RSS

Rasulullah SAW dihina lagi…!!

22 May

Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat.

Alasan yang digunakan oleh Barat adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan. Sesungguhnya kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah merupakan alasan untuk terus menghentam Islam. Apakah ratusan Muslim yang dipenjara di Guantanamo Bay tanpa pertuduhan menikmati kebebasan seperti mana yang dilaung-laungkan Barat? Apakah individu di Barat yang mengkritik peristiwa ‘Holocaust’ bebas berbuat demikian? Hakikatnya terlalu banyak perkara yang boleh diketengahkan yang menunjukkan sikap hipokrit Barat dalam mengenengahkan idea kebebasan.

Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Khilafah yang akan melindungi kita. Mereka tahu  bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah. 

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador – or the fear of it – causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.’ [Hesketh Pearson’s biography of George Bernard Shaw]

(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya))

Hari ini, kita, umat Islam, merupakan sasaran mudah bagi pihak kuffar. Ini adalah kerana kita tidak lagi berlindung di bawah Khilafah. Kita tidak lagi berada di bawah Imamah yang akan melindungi kita secara fizikal, politik dan intelektual. Bangunlah umat yang terpilih!!! Sampai bila lagi kita harus membiarkan diri kita di hina, dicemuh, dibunuh dan diperangi tanpa sebarang pembelaan??

 
2 Komen

Posted by di 22/05/2010 in isu semasa, kEbaNGkiTan

 

Label:

2 responses to “Rasulullah SAW dihina lagi…!!

  1. peribadirasulullah

    22/05/2010 at 2:38 am

    Pemimpin-pemimpin dunia Islam semua membisu kerana mereka tidak akan memilih jalan kesusahan dan kesengsaraan yang akan berakhir denga Syurga. Malah pemimpin-pemimpin dunia Islam lebih baik memilih jalan kesenangan dan kemewahan yang telah terbentang dengan pelbagai nikmat yang disediakan oleh amerika dan PBB serta syaitan. Malah apabila terdetik dihati mereka untuk melakukan amal Soleh maka syaitan akan membisik di hati mereka ” Jangan kamu cuba mencari kesusahan dan kefakiran, Jika kamu memeilih jalan Islam kamu akan meghadapi peperangan, tiada lagi kemewahan tetapi kamu akan menghadapi kelaparan, hidup kamu tidak lagi dapat dipenuhi dengan nikmat-nikmat maksiat dan berpoya-poya serta kamu tidak akan lagi ditemani wanita-wanita seksi dan jelita ” Oleh itu semua pemimpin-peminpin dunia Islam akan berdiam diri dalam semua isu Islam yang muncul walaupun melibatkan penghinaan terhadap Nama Allah SWT dan Rasulullah SAW. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya.

     
    • nurudhin94

      22/05/2010 at 2:45 am

      ya memang benar apa yg dikatakan saudara…Pemimpin hari ini lebih takut kepada Amerika daripada takut kepada Allah……
      Mereka mengaku Allah Tuhan mereka,Muhammad Nabi Mereka….namun,itu hanya terlafaz dibibir sahaja…
      fikir-fikirkanlah..layakkah kita untuk mendapat syafaat Rasulullah…layakkah kita meminum air perigi Rasulullah…jika kita hanya mendiamkan diri melihat oenghinaan terhadap manusia agung….
      Para pemimpin hari ini juga lebih menjaga meruah diri mereka daripada menjaga maruah Rasulullah…
      Mungkin jika mereka ingin melakukan amal,mereka berfikiran yang nama mereka tidak akan gah lagi….mereka sanggup membiarkan Rasulullah dihina daripada diri mereka dihina….

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: