RSS

Kartunis Menghina Nabi dipukul…

13 May

STOCKHOLM 12 Mei – Kartunis Sweden Lars Vilks yang membangkitkan kemarahan umat Islam setelah menggambarkan Nabi Muhammad sebagai anjing, dipukul pelajar semalam, semasa sedang menyampaikan kuliah tentang kebebasan bersuara. Satu rakaman video tentang kejadian itu turut disiarkan di laman-laman web akhbar Sweden dan menunjukkan sekumpulan pelajar di dalam dewan kuliah tersebut berdiri sambil marah dan menjerit. Anggota polis turut berada di depan dewan kuliah dan seorang polis wanita menggunakan penyembur lada terhadap seorang lelaki. Vilks yang melukis gambar Nabi Muhammad dengan badan seekor anjing pada 2007 berkata, dia diserang lelaki yang duduk di barisan paling depan ketika sedang menyampaikan kuliah di Universiti Uppsala, kira-kira 70 kilometer dari Stockholm. “Dia (penyerang) menghantukkan kepalanya ke dahi saya sebelum badan saya tertolak ke dinding dan cermin mata saya jatuh,” katanya seperti yang dipetik agensi berita TT. Bagaimanapun Vilks tidak mengalami sebarang kecederaan. Video berkenaan yang memaparkan apa yang berlaku selepas serangan berlaku, menunjukkan suasana gamat di dewan kuliah itu yang dipenuhi kumpulan pelajar yang berdiri dan menjerit. Seorang wanita didengar bersorak ‘Allah Maha Besar’ dalam bahasa Arab. Media Sweden melaporkan, insiden tersebut terjadi selepas Vilks mula menunjukkan satu rakaman video melibatkan imej seksual dan agama. Video yang disiarkan di laman web akhbar Aftonbladet tersebut turut memaparkan klip yang ditunjukkan kartunis itu yang bertajuk ‘Allah ho Gaybar’. Jurucakap polis Uppsala berkata, dua orang ditahan dalam kejadian tersebut.

SUMBER:satuumat.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13/05/2010 in isu semasa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: