RSS

‘Tazkiyatun nafsi’

06 Aug

..::Tazkiyatun Nafsi::..

Menurut Imam Ghazali, manusia yang terlibat dengan fitnah ini harus terus melakukan ‘Tazkiyatun nafsi’ atau proses penyucian jiwa. menurut beliau mereka ini adalah golongan yang mempunyai jiwa yang bermasalah.
Oleh disebabkan penyakit ‘wahan’ yang dihidapi oleh umat Isalam sekarang, poses ini adalah terapi yang sangat mujarab. Daripda Tsauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah Taala akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah Taala akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan'”. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi Muhammad s.a.w menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (Hadis Riwayat Abu Daud)
Sebagai umat Islam, kita tak boleh ambiil mudah penyakit cinta dunia dan takut mati. Bila kita pandang hal ini sebagai hal ang remeh, nah! inilah jadinya kita lupa pada akhirat, kita lupa pada azab Allah bagi orang yang melakukan perkara mungkar dan kita hilang rasa malu pada DIA. Penyakit inilah yang akan menghanyutkan umat Islam ke arah yang jauh dengan panduan agama Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda mengenai bahyanya lidah dan juga kemaluan.
Daripada Abu Huairah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w ditanya tentang perbuatan apakah yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga?” Baginda menjawab: “Takwa kepada Allah dan budi pekerti yang baik” dan bagimda juga ditanya tentang perbuatan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam neraka?” Baginda menjawab: “Mulut dan kemaluan”. (HR at-Tirmizi)
Ayuh sahabat2 ku..buka mata, buka hati kita. Yakinlah Allah akan terangi hidup kita dengan sinarNya. KEmbali kita menjaga hubungan kita dengan Dia dan hubungan kita sesama manusia..hablum minallah wa hablum minannas..tanpa rahmatNya kita hilang punca arah hidup kita…nauzubillah..
Beribu dosa telah terjadi dalam hidup kita..adakah kita sedar akan dosa2 ini? Jangan hanya dosa besar saja yang kita ingat..dosa-dosa kita yang kecil juga harus dititik beratkan..
Bila hidup tanpa cahaNya, gelap seluruh hidup kita, kita akan menjadi tak berdaya dan sia-sia..Allah…Allah..
Diri kita yang hina, berlumut dosa..harusnya selalu bersimpuh memohon ampun dariNya.
Jauhkan diri kita dari FITNAH..pohon perlindungan dariNya..FITNAH adalah MUSIBAH yang dahsyat di dunia..fitnah yang dibuat oleh orang bukan Islam bukanlah satu perkara yang pelik. Perkara yang pelik apabila fitnah berlaku di kalangan Muslim itu sendiri…
InsyaAllah..moga2 kita semua terpelihara dengan rahmat dari-Nya..Allah Rabb..

Aku serahkan segalanya padaNya..Allah Rabb
 
Tinggalkan komen

Posted by di 06/08/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: