RSS

Jika Rasulullah di samping kita hari ini

22 Mar

Jika Rasulullah di samping kita hari ini

Beg duit seorang wanita tua jatuh,lalu datang seorang lelaki yang berbasikal lantas mengambil beg duit tersebut..Tiba-tiba datang seorang lelaki lagak sebagai penyelamat mengejar lelaki berbasikal tersebut…

Rupa-rupanya wanita tua itu sengaja menjatuhkan beg duit dia kerana ini merupakan salah sebuah rancangan realiti TV oleh MBC salah sebuah stesen televisyen arab.Rancangan ini begitu menarik yang dinamakan ‘Lau kana rasulullah ya’ti a’laina daqiqatan wahidah’ yang bermaksud Jika Rasulullah S.A.W Datang Kepada Kita Selama Seminit…..Rancangan yang menarik ini sengaja mahu melihat kejujuran pemuda pada zaman sekarang dengan meletakan candid camera.Mereka mahu membuat bancian tentang kejujuran orang awam di jalanan samaada amanah atau sebaliknya dengan barang yang dijumpai di tepi jalan..Kemudian mereka akan wawancarakan sesiapa yang ‘terkena’ itu dengan bertanyakan soalan ‘Jika Nabi Muhammad datang kepada kamu ketika ini apakah yang akan kamu lakukan?’..Ada salah seorang daripada orang awam yang diwawancarakan itu menangis teresak-esak sambil berkata ‘Tidak mungkin Rasulullah datang!Tetapi aku sangat mahu bertemu Rasulullah,mahu memeluk baginda…….Mungkin rancangan ini boleh ditiru oleh stesen-stesen televisyen di Malaysia…..

Sejauh manakah kita cintakan Rasulullah?Sejauh manakah sensitif kita terhadap masyarakat bukan Islam yang menghina Rasulullah sebagaimana pelukis dari Denmark melukis karikatur menghina Nabi?Adakah sekadar membaca sahaja atau hati kita tersentuh menangis kerana bila Rasulullah dihina,maka kita juga rasa dihina?Hakikatnya,sejauh manakah hati kita sayang dan cinta kepada Rasulullah hanya kita sahaja yang tahu…

Atau kita hanya tahu sirah Rasulullah hanya semasa darjah 4 dan 5 kerana mengikuti kelas KAFA mahupun Fardhu A’in yang kita telah tinggal lama berbanding cerita gosip-gosip artis berbanding sirah Nabi..Tahukah kita berapakah anak Rasulullah?Isteri Rasulullah ada berapakah?Bilakah tarikh wafat Nabi?Ketika umur berapakah nabi menerima wahyu?Jika soalan-soalan ini hanya anda jawab,”elleh ini budak darjah 4 pun tahu”…Ataupun kita kata tidak ingat kerana kali terakhir belajar dan terdengar sirah nabi pada masa umur 10 tahun!Atau anda berasa ini tidak penting kerana merasa sudah cukup dengan ibadat selama ini?…Maka,ini menunjukkan kita sangat jauh dengan nabi…

Mungkin soalan ini paling tepat dengan kita….”Layakkah kita mendapat syafaat nabi semasa akhirat nanti?Layakkah kita meminum air telaga Kauthar sebagaimana dijanjikan pleh Allah pada surah Al-Kauthar yang dimana pada hari itu tiada dah air coca-cola,air ABC di sisi kita..?Layakkah kita bertemu dengan Nabi?Kenalkah Nabi dengan kita walaupun kita mengaku bahawa kitalah umat Nabi Muhammad tetapi sirah Nabi pun kita tidak tahu?

Cuba kita bayangkan jika Rasulullah tiba-tiba datang ke zaman kita.Tidak perlu kita imagine kita kembali ke zaman Rasulullah,tetapi Rasulullah yang datang kepada kita!Kemudian menziarahi rumah kita.Rasulullah melihat di dinding rumah kita penuh dengan poster-poster artis,di dalam MP3 kita pula penuh dengan lagu-lagu inggeris berbanding Al-quran 30Juzuk.Kemudian Rasulullah masuk ke bilik kita,baginda melihat pula buku-buku di rak dipenuhi komik-komik dan majalah-majalah yang tidak menutup aurat berbanding dengan Al-quran yang sudah berhabuk tidak disentuh.Kemudian didalam laptop pula penuh dengan cerita-cerita drama Korea berbanding kisah sirah Rasulullah………Kemudian Baginda menangis melihat umatnya..Pada masa itu layak kah kita yang mengaku cinta kepada Rasulullah memeluk baginda?Tidak malukah kepada Rasulullah??

Jika kita rasakan pada waktu itu kita malu hendak membawa rasulullah ke rumah kita,maka kita sendiri sudah tahu sejauh manakah kita cinta dan sayang kepada nabi Muhammad.Jika selama hidup kita tidak pernah menitiskan air mata kepada Rasulullah,agak-agak inginkah baginda memberi air di telaga Kauthar kepada kita?Mungkinkah ketika Malaikat Mungkar Nakil bertanyakan kita siapakah Nabi kamu?Mampukah kita menjawab soalan itu tatkala malaikat bertanyakan kita di kubur yang gelap berbantalkan tanah,dan diliputi kain kafan yang berwarna putih………….

Tepuk dada Tanya iman…

Banyakkanlah selawat kita….

sollu’ala Muhammad..sollu’alai wassalam…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22/03/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: