RSS

HERET ISRAEL KE KUBUR, BUKAN KE ICJ!

12 Jun

HERET ISRAEL KE KUBUR, BUKAN KE ICJ!

 Setelah menawan kapal Mavi Marmara dan membunuh 9 orang sukarelawan dari Turki dan mencederakan berpuluh yang lain, Israel meneruskan lagi kejahatan mereka dengan menawan  pula kapal kedua, Rachel Corrie dalam misi Flotilla Pembebasan ke Gaza. Namun kali ini tidak ada pertumpahan darah yang berlaku setelah Israel dikecam hebat oleh seluruh dunia. Sukarelawan, termasuk rakyat Malaysia telah pun dibebaskan oleh Israel dan mereka telah pun pulang ke tanahair dengan kepulangan yang disambut secara besar-besaran sebagai wira. Sungguh mengaibkan apabila gelaran wira diberikan kepada orang awam, bukannya kepada para tentera yang sepatutnya menjadi wira dengan berjihad melawan Israel! Dalam perkembangan yang sama, pemimpin, baik di kalangan parti pemerintah mahupun pembangkang kesemuanya mengutuk tindakan ganas Israel.

Seperti yang dijangka, satu sidang khas Parlimen telah diadakan bagi mengeluarkan ketetapan kosong mengecam keganasan Israel. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sendiri telah membentangkan usul khas di Parlimen dan mengeluarkan 15 kenyataan lemah yang sebesar zarah pun tidak menakutkan Israel. Sehubungan dengan ini juga, kerajaan sekular Malaysia dilaporkan bersedia untuk mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), selain mengharapkan Turki untuk melakukan hal yang sama. Kerajaan juga, melalui pergerakan wanita UMNO sedang dalam proses untuk memfailkan petisyen ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) [BH 07/06/10].

Rata-rata pemimpin dan ahli politik Malaysia, baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang bersetuju dengan cadangan dan usaha untuk mengheret Israel ke ICJ. Bagi para pemimpin yang sekular yang pemikirannya sama dengan pemikiran Barat, cadangan dan usaha ini tidaklah menghairankan kita. Namun, kita amat hairan dan sedih melihat para pemimpin gerakan Islam juga bersetuju dengan usaha ini. Apakah pemimpin ini begitu jahil sehingga tidak memahami bahawa baik ICC mahupun ICJ, keduanya adalah mahkamah kufur antarabangsa. ICJ adalah sebuah organ di bawah badan kufur PBB manakala ICC pula adalah sebuah mahkamah independan yang ditubuhkan pada 1998 oleh puak kuffar dengan menerima pakai Rome Statute sebagai undang-undang dasarnya. ICJ adalah mahkamah yang berada di bawah pengawasan dan penguasaan PBB dan tidak dapat lari sedikitpun dari ketetapan PBB. Hakimnya yang berjumlah 15 orang secara bergiliran, walaupun ada seorang atau dua yang beragama Islam, tetapi mempunyai pemikiran yang sama dengan hakim kafir, dan kesemua undang-undang dan prosedur perbicaraan yang dipakai ICJ adalah undang-undang kufur yang ditetapkan oleh PBB dan lain-lain treati di peringkat antarabangsa.

Tanyalah diri sendiri wahai kaum Muslimin, adakah undang-undang Allah ini tidak lengkap, baik di peringkat nasional atau internasional, sehinggakan kita memerlukan ICJ untuk menghukum Israel? Apakah agama Islam yang Allah turunkan ini tidak lengkap sehingga kita memerlukan mahkamah kufur dan undang-undang kufur untuk membicarakan Israel? Apakah Allah tidak menurunkan satu hukum pun untuk kita ‘berurusan’ dengan golongan Yahudi laknatullah ini, sehingga kita perlu mengambil hukum dari orang-orang kafir? Tidak! Sekali-kali tidak! Sesungguhnya agama Allah ini sempurna kerana ia datangnya dari Zat Yang Maha Sempurna. Hanya manusia yang memaksiati Allah sahajalah yang tidak mengambil penyelesaian dari Allah. Kekejaman, kejahatan dan pembunuhan yang dilakukan golongan Zionis ini terlalu jelas, terpampang di hadapan mata dan beratus ribu manusia menyaksikannya. Maka apakah kejahatan mereka ke atas umat Islam selama ini masih perlu diselesaikan dengan mengheret mereka ke sebuah mahkamah kufur yang lemah dan didominasi pula oleh puak kuffar? Sedarlah wahai mereka yang beriman, berfikirlah wahai mereka yang mempunyai akal, apakah ICJ yang kalian perlukan untuk ‘mengajar’ Israel atau (panduan) Al-Quran dan Sunnah yang kalian perlukan untuk menjawab segala kebiadaban Israel selama ini?

Bukankah Allah telah memberikan jawapanNya bagaimana untuk kita menghadapi makhluk terkutuk ini? Dan jawapan dari Allah ini adalah terlalu amat jelas, kecuali bagi mereka yang buta hatinya sahaja. Firman Allah,

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka tidak pula mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri” [TMQ at-Taubah (9):29].

FirmanNya yang lain,

“Perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tidak ada lagi fitnah (kekufuran) dan adalah agama itu bagi Allah semata-mata”
[TMQ al-Baqarah (2): 193].

FirmanNya yang lain,

“Kamu diwajibkan berperang sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[TMQ al-Baqarah (2):216].

Allah berfirman,

“Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali”
[TMQ at-Tahrim (66):9].

Amat jelas bagi kita bahawa, apa yang Allah perintahkan kepada kita adalah memerangi Yahudi. Pemerintah, yang mana pasukan tentera kaum Muslimin berada di bawah kekuasaannya, wajib melakukan hal ini. Dan jika pemerintah ini mengengkari perintah Allah, maka wajib pula ke atas pasukan tentera untuk mengengkari mereka. Sabda Rasulullah SAW,

“Jihad akan tetap berjalan sejak Allah mengutusku hingga umatku yang terakhir memerangi Dajjal, ia tidak akan terhenti oleh kejahatan orang (penguasa) yang jahat atau pun keadilan orang (penguasa) yang adil”
[HR Abu Daud].

Jihad adalah sebenar-benar jawapan bagi keganasan Israel, bukannya ICJ. Allah memerintahkan jihad ke atas Israel (Yahudi) dan bukannya membawa mereka ke mahkamah kufur. Justeru, tugas kita, khususnya penguasa dan tentera kaum Muslimin, adalah untuk mengheret Israel ke kubur mereka, bukannya ke ICJ atau ICC. Tugas kita adalah untuk mengheret Zionis ke kubur, kemudian tugas malaikat untuk mengheret pula mereka ke Jahannam. Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi menuntut kerajaan Malaysia dan kerajaan negara-negara umat Islam lainnya, agar melancarkan jihad dengan mengerahkan tentera kita ke sana bagi melawan Israel. Dalam masa yang sama, HTM juga telah melakukan seruan di banyak masjid di seluruh Malaysia setelah solat Jumaat, menyeru umat Islam agar mendesak pemerintah untuk menggerakkan bala tentera untuk berjihad ke Palestin. Seruan HTM juga telah dibuat di tempat-tempat utama sekitar ibunegara Kuala Lumpur untuk menyedarkan orang ramai bahawa satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah Palestin adalah dengan digerakkan tentera untuk berjihad melawan entiti Zionis laknatullah yang sekaligus akan melenyapkan kekuatan mereka dari muka bumi. HTM juga telah menghantar surat terbuka (open letter) ke semua negara-negara OIC melalui kedutaan mereka yang ada di Malaysia, untuk memuhasabah mereka dan menuntut mereka menghantar tentera ke Gaza. Sautun Nahdhah kali ini memaparkan surat terbuka tersebut, yang telah diterjemah dan disunting dari bahasa Inggeris untuk tatapan para pembaca agar beroleh kebaikan darinya –

SURAT TERBUKA KEPADA PEMIMPIN UMAT ISLAM DI NEGARA-NEGARA O.I.C

 
Kami, Hizbut Tahrir Malaysia, sebagai sebahagian daripada umat Islam merasa sungguh marah dan terkejut di atas kebiadaban Israel menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. Sebagai sebuah gerakan Islam, kami menuntut daripada kamu yang merupakan penguasa di negara umat Islam supaya menyelesaikan kes ini melalui cara yang diperintahkan oleh Allah. Tindakan Israel membunuh dan menculik sukarelawan dalam misi bantuan kemanusiaan di sebuah perairan antarabangsa adalah ibarat lanun yang ganas. Serangan komando ke atas orang awam yang tidak bersenjata adalah sebuah kekerasan yang melampaui batas. Pembunuhan ke atas orang awam adalah sebahagian daripada bukti keangkuhan Zionis dan kebencian mereka terhadap manusia secara amnya dan terhadap umat Islam khususnya.

Kemarahan kami disandarkan lagi kepada fakta bahawa pada masa yang sama penguasa umat Islam yang khianat hanya tahu membuat kenyataan yang tidak disertai oleh tindakan. Israel tentunya akan mendapat perlindungan daripada sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat, yang sering membuat rencana yang bertujuan untuk melindungi kepentingan mereka bersama. Walaupun beribu-ribu nyawa telah melayang di Palestine, dan beribu-ribu lagi di Lebanon, seramai 1400 orang termasuklah wanita dan kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun yang mati ditembak sambil memeluk bendera putih semasa serangan Israel ke atas Gaza pada tahun 2009, namun kita masih mendengar kenyataan daripada Joe Biden, Naib Presiden Amerika Syarikat dan kenyataan rasmi Rumah Putih (White House) bahawa sokongan Amerika Syarikat terhadap entiti Zionis tidak pernah berbelah bahagi. Kami melihat musuh-musuh kami, musuh-musuh Islam memerangi dan membunuh secara besar-besaran demi mencapai kepentingan mereka, manakala kamu, penguasa umat Islam, masih berdiam diri, pasif, bacul dan yang paling buruk, kamu memberikan pula sokongan kepada kewujudan Israel melalui pelbagai perjanjian damai dan perjanjian dagang dan kamu membenarkan musuh-musuh kami untuk mencengkam kehidupan kami demi mempertahankan kepentingan kamu.

Wahai para penguasa! Takutlah kamu kepada Allah Azza Wa Jalla dan Hari Pengadilan! Kami mempertanggungjawabkan kamu dengan hukum Islam dan menuntut kamu untuk melaksanakan Islam dan kami menuntut kamu mengambil penyelesaian Islam ke atas setiap masalah yang berlaku. Sungguh aneh! Walaupun kapal kepunyaan Turki diserang dan rakyatnya dibunuh, Ergodan masih menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, dan mereka masih menuntut tindakbalas simpati daripada golongan kafir dalam bentuk “kecaman antarabangsa”. Adakah dengan hanya ‘kecaman-kecaman’ tersebut cukup untuk membalas sebuah pembunuhan kejam dan tindakan perlanunan Israel? Kenapa perlu menagih dan menunggu reaksi antarabangsa untuk bertindak? Umat Islam, baik di Turki mahupun di negara lain sesungguhnya tidak memerlukan apa-apa persetujuan daripada mana-mana negara untuk bertindak terhadap Israel. Turki sebagai generasi Khilafah Uthmaniyah yang gemilang, keturunan Muhammad al-Fatih pembuka Constantinople, hanya perlu patuh kepada peraturan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
 
Israel telah memberikan suatu mesej yang jelas kepada seluruh dunia bahawa mereka akan membunuh siapa sahaja yang cuba menyekat mereka dari melakukan pembunuhan secara perlahan-lahan ke atas penduduk Gaza. Mereka tidak akan berkompromi untuk melakukan pembunuhan ke atas sesiapa sahaja yang cuba menolong menyelamatkan mangsa-mangsa (penduduk Islam Gaza) yang ingin mereka bunuh sekarang. Bangsa terlaknat ini tidak pernah menghormati apa-apa undang-undang antarabangsa. Mereka cuma merujuk kepada undang-undang tersebut jika kepentingan mereka boleh dicapai melaluinya. Mereka tidak pernah mengenal erti kemanusiaan dan tidak bertamadun, malah mereka menganggap siapa sahaja yang menunjukkan sifat peri kemanusiaan sebagai penjenayah yang perlu dibunuh.
 
Wahai para penguasa! Simpanlah segala kecaman tidak ikhlas dan protes tidak bermakna yang kamu keluarkan itu. Kami menolak semua bentuk deklarasi, kenyataan dan kecaman kosong yang kamu laungkan yang tidak pernah memberikan, walau sedikit penyelesaian pun. Sekiranya kamu benar-benar ikhlas, maka tentu kamu akan memutuskan semua bentuk hubungan dengan entiti Zionis tersebut. Kami ingin menyatakan dan mengingatkan di sini, bahawa Mubarak dari Mesir itu terpaksa membuka pintu sempadan Rafah hanya untuk mengelak dari menerima aib dunia. Walhal Mubarak langsung tidak membuka pintu sempadan tersebut semasa pembunuhan dan pengeboman yang berlaku di Gaza pada 2009!
 
Sesungguhnya kamu adalah penguasa umat Islam yang sentiasa berpeluk tubuh, hatta di saat kaum kuffar mengerahkan angkatan tentera mereka ke seluruh pelusuk wilayah umat Islam untuk membunuh umat Islam dan merampas kekayaan umat Islam. Kaum kuffar ini tidak pernah meminta apa-apa izin daripada sesiapa untuk melakukan semua ini. Malah mereka dengan segala kelicikan dan keganasan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam, manakala kamu menyaksikannya dengan tidak melakukan apa-apa dan tanpa merasa bersalah sedikitpun. Sejak sekian lama puak kuffar ini menuduh kami (umat Islam) sebagai pengganas dan menghina Rasulullah SAW dan menyerang  Islam, namun sejak sekian lama juga, kamu malah berpihak kepada mereka! Wahai para penguasa! Dengan apa yang telah kamu lakukan dan dengan sikap berdiam diri kamu terhadap semua ini, sesungguhnya kamu juga adalah bertanggungjawab terhadap pembunuhan yang berlaku ke atas umat Islam di Gaza, Palestin dan di seluruh dunia ini.
 
Kami, Hizbut Tahrir Malaysia mengingatkan kamu akan kalimah syahadah yang kamu imani. Ingatlah bahawa, kamu sebagai pemerintah umat Islam, adalah bertanggugjawab terhadap umat Islam. Kamu wajib melaksanakan Islam sebagai suatu cara hidup yang menyeluruh, sebagai sebuah sistem kehidupan yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. Kami menuntut kamu, kerana kamu adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan umat ini, dan bukannya penjaga kepada kuffar Amerika Syarikat atau Eropah atau mana-mana organisasi kufur seperti PBB. Kami menuntut kamu untuk melancarkan jihad, menggerakkan tentera untuk memerangi siapa sahaja yang telah membunuh anak-anak, ibu-ibu dan saudara-saudara kami secara rakus dan kejam dan menghalau mereka keluar dari tanah kaum Muslimin.
 
Wahai para penguasa! Sesungguhnya umat Islam mengetahui akan penipuan dan pengkhianatan kamu dan mengetahui bahawa kamu tidak akan kembali kepada Islam, tetapi kamu akan berterusan melaksanakan hukum taghut dan mengabdikan diri kamu kepada puak kuffar yang menjadi musuh kami. Hentikanlah diri kamu daripada menjadi hanba kepada puak kuffar tersebut dan abdikanlah diri-diri kamu kepada Pencipta kamu, kepada hukum dan peraturanNya! Sesiapa yang tidak berpaling daripada golongan kuffar, bahkan berterusan melaksanakan hukum kufur, maka demi sesungguhnya akan sampai kepada kamu satu masa, di mana Allah akan melaksanakan hukumNya ke atas kamu dan di saat itu, tiada lagi peluang untuk kamu melepaskan diri walaupun sejengkal!
 
Kami, sebagai sebahagian daripada umat Islam yang tinggal di Malaysia berdiri seiring dengan saudara-saudara kami di Gaza, di Iraq, Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Uzbekistan, Pakistan, Tatarstan, Turkeministan Timur dan di semua wilayah umat Islam yang lain – deen mereka adalah deen kami, darah mereka adalah darah kami, kemuliaan mereka adalah kemuliaan kami dan musuh mereka di sisi Islam adalah musuh kami! Kami menuntut kepada kamu wahai para penguasa, ketua tentera dan yang mereka yang mempunyai kekuatan, apatah lagi kepada mereka yang bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala serta berimanan kepada Hari Akhirat, untuk bangkit memecahkan belenggu terhadap taghut, belenggu kekufuran dan ketakutan dan laksanakanlah Islam secara menyeluruh dan dirikanlah semula Daulah Khilafah.
 
Wahai para penguasa, wahai Jeneral dan para perajurit yang masih ada keikhlasan, kamu adalah generasi umat Islam yang menjadi pewaris kepada al-Fatih pembuka Istanbul – sahutlah seruan jihad dari ibu-ibu, anak-anak dan saudara-saudara kamu yang sedang dizalimi oleh puak kuffar. Sahutlah seruan jihad dari saudara-saudara kamu yang teraniaya demi membebaskan mereka dan tanah kita semua dari cengkaman musuh-musuh Allah, musuh RasulNya dan musuh kamu juga. Atau, apakah sudah tidak ada, walau sedikit keikhlasan di hati-hati kamu untuk menyahut seruan mulia ini? Takutlah kamu kepada Allah dan Hari Pembalasan jika kamu meyakini bahawa kamu akan kembali kepadaNya. Bangkitlah wahai penguasa yang mempunyai keimanan dan keikhlasan! Bangkit dan dirikanlah semula Daulah Khilafah. Kerahkanlah bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan dan yang lebih utama dari itu, kobarkanlah jihad dan kerahlah kekuatan tentera yang kamu miliki itu ke jalan Allah. Lancarkan jihad yang dengannya akan pasti menyelamatkan umat Islam dan membebaskan wilayah Islam dari dominasi kuffar. Hanya dengan jihad sahajalah yang akan menjadi pembalasan kepada kejahatan dan keganasan Israel sekaligus memberikan penghinaan kepada mereka dan mengembalikan kemuliaan kepada umat Islam dan melegakan hati-hati orang-orang yang beriman. Firman Allah Azza Wa Jalla,

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin”
[TMQ at-Taubah (9):14].

HIZBUT TAHRIR MALAYSIA

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12/06/2010 in Sautun Nahdhah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: