RSS

Mari..berjuang atas nama Islam…!!

19 Mar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Mari..berjuang atas nama Islam adalah tajuk yang saya rasa sesuai dengan apa yang ingin saya sampaikan dan sesuai dengan masa kini.
Selepas kemangkatan Rasulullah saw,tugas memimpin negara Islam telah dilaksanakan oleh khalifah Ar-Rasyidin.Khalifah ar-Rasyidin ini adalah dipimpin oleh para sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar,Umar,Usman dan Ali.Setelah kemangkatan Saidina Ali,maka berakhirlah pimpinan khalifah ar-rasyidin dan negara islam terus dipimpin oleh khalifah seterusnya.Kepimpinan khalifah telah membawa islam ke seluruh pelusuk dunia.Islam telah menguasai 1 per 3 dunia.Khalifah terakhir ialah khalifah uthmaniyyah.Khalifah ini akhirnya gugur pada 3 Mac 1924.Kejatuhan khalifah ini adalah disebabkan oleh seorang yang munafik iaitu Mustafa Kamal Ataturk.Mustafa Kamal laknatulahi itu adalah seorang agen British.Dengan jatuhnya pimpinan khalifah uthmaniyyah,umat islam terus disakiti.Pembunuhan keatas umat Islam terus menjadi-jadi.Dari 3 Mac 1924 itu,dunia berada dalam pimpinan orang-orang kufur.
Kini,negara islam telah berpecah belah..hukum-hukum Allah tidak lagi dilaksanakan..kemungkaran berleluasa..dan banyak lagi yang merupakan implikasi dari tiadanya pimpinan khalifah.

Oleh itu,mahukah kita terus dalam dunia kekufuran..??..mahukah kita terus melihat pembantai umat Islam..??..
Adalah WAJIB bagi kita untuk mengangkat seorang khalifah untuk memimpin dunia Islam.Hal ini berdasarkan dalil-dalil berikut:
-Dalil Al-Quran
-Dalil As-Sunnah
-Dalil Ijma Sahabat
-Dalil dari Qaedah usul
-pendapat ulama

Dalil Al-Quran
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah,dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kemu terhadap mereka,supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu.”
Dalil As Sunnah
Abdullah bin Umar meriwayatkan “aku mendengar Rasulullah mengatakan barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah nescaya dia akan menemui Allah di hari qiamat dengan tanpa hujah.Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tiada bai’ah (kepada khalifah)maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyyah..”
Dalil ijma sahabat
Jenazah Rasulullah tertangguh selama 3 hari 2 malam kerana para sahabat mendahulukan pengangkatan seorang khalifah.
Hal ini tidak akan terjadi jika status hukum mangangkat seorang khalifah adalah fardhu dan wajib diutamanakn daripada menguburkan jenazah.

Pendapat para ulama
“mereka (para imam)berjimak bahawa kaum muslimin WAJIB mengangkat seorang Khalifah”
imam nawawi,Syarah Sahih Muslim,XII/205

Oleh itu,adalah WAJIB untuk kita mengangkat seorang khalifah untuk memimpin negara islam dibawah satu bumbung..
Dengan berdirinya khalifah semula,maka insyaAllah darah kaum muslim di tanah-tanah Palestin,Iraq,Afganistan dan lain-lain akan terhenti mengalir.Dengan khalifah jua kita akan hidup dalam keamanan dan sentiasa terpelihara oleh bala tentera khalifah.
Khalifah akan dapat mengalahkan negara-negara yang dianggap sebuah negara kuat seperti Amerika Syarikat,Israel,Britain dan lain-lain..Dengan pemimpin khalifah yang bertaqwa maka bantuan dari Allah pasti datang.Bala tentera khalifah akan bertambah kuat dengan seruan jihad dan syurga sebagai ganjaran..
Kini,kita lihat para pemimpin yang mengaku dirinya Islam tetapi turut menyumbang kepada pembunuhan umat Islam..Sebagai contoh,Mesir.Perdana Menteri Mesir membuat tembok besi untuk menghalang bantuan makanan,senjata dan lain-lain yang dihantar menggunakan terowong bawah tanah..Selepas itu,ada jua para pemimpin negara lain menyambut dengan gembira para pembunuh umat islam..Pembunuh-pembunuh ini disambut dengan karpet merah dan dengan senyuman.Tanpa mereka sedari,dari tangan mereka umat islam disakiti..Dimanakah menteliti pemimpin masa kini..Menganggap diri sebagai Islam dan umat Muhammad..tapi menolak hukum Islam sendiri…
Oleh itu,kita haruslah bangkit kembali..marilah kita menegakkan khalifah..!!..Hanya dengan khalifah tangisan,penderitaan dan masalah didunia ini dapat dihentikan…insyaAllah..
ingatlah bahawa DAULAH KHILFAH ALA MANHAJ NUBUWWAH adalah janji Nabi…Bergeraklah kita kearahnya..Allah akan menghancurkan kekufuran dimuka bumi ini dan kembali menegakkan syiarNya…gerakkanlah kaki kita untuk memperjuangkan agama Allah dengan ikhlas dan penuh keimanan.Nescaya kita para tentera kaum muslimin akan berjaya..akan hidup dalam rahmat Allah…
Takbir..!!!..ALLAHU AKBAR..!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19/03/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: