RSS

Diingati Yang Mencipta

15 Jul

Dalam hidup kita, sudah pasti ada sesuatu yang kita inginkan. Kita suka jika selalu di puji, akan lebih suka jika selalu diingati. Ia akan lebih bermakna jika yang mengingati kita merupakan orang yang disayangi.

Dalam kehidupan ini, kita juga mahu diri diingati oleh yang maha pencipta. Agak sukar sedikit untuk menyelami bagaimana Yang Mencipta akan mengingati seorang hamba?

Allah swt berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud;

“Kerana itu, ingatlah kepadaKu, nescaya Aku ingat kepadamu”

Nabi Muhammad saw ada bersabda “Allah swt berfirman : “Sesiapa yang mengingatiku di dalam jiwanya, maka Aku akan mengingatinya di dalam diriKu, dan sesiapa yang mengingatiku di dalam keramaian, maka Aku akan mengingatinya dalam keramaian yang lebih baik dari mereka”. [Al-Bukhari, no 7405 dan Muslim, no 2675]

Allah swt sama sekali tidak melupakan hambanya, tetapi cukup sukar seorang hamba mengingati yang menciptanya.

Bila mendapat kesenangan, sukar mengucapkan syukur kepada Nya, tetapi bila datang kesusahan, Yang Mencipta akan dicari. Sejadah kembali diingati, qiblat akan selalu dihadapi.

Rasa sukar menyelinap diri, untung rugi akan bermain disanubari. Ya, inilah sifat seorang hamba…

NAMUN, bukan semua hamba yang melupakannya, tetapi beruntungnya jika termasuk golongan yang disebut-sebut oleh Nabi.

Hamba yang dipaginya menyebut nama Rabb nya, bersyukur dengan nikmat hembusan nafas di dadanya, bersyukur dengan nikmat degupan yang masih berdenyut, bersyukur dengan nikmat pandangan yang menyenangkan, bersyukur dengan nikmat rizki yang tidak pernah putus…

Persoalannya; Bagaimana mahu diingati jika kita tidak mengingati?

 
1 Komen

Posted by di 15/07/2010 in Tazkirah

 

Label:

One response to “Diingati Yang Mencipta

  1. canon digital camera lens

    15/07/2010 at 1:50 pm

    subhanallah,,,cantik banget tulisannya…salam hangat,,,

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: