RSS

Tips Mencerdakan Minda

28 Mar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh…

Kali ni nak share tips untuk mencerdaskan minda bersama anda…Tips ni diambil daripada sebuah buku ye..

Sebelum saya menyentuh tentang tajuk diatas,saya nak terangkan dulu tentang akal..Ini kerana minda adalah akal kita..
Kemuliaan Manusia berbanding dengan makhluk-makhluk lain ciptaan Allah swt ialah dikurniakan AKAL oleh Allah.Dengan kurniaan ini juga,manusia diberikan tugas dan tanggungjawab selaku khalifah-Nya dimuka bumi ini.Dengan akal manusia boleh memimpin dan mentadbir muka bumi.Dengan akal juga manusia boleh mencipta berbagai kemajuan dan membina
tamadun diatas muka bumi ini.Akal merupakan sesuatu yang berharga,malah mempunyai peranan yang cukup utama.

Dengan akal manusia diletakkan ditahap yang tinggi.Lantaran ituAllah melantik Nabi dan Rasul daripada kalangan manusia yang merupakan semulia-mulia makhluk disisi-Nya.Malaikat yang dijadikan dari ‘nur’ dan syaitan yang dijadikan dari api tidak dilantik dikalangan mereka walau seorang Nabi mahupun Rasul,sedangkan manusia yang hanya diciptakan daripada tanah dan air mani yang hina.Tetapi lantaran dikurniakan akal,maka taraf manusia melonjak naik lebih mulia serta diberi tanggungjawab di muka bumi ini..Dalam Al-Quran,Allah telah berfirman,
“dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam,kami angkat mereka di daratan dan dilautan,kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna ketas kebanyakkan makhluk yang telah Kami ciptakan”..(al-Isra:ayat 70)

Tips untuk mencerdaskan minda.
1)TAAT KEPADA ALLAH
Orag yang cerdas mindanya mudah mengakui kekuasaan Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini.Sebagai makhluk,maka sudah tentunya menjadi tanggungjawab kita untuk berbakti kepada pencipta seperti seorang hanba berbakti kepada tuannya.Orang yang ingkar dari berbakti kepada Allah membohongi dirinya sendiri.Taraf mereka samalah seperti orang dungu yang tidak mampu memanipulasikan mindanya untuk memberi sebab kenapa dia perlu berbakti kepada Allah s.w.t.
2)TAAT,HORMAT DAN KASIH IBU BAPA
Ibu bapa adalah dua orang insan yang telah memungkinkan kita dapat melihat matahari dan bulan.Betapa perlunya kita membalas pergorbanan hidup mati mereka itu dengan berbakti kepada mereka sekarang.
3)BERSAHABAT,KASIH DAN TAAT GURU
Guru adalah ibu bapa kedua bagi kita.Mereka telah mendidik dan mengasuh kita untuk mengenal kehidupan diatas bumi ini.
Guru telah membangunkan minda kita hingga kita menjadi orang yang berjaya dan cemerlang.Guru dalam erta kata yang lain ialah sesiapa sahaja yang telah mengajar kita.
4)BERKAWAN DENGAN YANG POSITIF SAHAJA
Rasulullah saw bersabda:”Berkawan dengan orang pintar seperti berdiri disisi penjual minyak wangi.Kalau tak dapat minyaknya,paling kurang dapat baunya.bergaul dengan orang jahil seperti berdiri disisi orang tukang besi.Kalau tak kena baranya,paling kurang kena asapnya“..Sabda Rasulullah saw lagi:”Janganlah kamu bertemankan kecuali dengan orang mukmin dan janganlah kamu makan kecuali makan dengan orang yang bertaqwa”..
5)SEMANGAT MENOLONG ORANG LAIN
Sikap suka menolong orang lain datang dari hati yang ikhlas.Keputusan hati ditimbang oleh minda.Orang yang tajam akalnya menolong orang lain tanpa mempertimbangkan banyak perkara.Dia sentiasa berfikir bahawa
*orang itu memerlukan pertolongan
*saya tak rugi apa-apa menolongnya
*saya orang pertama yang menolongnya
6)BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif boleh mencerdaskan minda kerana minda akan bekerja untuk mencapai apa yang dicita-citakan.Berfikiran negetif boleh menumpulkan minda kerana mudah menyerah kalah dan tidak perlu bekerja keras
7)FOKUS DAN TUMPU PERHATIAN
Apabila kita memfokuskan dan menumpu perhatian di dalam setipa pekerjaan dan pelajaran,minda kita akan tajam kerana tumpuan kita lebih terarah.Logiknya seperti didalam ilmu fizik:Imej bagi setiap objek yang terfokus dengan baik akan menjadi lebih tajam
8)TEKUN DAN BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH
Usaha yang tekun dan dilakukan dengan bersunggun-sunggun melatih minda untuk mendisiplinkan diri supaya boleh mengatur sesuatu pekerjaan mengikut langkah demi langkah hingga selesai
9)SENTIASA NOMBOR SATU
Orang yang sentiasa kedepan untuk menjadi ketua berupaya menerima arahan dengan tangkas dan bertindak cepat.Hanya orang yang cerdas akalnya sahaja mampu untuk bertindak demikian.Sasaran hanya satu:Menjadi Orang nombor satu
10)CEKAP DAN TANGKAS
Pekerjaan yang dilakukan dengan cekap dan tangkas memerlukan latihan yang berterusan.Kecekapan bergantung kepada kecerdasan akal.Jika tidak orang itu akan kekal ditahap lama walaupun saban hari mengulang kerja atau perbuatan yang sama seperti bekerja seperti ‘line’ di kilang.
11)SANGGUP MENGHADAPI CABARAN DAN KESUSAHAN
Hanya orang yang cerdas akalnya sahaja yang sanggup untuk berhadapan dengan cabaran dan kesusahan.Orang yang lembab cepat menyerah kalah.Cabaran disangkakan kemustahilan dan kesusahan disangkakan penderitaan.
12)MELAWAN SIKAP MAZMUMAH


Hati kecil manusia sentiasa menyuruh kearah kebaikan.Hanya keegoan dan hasutan syaitan yang menyebabkan manusia tidak berbuat kebaikan.Orang yang tajam akalnya dapat melawan sifat-sifat mazmumah kerana dia boleh berdialog dengan dirinya sendiri untuk meninggalkan sifat mazmumah itu.

13)MENGHAYATI SIFAT MAHMUDAH
Seseorang insan tidak memerlukan mindanya bekerja terlalu keras untuk menerima kebaikan kerana kebaikan itu sifat semulajadi akal .Allah s.w.t. menjadikan akal untuk menerima kebaikan.Sebab itu orang yang cerdas akal mudah menghayati sifat mahmudah(terpuji).

dan banyak lagi tipsnya..letih nak tulis..jadi ni saja yg saya dapat kongsi..
ok..
Salam..

 
2 Komen

Posted by di 28/03/2010 in tIps

 

Label:

2 responses to “Tips Mencerdakan Minda

  1. Fauzi ahmad

    12/03/2011 at 7:39 am

    Bagus tips ini, mohon nak syer

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: