RSS

Rejim Sekular Turki Tangkap Para Pejuang Khilafah

30 Mar

Hizbut Tahrir Indonesia menuntut pembebasan para aktivis Hizbut Tahrir Turki yang ditangkap oleh rejim sekular yang berkuasa. Beberapa hari yang lalu, anggota Biro Pembenterasan Pengganas Turki telah melakukan penggeledahan di rumah–rumah para pekerja, penulis dan orang yang bertanggungjawab terhadap majalah at-Taghyir al-Judzuri yang diterbitkan oleh Hizbut Tahrir Turki pada hari Jumaat bulan lalu (05/02/2010). Para penyeru Khilafah yang ditangkap itu di antaranya adalah seorang ibu yang sedang mengandung. 

Pihak berkuasa rejim sekular Turki itu telah menangkap tujuh orang lelaki dan seorang wanita. Mereka juga merampas sejumlah majalah yang diterbitkan dan dipasarkan secara sah di negara tersebut.

Antara yang ditahan adalah Husain Sifaron, Aghuzhan Akbulat, Mas’ud Syahin, Murad Albashon dan Syighdam Albashon yang merupakan seorang aktivis Muslimah Hizbut Tahrir Turki, yang mana suaminya telah terlebih dahulu ditangkap.

Pihak berkuasa dengan kejamnya telah memenjarakan Syighdam yang berumur dua puluh enam tahun itu yang juga sedang mengandung empat bulan bersama-sama dengan seorang anaknya berusia tiga tahun. Sebelum itu, jurucakap Hizbut Tahrir Turki, Yilmaz Chellik juga telah ditangkap tanpa sebarang alasan yang jelas.

Jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia, Muhammad Ismail Yusanto telah mengecam keras penangkapan tersebut. Dalam suatu sidang media beliau menyatakan bahawa mengongkong majalah dakwah dan melakukan penangkapan terhadap sejumlah aktivis dakwah Islam dari Hizbut Tahrir Turki tanpa sebarang alasan yang jelas menunjukkan bahawa rejim sekular Turki yang dipimpin oleh Tayyip Erdogan dengan jelas memperlihatkan permusuhannya terhadap Islam dan terhadap kaum Muslimin di Turki khususnya. Erdogan langsung tidak mengambil peduli tentang kepentingan umat setelah meraih tampuk pemerintahan.

“Sebaliknya (mereka) terus memperkukuhkan perlaksanaan rancangan AS ke atas Turki dengan segala kuasa yang dimilikinya. Penangkapan yang dilakukan terhadap aktivis Hizbut Tahrir Turki semuanya itu adalah suatu bukti nyata. Sedangkan mereka adalah putera dan puteri umat yang ikhlas berjuang untuk menegakkan syariah dan Khilafah,” tegasnya dalam sebuah kenyataan.

“Yakinlah bahawa semua langkah zalim yang dilakukan untuk menghentikan dan menghalang tertegaknya kembali syariah dan Khilafah pasti akan berakhir dengan kegagalan, kerana apa yang sedang berlaku ketika ini adalah umat datang kepada Hizbut Tahrir di pelbagai negara untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan penegakan syariah dan Khilafah. Maksudnya, sesungguhnya berdirinya Khilafah hanyalah soal waktu,” tegas Ismail.

Hizbut Tahrir Indonesia juga menuntut penguasa Turki untuk segera membebaskan para aktivis Hizbut Tahrir Turki daripada segala pertuduhan yang sengaja direka-reka untuk menghalang aktiviti dakwah mereka. Jika tidak, Khilafah yang akan berdiri kelak akan membalas kezaliman yang telah dilakukan terhadap kaum Muslimin, termasuk aktivis Hizbut Tahrir.

Di akhir kenyataannya, Hizbut Tahrir Indonesia mengingatkan bahawa kekuasaan yang dibangunkan di atas sandaran dukungan pihak asing seperti Amerika Syarikat mahupun Britain adalah suatu kekuasaan yang rapuh, sepertimana sarang labah-labah. Malah, tindakan zalim penguasa Turki itu sebenarnya akan semakin mengukuhkan lagi sokongan umat kepada Hizbut Tahrir dan bukan sebaliknya. Akhirnya, itu semua adalah suatu kerugian bagi penguasa zalim di dunia dan akhirat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30/03/2010 in isu semasa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: