RSS

OIC gagal sejak Dari ditubuhkan lagi..

14 May

altOIC didakwa gagal membela Palestin
 
ISLAMABAD 12 Mei – Pemimpin Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawar Hassan mendakwa Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) gagal mewakili suara umat Islam seperti sepatutnya. Bercakap kepada agensi berita Iran, beliau menggesa OIC agar lebih lantang dalam memberi tekanan kepada Israel yang telah sekian lama menindas penduduk Palestin.  “Kita perlu bersatu untuk menangkis segala serangan dari dunia Barat,” katanya.   Jamaat-e-Islami merupakan sebuah parti politik Islam tertua di Pakistan dan berperanan sebagai pembangkang. 

Dalam mesyuarat pertubuhan Parlimen antara negara OIC di Istanbul beru-baru ini, pemimpin Islam sepakat mengutuk tindakan Israel yang didakwa menimbulkan provokasi di tanah suci, Baitulmaqdis dan menggesa masyarakat dunia menghalang segala usaha untuk merubah bentuk geografi bandar terbabit.  OIC turut memberi amaran kepada Israel bahawa tindakannya membina kawasan penempatan baru di Baitulmaqdis hanya akan menyebabkan tebing sungai di rantau berkenaan terhakis.  Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, dalam mesyuarat di Istanbul itu, Baitulmaqdis didapati sedang melalui zaman terburuk dalam sejarahnya dan tindakan diplomatik semata-mata tidak akan dapat menghalang kerakusan pihak Israel. 

“Israel mengambil kesempatan terhadap penduduk dunia dengan mereka-reka polisi baru bagi memastikan agendanya tercapai,” katanya.  Dalam pada itu, walaupun mengakui matlamat asal penubuhan OIC adalah untuk mempertahankan hak orang Islam, Syed Munawar berkata, ia kini dilihat gagal memainkan peranan penting yang memberi manfaat kepada dunia Islam.   Selain itu, beliau menggesa agar semua umat Islam di dunia ini bersatu dalam menyelesaikan konflik di Palestin.  Menurut Syed Munawar, OIC perlu bersatu dalam menyuarakan tentang kekejaman Israel sekali gus mampu memberi tekanan terhadap kekejaman yang dilakukan mereka. – BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia 13/05/10

OIC Gagal, Gagal Dan Pasti Akan Terus Gagal Selamanya

Hanya orang yang buta mata hatinya dan mereka yang tidak menggunakan pancainderanya sahaja masih mengharapkan OIC untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam hari ini terutamanya dalam isu Palestin. Dalam isu Palestin ini OIC akan pasti gagal selama-lamanya kerana para pemimpin sekular umat Islam hari ini, yang kononnya bergabung dalam OIC, adalah mereka yang hanya berpura-pura untuk menyelesaikan tersebut. Hakikatnya mereka ini hanya bersandiwara kerana para pemimpin OIC ini sebenarnya tidak lebih dari boneka kepada kuffar Barat. Siapa yang tidak kenal dengan Mubarak yang begitu rapat dengan Israel? Siapa yang tidak mengetahui hubungan intim antara Putera Mahkota Abdullah Arab Saudi dengan Amerika? Rata-rata para pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini adalah mereka yang dijaga dan direstui oleh Amerika. Maka kerana itu adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan kepada kita apabila umat Islam kini sudah semakin sedar akan sandiwara dan lakonan para pemimpin sekular umat Islam ini. Para pemimpin OIC ini adalah seperti makhluk dua alam. Apabila mereka bertemu dengan umat Islam mereka akan menunjukkan simpati atas nasib umat Islam, contohnya di Palestin dan sebagainya. Mereka akan mengutuk tindakan biadab Israel, mereka akan mengadakan mesyuarat tergempar dan mengeluarkan resolusi tetapi hakikatnya apabila bertemu tuannya, Amerika laknatullah, mereka akan tunduk dan sujud kepada arahan tuannya itu. Amatlah hina apa yang dilakukan oleh para pemimpin thagut ini.

Para pemimpin OIC ini hakikatnya menipu Islam dan umat Islam. Firman Allah SWT: ” Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.[TMQ Al-Baqarah (2): 8-9].

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14/05/2010 in isu semasa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: