RSS

Dakwah menyusahkan atau menyenangkan..??

25 Mar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Tuhan Pentadbir seluruh alam..
Selawat dan salam keatas baginda Rasulullah saw serta keatas seluruh kaum kerabat dan para sahabat…

Ha..masa ni baru je balik dari Brunei..letih sangat..tapi sebelum tidur ada ilham pula nak dihantar kedalam blog..
Kali ni nak menceritakan tentang berdakwah..Ada sesetengah orang mengatakan berdakwah akan menjejaskan diri mereka dan ada sesetengah mengatakan menyenangkan..
Namum,sebelum saya teruskan,saya ingin menyatakan sikit tentang dakwah..Dakwah adalah mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran..Sebagai islam kita haruslah  menyampaikan dakwah kepada sesiapa sahaja..
Mungkin ada sesetengah pihak atau individu yang manyatakan bahawa melakukan dakwah ini menyusahkan diri mereka.. dakwah sebenarnya tidak sesekali mendatangkan masalah atau kesusahan kepada sesuatu pihak..Perbuatan dakwah adalah perbuatan yang dicintai Allah dan Nabi…Sikap yang mangatakan melaksanakan dakwah menyusahkan perlulah dibuang jauh-jauh..letakkan didalam menteliti kita bahawa kerja dakwah adalah kerja mulia disisi Allah..Sesetengah pihak mengatakan bahawa berdakwah ini akan menganggu masa mereka berkerja atau belajar.Islam tidak pernah membebankan penganutnya dengan melaksanakan urusan akhirat sehingga meninggalkan urusan duniawi..Islam adalah adil yakni kejarlah dunia dan akhirat jangan dilupa.Pengaturan masa adalah penting untuk menjamin kehidupan kita tidak terjejas dengan aktiviti dakwah yang kita lakukan.
Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa dakwah ini hanya layak untuk para alim,ulamak,ustaz dan sewaktu dengannya..Pada pendangan saya,pihak ini perlulah mengetahui bahawa nabi telah bersabda

“sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat”…

Dari hadis ini,jelas sekali bahawa Rasulullah saw mengesa agar kita menyampaikan dakwah islam walaupun diri kita masih dalam keadaan yang tidak sepatutnya..Dakwah perlulah kita teruskan dimuka bumi ini supaya kembalinya syiar Islam yang kini dimana syiar islam seperti sebuah permainan di mata dunia..Jika dilihat pada masa kini,umat Islam itu sendiri telah berpecah dan berperang sesama sendiri.Hal ini tidak akan terjadi jika umat Islam tahu bahawa Islam adalah saudara dan perlulah bersatu.
Sabda Rasulullah saw yang berbunyi
“sesungguhnya seorang mukmim kepada mukmim yang lain seperti satu binaan,sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Dari hadis tersebut,ternyata bahawa kita sebagai mukmin haruslah bersatu dan bukannya saling bergaduh dan berperang.
pihak barat sudah tentunya senyum lebar apabila melihat umat Islam sesama sendiri berperang.Dalam masa itu,barat akan masuk campur dan memburukkan lagi peperangan.Ingatlah kita janganlah memandang hina terhadap bangsa-bangsa lain.
Di Malaysia,orang Indonesia dan Bangladesh dipandang hina oleh sestengah pihak.Namun tanpa mereka sedari,mereka ini sama akidah dan sama disisi Allah..
Oleh itu juga,dakwah perlulah dijalankan.Kerja dakwah ini menyeronokkan jika dilaksanakan dengan baik dan beramai-ramai.
Mungkin ada sesetengah orang akan dijauhkan atau dipinggirkan oleh teman lain jika kita berdakwah kepada mereka..Hal ini juga terjadi kepada diri saya sendiri..Saya bukanlah yang bijak dalam berdakwah ni,tapi diri ini merasa bahawa diri ini harus menyampaikan perkara kebaikan kepada orang lain.Sekarang jika saya bercakap tentang dakwah ni dengan kawan-kawan,rasa tengah cakap dengan kerusi meja..rakan-rakan saya yang lain juga menjauhkan diri saya…
Tapi saya tidak berhenti menyampaikan pesanan Rasulullah dan ayat Allah kepada teman-teman mahupun ibubapa sehingga nyawa saya diambil Allah..Saya berharap,satu hari nanti,saya dan teman-teman saya menjadi teman yang soleh dan mengesa kepada kebaikan dan mencagah kemungkaran…Amin…
Jadi,hasil bicara saya diatas,bahawa usaha dakwah ini adalah usaha yang mulia disisi Allah dan mendapat ganjaran yang besar..Walaupun diri kita belum sempurna baiknya,tapi kita memegang amanah untuk menyampaikan dakwah..Pengurusan antara kerja dunia dan akhirat perlu dilaksanakan..
Sekian…
kalau ada perkara yang salah,komen yang membina dialu-alukan…
Wassalam..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25/03/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: