RSS

TOYOL…

02 May

Pada zaman dahulu terdapat seorang tua yang hidupnya
di bantu oleh seekor toyol bagi mendapatkan rezeki
yang tak halal tu…. hidup mereka saling bergantung
antara satu sama lain. Toyolnya amatlah taat
setia pada tuannya… setiap kali disuruh oleh
tuannya.. pasti ia akan bertugas.
Maka tibalah pada satu hari.. tuan toyol merasa
ajalnya hampir sampai.. dan pekara itulah amat
ditakuti olehnya.. terutamanya ketika hendak menjawab
soalan malikat mungkar nangkir… dan mencari
jalan untuk melepaskan dirinya. Lalu tuan toyol
ni pun pangillah toyol belaannya dan berkata…
‘Toyol-toyol….. aku ada satu pekara yang hendakkan
engkau lakukan’ Lalu Toyol itu pun menjawab
‘Yess.. Bosssss…n’ Tuan toyol berkata ‘ Sekiranya
aku mati nanti …. aku harap engkau dapat menuliskan
keseluruhan jawapan yang akan diberikan oleh imam
untuk menjawab segala soalan malikat mungkar nangkir
pada kain kapan aku ketika pengkubumian aku nanti’
Lalu toyol yang penuh Confident itu pun menjawab ‘ No
problem bossss..’

Selang beberapa bulan daripada tarikh tersebut…
maka tuan toyol itu tadi menemui ajalnya. Setelah
mayat tersebut di khafankan dan selamat
dikebumikan … tetapi malangnya toyol tersebut
telah terlupa hendak menulis jawapan tersebut …
dengan nada selambanya dia berkata ‘ aisyeaaa man…
lupa lak nak tulis… tapi tak pa …. tuan aku
teror… mesti dia boleh jawab punya’

Setelah kubur ditinggalkan maka datanglah malaikat
mungkar nangkir untuk menyoal tuan toyol…. Soalan
pertama diajukan …. “marrrrob buka”….lalu tuan
toyol tu pun duduk dengan confident nya sambil
menyelak kain khafannya bagi mendapatkan jawapannya…
Setelah diselaknya dia mula cemas kerana masih tidak
menemunya sehinggalah di penghujung kain khafannya
cemasnya mula reda kerana berjumpa dengan sepotong
ayat Maka dengan megah serta angkuhnya dia menjawab
‘Made in China’ Zrappppppppp…… satu sebatan
diberikan oleh malaikat tersebut…

p/s : suka-suka membuahkan senyuman. =)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 02/05/2010 in Istimewa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: