RSS

Amar Maaruf Nahi Mungkar

25 Jul

Bismillahirahmanirahin..

Alhamdulilah,dengan limpah kurnia-Nya,saya dapat kembali menghantar tajuk  baru dalam blog saya ini…Setelah saya balik dari sebuah kelas agama,saya kembali mengingati apa yang telah dipelajari..

Oleh itu,saya menulis semula dan berkongsi kepada anda semua..agar ilmu Allah ini semakin meluas dan kita semua mendapat redha Allah…

Firman Allah:

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh berbuat maaruf dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”

(Surah Ali-Imran:104)

Ayat 104 surah Ali-Imran ini menjelaskan kepada kita bahawa hendaklah ada diantara kita seperti sebuah kelompok yang menyeru kepada kebajikan yakni menyeru kepada perkara yang baik dan mencegah daripada melakukan yang mungkar..

Hendaklah dalam ayat ini boleh kita kaitkan dengan 2 makna..pertama ‘Hendaklah’ disini mungkin boleh menjadi satu anjuran atau ‘Hendaklah’ disini boleh juga menjadi satu kewajiban..Ia perlulah kita lihat pada keadaanya dan daripada hadis-hadis sahih..Pada saya,perkataan ‘hendaklah’ dalam ayat ini menyebut tentang kewajiban.Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud

“sesiapa diantara kalian melihat kemungkaran,hendaklah ia mengubahnya dengan tangan.Jika ia tidak mampu,hendaklah ia mengubahnya dengan lisan.Jika ia tidak mampu,hendaklah ia melakukannya dengan hati.Itulah selemah-lemah iman”

(Diriwayatkan oleh Muslim)

Jika kita lihat pada hadis diatas,Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh sesiapa sahaja yang melihat kemungkaran hendaklah ia cuba untuk mengubahnya atau membanteras perkara itu.

Hadis Nabi S.A.W. lain ada mengatakan:

“Hendaklah kalian menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran atau hampir benar Allah akan mengirim hukuman keatas kalian,kemudian kalian berdoa kepada-Nya,namun Dia tidak mengabulkan doa kalian”

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad)

Disini,ayat Allah tadi adalah satu kewajiban bagi kita untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar terhadap manusia lain dan diri kita sendiri.Walaupun kita ini masih belum sempurna atau belum menjadi sebaik-baiknya,namun jika kita melihat kemungkaran didepan mata,hendaklah kita sedaya upaya untuk mencegahnya daripada terus berlaku.

Mari kita kaji pula dari dalil akal kita..Jika seseorang itu yang sudah kebiasaannya melakukan maksiat dan kemungkaran,maka pandangan orang itu terhadap keburukan berubah.Keburukan dianggapnya satu kebaikan yang mesti dilakukan.Oleh itu,konsep amar maaruf nahi mungkar ini perlu ada dalam jiwa masyarakat Islam masa kini.Bila konsep ini dilaksanakan,maka kebaikan akan mula melakar dalam jiwa orang-orang yang melakukan keburukan itu.Bila semakin hari,maka keburukan tadi akan musnah dan pandangan seseorang itu akan kembali seperti fitrah.Kebaikan akan nyata kebaikannya…keburukan akan nyata keburukannya..

Jika dilihat pada masa kini,bila dunia sibuk dengan pembangunan,ekonomi,dan banyak lagi,mereka alpa akan masalah sosial yang berlaku..Teruatamanya pemimpin-pemimpin Islam yang memerintah negara.

Pemimpin-pemimpin ini juga sibuk dengan pembangunan sehingga masalah umat dan Agama diletakkan ditepi malah ada yang meletakkan Islam ini dibelakang..Semakin hari pelbagai masalah sosial yang terjadi.Pembuangan bayi,zina,rogol,mencuri dan banyak lagi sudah menjadi seperti hal biasa.

Kudis-kudis ini dibiarkan sehingga merebak dan merosakkan orang lain..Dalam masa seperti ini,adalah menjadi keWAJIBAN kita yang mampu untuk mencegahnya daripada terus menular dan akan merosakkan ganerasi-ganerasi Islam akan datang..

Dalam usaha kita melakukan amar maaruf nahi mungkar ini,kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan ancaman yang boleh mengugat keimanan bagi yang lemah.Oleh yang demikian,kita perlulah bersedia dan sentiasa bersemangat untuk menegakkan Islam sebagai teras dalam kehidupan setiap manusia.Firman Allah yang bermaksud

“Dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah manusia dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang diwajibkan(oleh Allah)

(Luqman-17)

Ayat diatas telah menyatakan bahawa kepayahan,keperitan,kesulitan yang kita hadapi dalam menegakkan agama Allah adalah satu kewajiban bagi kita.Ini adalah untuk menguji keimanan kita kepada Allah..

Kita lihatlah,sebagaimana Rasul Junjungan kita Muhammad s.a.w. juga mengalami pelbagai kesulitan dalam menyebarkan Islam.Baginda dipulaukan,baginda hampir dibunuh,baginda dibaling dengan batu, baginda dilempar dengan najis..itu semua adalah apa yang Nabi kita hadapi.Oleh itu,apa saja yang kita hadapi dalam menjalankan amanah Allah hendaklah kita sabar dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Ingatlah,bahawa tiada kepayahan yang Allah berikan kecuali telah disediakan nikmat-Nya untuk kita.

Satu lagi,jika kita merasakan bahawa payahnya berdakwah ini,ingatlah kita kepada perjuangan Nabi dan para sahabat..Ingatlah atas penat lelah mereka merentas padang pasir hanya semata-mata untuk menyebarkan Islam…

Malulah kita jika awal-awal lagi sudah mengeluh…Oleh itu,merilah mulia hari ini kita hidupkan kembali konsep amar maaruf nahi mungkar dalam kehidupan kita semoga kita semua mendapat redha Allah..

Alhamdulillah,ini saja yang saya mampu buat.Agar ia berguna kepada anda semua..Kalau ada silap dan salah,sila komen kepada saya..

Sekian..Wassalam..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25/07/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: