RSS

Israel Lancar “operasi angin laut”

30 May

30 Mei – Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus dari kerajaan Israel, telah bersedia untuk misi yang mereka namakan “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiapsedia dengan semua persiapan untuk pengambilalihan kapal-kapal tersebut, samada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza. Operasi ini dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel Mayor Jenderal Elizer Marom

Serangan yang dirancang meliputi empat tahap;

1. Tahap Amaran; Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal dari menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.

2. Hentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.

3. Diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantarbalik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.

4. Penangkapan sebelum dihantarbalik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.

Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.

Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki 8 buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.
Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini.” (imemc/alqudsol)

Ditulis Oleh Abu Ridhwan · dalam Kategori Berita

 
3 Komen

Posted by di 30/05/2010 in isu semasa

 

Label:

3 responses to “Israel Lancar “operasi angin laut”

  1. peribadirasulullah

    30/05/2010 at 1:28 pm

    Ya Allah kurniakanlah kemenangan kepada hamba-hambaMu,
    Utuskan kepada mereka tentera yang tidak dapat dipandang oleh mata,
    Mereka lemah dari segi zahir, tetapi mereka mencari nilai kehidupan yang paling berharga,
    Tiada erti kekalahan dalam perjuangan kepada yang Maha Berkuasa,
    Jiwa mereka lebih mulia dari pemimpin-pemimpin dunia Islam yang rakus dengan dosa,
    Mereka tidak mengharap Singgahsana dunia, tetapi mereka memohon berlindung dibawah Arasy yang indah dan abadi.
    Perjalan kalian pasti diteduhi Gerombolan Malaikat Rahmat…
    Bersama restu Ilahi,
    Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya.

     
    • nurudhin94

      30/05/2010 at 9:40 pm

      semoga Allah permudahkan segala urusan mereka…
      kalau mereka gugur sekalipun..mereka sebenarnya berjaya disisi Allah…

       
  2. peribadirasulullah

    30/05/2010 at 11:10 am

    Begitulah kehebatan israeil sebagai insan ciptaan Allah SWT yang lebih bijak daripada syaitan. syaitan hanya tidak sujud hormat kepada Nabi Adam apabila di arahkan oleh Allah SWT, tetapi yahudi telah melakukan segala kejahatan terhadap manusia lain. Oleh itu tidaklah lojik kita berperang dengan mereka yang cukup segala kelengkapan sedangkan kita pergi dengan tangan kosong dan berbekalkan hati dan semangat sahaja, sedangkan saranan Allah SWT,” Lengkapkanlah diri kamu dengan segala kelengkapan yang kamu mampu “. namun demi Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW saya menyokong tindakan anda yang berani menempah Syurga Ilahi di zaman moden ini, Semoga Allah SWT membuka pintu hati pemimpin-pemimpin negara Islam yang sudah sekian lama mensyirikkan Allah SWT dalam perbuatan mereka, Mereka Solat dan Puasa serta lain-lain rukun Islam mereka lakukan tetapi mereka juga adalah penyokong utama kepada program maksiat bertaraf dunia dengan Nikmat Allah SWT mereka melakukan perkara durjana diserata dunia. Selamat Berjuang Wahai Para Sahabat….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: