RSS

Sedikit Pesanan

06 Aug

sedikit pesanan dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk solat tahajud,
juga tidak mampu berpuasa di siang hari,
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
engkau telah dihalangi untuk melakukannya
kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu.”
Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah,
kerana Dia lah sebaik-baik pelindung.
Renungan buat diriku dan dirimu..
Kembara kita di jalan sehala
semakin ke penghujung,
mengalas dua bekal;
dosa dan pahala,
bakal bertemu dua persimpangan;
syurga atau neraka.
“Mudahnya mencari cinta,
tapi cinta sejati itulah yang sukar diharungi.
Mudahnya mencari bahagia,
tapi bahagia berkekalan itulah yang sukar dikecapi.
Mudahnya mencari keseronokan,
tapi keseronokan tanpa kemurkaan itulah yang sukar ditemui.
Mudahnya mencari kesedihan,
tapi kesedihan kerana Allah jarang diperoleh”.
Imam Nawawi:
“Orang yang hafal quran,
tidak boleh tidur waktu orang lain tidur,
tidak boleh berseronok waktu orang lain berseronok..”
Imam Syafie:
“Ketahuilah sebesar-besar kesenangan
di dunia dan akhirat
adalah memberi maaf kepada orang lain
dan melupakan terus kesalahannya
ALLAH pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia”.
Imam Syafie:
“Sesiapa yang mahu meninggalkan
dunia dengan selamat,
dia perlu mengamalkan perkara berikut,
mengurangkan tidur,
mengurangkan makan,
mengurangkan cakap,
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada”.
Imam Syafie:
“Ketahuilah istighfar yang diucapkan
dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan
dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaanya”.
Imam Malik:
“Apabila ditanya mengenai sesuatu perkara
halusi dan telitilah pendapat kamu dengan
pendapat orang lain,
kerana penetilian itu
menghapuskan fikiran sempit
seperti api menghilangkan kotoran emas”.
 
Tinggalkan komen

Posted by di 06/08/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: