RSS

Sepanyol pula mahu haramkan Burqa..

28 May

Sebuah bandar di timur laut Sepanyol, Lerida bakal mengundi esok bagi mengharamkan pemakaian burqa di bangunan perbandarannya.

Jurucakap pejabat Datuk Bandar semalam berkata, satu cadangan telah dibuat dan majoriti golongan sosialis mendesak pengharaman pemakaian burqa di bangunan-bangunan perbandaran.

Pegawai itu berkata, bandar tersebut juga telah meminta perkhidmatan guamannya supaya meneliti kemungkinan untuk mengharamkan pakaian berkenaan di semua kawasan awam dengan menyatakan ia dibuat atas alasan hak asasi wanita.

“Kami tidak boleh mengawal pemakaian burqa di jalan raya, tetapi kami boleh berbuat demikian di bangunan-bangunan perbandaran,” jelasnya.

Hanya segelintir wanita memakai burqa di Lerida, sebuah bandar di wilayah Catalonia yang mempunyai 140,000 penduduk, di mana satu perlima daripadanya terdiri daripada pendatang asing termasuk dari Afrika Utara.

Pakaian berkenaan mencetuskan perdebatan hangat di kebanyakan negara Eropah, dengan Belgium bulan lalu menyokong satu draf undang-undang mengharamkan burqa di tempat-tempat awam termasuk di jalan-jalan raya, satu tindakan pertama di Eropah.

Teks undang-undang itu perlu diterima oleh Senat sebelum boleh dikuatkuasakan.

Kabinet Perancis juga telah meluluskan satu draf undang-undang untuk mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam, sekali gus membuka jalan supaya teks berkenaan boleh dikemukakan ke Parlimen Julai ini. – AFP

Mana Kebebasan Yang dilaungkan Barat..??

Sesungguhnya laungan KEBEBASAN yang sering dilaungan oleh barat hanyalah penipuan semata-mata..Jelas sekali bila wanita Islam mula diharamkan menggunakan burqa.Jika kebebasan ini adalah benar,maka barat tidak akan mengharamkan pengunaan Burqa untuk wanita Islam.Biarlah burqa ini dipakai oleh wanita Islam dimana sahaja..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28/05/2010 in isu semasa, kEbaNGkiTan

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: