RSS

Fadhilat Membaca Al-Quran

25 Apr

AMALAN membaca Al-Quran adalah salah satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat.Bukan sahaja pahala dan fadhilat yang kita perolehi,malah ia menjadi salah satu syiar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang lain.
Semakin hari kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahiliyah.Jika dilihat sekeliling hanya segelintir yang betul-betul menghayati dan mentaati suruhan-Nya.Sudahlah begitu kadang-kala penampilan islamik yang ditonjolkan seolah-olah kita begitu asing di negara yang bergelar ‘negara Islam’ ini.Ada juga yang masih alpa dengan hanya mengejar dunia,akhirat ditinggalkan.Sibuk mengejar kekayaan yang sementara
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “sesungguhnya hal-hal yang paling aku takuti dikalangan kamu semua 2 perkara iaitu mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.Mengikut hawa nafsu itu menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu membuat cinta kepada dunia”
           Kini,ia benar-benar terjadi.Terlalu banyak yang mengikut hawa nafsu,mengejar pangkat dan darjat hingga sanggup menutup kebenaran demi untuk kepentingan diri masing-masing.Keseluruhannya adalah kerana terlalu panjang angan-angan dan disebabkan panjang angan-angan inilah kita menjadi si pencinta dunia lalu seolah-olah membuang akhirat.
          Wahai Umat Islam yang dikasihi,usahlah kamu terlalu mengikut perasaanmu sehingga terlupa menyebut nama-Nya melalui kalam-kalam yang diturunkan oleh-Nya.Belajarlah mengenai-Nya melalui solat yang diwajibkan dan ditambah lagi kemanisan solat itu dengan amalan sunat dngan melakukan Qiyyamulail.Lalu susuli pula dengan membaca Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad nescaya kamu tidak akan sesat,malah kamu akan merasa dibimbing menuju jalan cahaya cinta-Nya.
          Lembutkanlah lidahmu dengan membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah.Diantara fadhilat indahnya mendapat pahala seperti membaca sepertiga al-Quran.Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.
Maka hayatilah pengertiaannya untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh
         Ikhlaskan hatimu membaca al-Baqarah agar syaitan tidak singgah kerumah lalu menanam kata indah bersulam dusta.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol.Dan bonggol al-Quran ialah surah al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya dimalan hari,syaitan tidak akan masuk kedalam rumahnya selama tiga malam dan sesiapa yang membacanya pada siang hari maka syaitan tidak masuk ke dalam rumahnya selama tiga hari”
         Hindarilah dirimu dari fitnah dajjal yang keji dengan membaca surah Al-Khafi.Imam Ahmad berkata ‘daripada Abu Darda,Nabi saw bersabda sesiapa yang menghafal sepuluh surah pertama dari surah Al-Khafi maka terhindar daripada dajjal.
                                                                                                                                                                                                                                                                 Mohonlah keampunan disulami dengan membaca surah Yasin.Daripada Abdullah berkata,Rasulullah saw bersabda sesiapa yang membaca yasin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25/04/2010 in Uncategorized

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: