RSS

Makna Air Mata Insan

08 Apr

 

PERNAHKAH anda menangis?Jika menangis,apakah punca dan sebabnya?.Menangisa adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai yang tersendiri.Allah yang menciptakan tawa dan tangis.Banyak air mata yang mengalir didunia ini.Sumbernya dari mata,mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.Mata itu kecil,namun ia tidak pernah kering.Ia berlaku tiap hari tanpa putus.Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.Kalaulah air mata itu bertankung seperti air hujan,maka banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan,antaranya ialah:
-Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
-Menangis kerana rasa takut
-Menangis kerana cinta
-Menangis kerana gembira
-Menangis kerana menghadapi penderitaan
-Menangis kerana terlalu sedih
-Menangis kerana rasa terhina dan lemah
-Menangis kerana untuk mendapatkan kasih sayang orang
-Menangis kerana mengikut-ikut orang lain
-Menangis orang munafik kerana pura-pura menangis
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaj,namun mampu memadam api neraka.Ini disahkan oleh Nabi saw dalam satu hadis yang bermaksud

        “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ia dapat memadamkan api neraka.Dan apabila airmatanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak dikotori oleh debu kehinaan,apabila seorang daripada satu kaum menangis,maka kaum itu dirahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata itu dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kepada Allah.Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa,malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai disisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.Salman al-Farisi r.a. berkata,sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara iaitu Berpisah dengan Rasulullah.Ketakutan seseorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan ke syurga atau neraka.Ada juga jenis air mata yang tidak ternilai disisi Allah,malah membawa kepada kemungkaran Allah.Antaranya menangis kerana melihat filem hindi serta menangis sehingga merobek dan memukul badan,malah merobek pakaian apabila ada kematian.Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah saw dalam sabda yang bermaksud
            

            “jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara iaitu apabila dahinya berpeluh,Air matanya berlinang dan hidungnya keluar cecair.”

Simpanlah air mata itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri.Segala dosa besar yang berbentuk titik hitam yang mengelapkan hati sehingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah Azzawajjalla.Jesteru, serulah air mata itu daripada persembunyiaan disebalik kelompok mata,agar ia menitis membasahi dan mencuci hati sehingga ia kembali putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 08/04/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: