majlis perasmian yang diadakan semalam di rumah ibadat itu, yang diletupkan oleh tentera Jordan semasa mereka menakluk Kuarters Yahudi dalam Perang Asia Barat 1948. Israel menjajah semula kawasan itu 19 tahun kemudian.
Keganasan tercetus sejak beberapa minggu lalu di Baitulmaqdis selepas Israel memutuskan untuk memasukkan tapak suci di Tebing Barat dalam rancangan warisan kebangsaan Yahudi menimbulkan kemarahan penduduk Palestin. – REUTERS

Diambil dari:www.satuumat.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18/03/2010 in isu semasa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: