RSS

Dimana Pemimpin Islam..??

13 Jun

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Pemimpin..??
Apakah yang anda tahu mengenai PEMIMPIN…?
Adakah pemimpin ini hanya memimpin sebuah negara..?

semestinya TIDAK…

Pemimpin bukan sahaja memimpin sebuah negara..malah juga memimpin sebuah keluarga..memimpin di tempat kerja..dan banyak lagi…Tugas sebagai pemimpin ini adalah satu amanah yang cukup besar.Tanpa pemimpin pasti segalanya tidak akan berjaya.Seorang pemimpin itu perlulah seorang yang adil,bijak,saksama,prihatin,berani,dan banyak lagi…

Pemimpin yang terbaik
Satu masa dahulu..ini bukanlah kisah dongeng semata-mata tapi adalah sebuah kisah nyata.Lahirnya seorang insan ditengah masyarakat yang sesat dan kawasan yang panas terik.Beliau dari kecilnya sudah mula menunjukkan sifat kepimpinan.Beliau seorang yang adil dan bercakap benar.Beliau adalah Muhammad Bin Abdullah.Beliau adalah seorang insan yang bergelar Nabi dan Rasul sekaligus memegang jawatan sebagai pemimpin umat Islam.
Bukan sekadar pemimpin umat Islam yang terbaik dan dihormati,beliau juga adalah ketua keluarga yang sungguh baik dan adil.Telah banyak perkara yang atas kepimpinan Baginda mendapat kejayaan.Menjadi pemimpin dalam peperangan..pemimpin sebuah negara Islam…

Kepimpinan Negara Islam.
Baginda saw dahulunya tinggal di kota Makkah dan seterusnya berhijrah ke kota Madinah.Sebaik tiba di Madinah,beliau mendapat sambutan yang sungguh mengalakkan.Agama yang dibawa baginda itu diterima oleh penduduk Madinah.Baginda telah menetap di Madinah dan dilantik menjadi ketua negara Islam yang pertama masa itu.Atas kepimpinannya,seluruh pelosok dunia mengenalinya.Baik dari barat juga menghormatinya.Islam yang dibawanya juga semakin berkembang.
Asas kepada kepimpinan itu adalah dari Agama Allah iaitu Agama Islam.Agama Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah sebuah agama yang telah sempurna semuanya.Baik dari segi sosial,kenegaraan,dan banyak lagi…
Langsung tiada cacat celanya..Oleh itu,Nabi menggunakannya…
Setelah kewafatan Baginda,negara Islam tidak berpecah,malah negara Islam itu semakin berkembang dan ajaran Islam juga semakin diterima..Kepimpinan baginda disambung oleh para sahabat.Kepimpinan yang bijak berjaya melonjakkan nama Islam dan menjadikan negara Islam sebuah negara yang kuat dan ditakuti.

Namun…
Setelah jatuhnya empayar Khalifah Uthmaniyah.Maka sejak dari hari itu,negara umat Islam yang dulunya satu…yang dulunya aman..yang dulunya digeruni…yang dulunya dihormati..sudah hilang….
Kini yang tinggal…negara-negara Islam yang telah berpecah…negara Islam yang huru-hara..kucar-kacir…sentiasa berlaku peperangan…pembunuhan…Agama Islam mula dipermainkan dan dipijak-pijak…Negara Islam kini bukan SATU malah berpuluh-puluh negara Islam…
Islam kini tidak lagi bersatu…umat Islam sendiri berperang…!..
bila kepimpinan sebuah negara yang kononnya berstatus ‘ISLAM’ tidak menjalankan pemerintahan seperti Rasulullah..
Hukum Allah tidak digunakan….Hukum yang dibuat oleh manusia diagung-agungkan….
kenapa tidak hukum Allah……bukankah Allah telah melengkapkan semuanya…
adakah kalian wahai pemimpin tidak menyakini hukum-hukum Allah…
adakah kalian wahai pemimpin takut reputasi kalian sebagai penguasa jatuh…
takut kalau kesenangan dan kemewahan yang kalian nikmati sekarang hilang…
Jangan kalian jawab didepan kami….tapi jawab didepan Allah bila anda sudah kembali…
Ingatlah….Islam itu adalah agama kalian…Kalian wajib mengikut ajaran agama kalian…
Islam agama kalian…maka jalankan urusan pentadbiran dengan mengikut cara Islam…Bila negara Islam yang sebenar-benarnya telah wujud kembali,barulah Islam itu akan kembali gah dimata dunia dan sekali gus agama Allah ini akan dihormati dan diyakini oleh semua masyarakat…

InsyaALLAH..
wallahualam..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13/06/2010 in kEbaNGkiTan

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: