RSS

SEMANGAT KENTAL ATAS NAMA ISLAM

02 Apr

 SEMANGAT KENTAL ATAS NAMA ISLAM… 

Waw..!!..fuyoo..!.mak ai..cewah..giler tu….

ha itu mungkin antara perkataan yang keluar dari mulut anda apabila melihat gambar disebelah ini.Bila saya tengok gambar ni saya terus kata ‘fuyO0’..’Allahuaikbar’…haha..best tak tengok gambar sebelah ni..?.Gambar seorang wanita tua yang masih lagi gagah mengangkat senjata untuk berjuang demi membebaskan diri,keluarga,masyarakat dan negara daripada dijajah dan dimiliki oleh binatang teramat buas Zionis Laknatullah.Inilah ciri-ciri umat yang kita mahukan.. Inilah orang-orang yang berani..inilah orang yang beriman teguh kepada Allah dan RasulNya.Inilah wajah penduduk syurga Allah..subhanAllah..

Ingin saya katakan disini,adakah kita melakukan seperti orang tua itu..??..walaupun kita masih tidak mampu untuk mengangkat senjata,sekurang-kurangnya kita risau dan mengalirkan air mata kita untuk Palestin dan umat Islam yang lain yang disakiti dan dizalimi..Saya sendiri tidak mampu untuk mengangkat senjata..kenapa..kerana dekat saya tiada senjata..kalau ada,insyaAllah pasti saya angkat..senjata saya sekarang hanyalah doa kerana senjata orang Islam ialah doa..

Saya juga terfikir-fikir..dimana para tentera yang dilatih untuk memegang senjata..??..yang dilatih untuk mengalahkan musuh..?? dimana..??..kenapa mereka takut..bachul..bila ada perempuan bukan main tunjuk macho dan berani..tapi bila jumpa tentera kafir yang membunuh umat Islam,diam je..katanya takut..Israel kuat..banyak senjata moden..sukar untuk dikalahkan..mungkin itu jawapan-jawapan yang diberikan oleh sesetengah pihak tak kira individu,masyarakat mahupun pemimpin negara sekalipun..

Kita lihat kini,mana negara Islam..mungkin ada orang kata itu Arab Saudi negara islam,Indonesia,Mesir,Malaysia,semuanya negara islam..tapi perlu diingatkan bahawa,kini tiada negara islam yang sebenarnya.Kini hanya ada negara yang menggunakan naka Islam.. Negara Islam yang sebenar ialah negara yang mengikut daulah Islamiyyah.Daulah Islamiyyah ialah dimana semua aspek tak kira dari sosial,pendidikan,politik dan banyak lagi perlulah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Sebagai contoh,negara Islam perlulah melaksanakan hukuman berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.Politik perlulah mengikut dasar politik yang Rasulullah lakukan..Pendidikan pula perlulah mengikut islam dimana bahasa penghantar ialah bahasa arab dan mata pelajar Pendidikan Islam lebih ditekankan dari mula dan orang bukan islam turut belajar pendidikan islam..bukan sekadar itu,terdapat banyak lagi aspek yang perlulah dilakukan berlandaskan syariat Islam.Bila telah lengkap segalanya,berulah sebuah negara itu layak dinamakan sebuah negara islam.Memang ada sesetengah telah mengikut hukum Al-Quran seperti bila mencuri kena potong tangan.Namun,adakah semua aspek telah dilakukan berlandaskan islam..??..mungkin ada orang kata yang sekurang-kurangnya telah melaksanakan suruhan Allah…sebenarnya,dalam Islam tiada tengah-tengah yakni kita lakukan setengah..Islam hanya kata nak buat kena buat habis-habis dan kalau tak nak buat,terus jangan buat..tiada kata sekurang-kurangnya..

dimana pemimpin-pemimpin Islam kini ye..??..mereka mengaku beriman kepada Allah dan Rasulnya..mereka beriman kepada kitab-kitab Allah..namun,kenapa tidak mengikut apa yang disyariatkan didalam Al-Quran..kenapa.!!..??..Adakah mereka-mereka ini merasakan bahawa syariat-syariat itu tidak perlu lagi pada masa kini yang menuju ke alam moden berteraskan sains dan teknologi.. Islam tidak perlu mengikut zaman,namun zaman kini perlulah bersama Islam..barulah masyarakat dan negara dilimpahi rahmat Allah…kini kita dapat lihat,banyak para pemimpin yang seperti hanya pekakkan telinga mendengar tangisan dan jeritan saudara seaqidah dizalimi oleh orang-orang kafir.Pemimpin-pemimpin ini takut yang hubungan perniagaan antara negara mereka dengan negara yang sudah tentunya si pembunuh itu gagal..oleh itu,mereka sanggup mendiamkan diri..

Walaupun banyak orang yang telah terikut dengan barat sehingga para pemimpin,namun satu hari nanti,dimana jaritan dan lambaian tangan pertolongan dibantu dan diangkat oleh sebuah kuasa iaitu Khilafah..Khilafah adalah pembebas umat islam dari dibelenggu dengan hari-hari hitam yang menyeksakan..Khilafahlah yang akan mengantikan sistem kufur kepada sistem Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..Pada masa itu,umat ini akan merasakan keindahan dan kesenangan kehidupan ini dengan limpahan rahmat dari Allah..suara kebangkitan Khilafah kini semakin kedengaran disetiap penjuru dunia..tidak lama lagi tangisan,jeritan,lambaian umat Islam akan terhenti..Bila Khilafah bangkit,mudahlah kita untuk berjihad dijalan Allah..dimana kematian semasa jihad,syurga menanti…subhanAllah…

Mari Semua kita bangkit membantu menegakkan panji kemenangan umat Islam…

Khilafah akan tiba..Tunggu,lihat dan rasakan nikmatnya….Amin…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 02/04/2010 in kEbaNGkiTan

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: