RSS

Iklan hina agama Islam di New York

28 May

NEW YORK 27 Mei – Iklan-iklan tertera soalan anti-Islam yang dipasang di lebih 30 buah bas di bandar raya ini menimbulkan kekecohan dan kritikan di kalangan penganut Islam yang menyifatkannya sebagai menghina agama tersebut.

Soalan yang dipaparkan pada iklan itu adalah, ‘Mahu meninggalkan Islam?’, ‘Fatwa di atas kepala anda?’, ‘Adakah keluarga mengancam anda?’.

Iklan tersebut merujuk kepada sebuah laman web dipanggil RefugefromIslam.com, yang menawarkan maklumat kepada mana-mana penganut Islam yang mahu meninggalkan agama itu tetapi segelintir umat Islam menyifatkan iklan itu sebagai agenda anti-Islam.

Pamela Geller, yang mengetuai organisasi dikenali sebagai Stop Islamization of America berkata, iklan tersebut dibuat bertujuan menyediakan sumber kepada penganut Islam yang takut meninggalkan kepercayaan mereka.

“Ia bukan satu tindakan menyakiti penganut Islam, ia adalah kebebasan beragama.

“Ia juga tidak menyasarkan golongan yang mengamalkan Islam. Iklan itu tidak mengatakan ‘tinggalkan’ tetapi ‘meninggalkan’ disusuli tanda soal.” katanya.

Geller berkata, iklan itu dibeli pada harga AS$8,000 (RM28,000), yang mendapat sumbangan daripada pembaca blognya, Atlas Shrugs dan laman-laman web lain.

Iklan yang sama turut dipasang di beberapa buah bas di Miami dan menurut Gellar, pembelian iklan sedang dirancang untuk bandar-bandar lain.

Jurucakap Lembaga Pengangkutan Metropolitan (MTA) Kevin Ortiz berkata, iklan Geller telah diteliti dan tidak mencabul garis panduan agensinya.

Katanya, semua iklan yang dipasang telah menjalani proses saringan. – AP

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28/05/2010 in isu semasa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: