RSS

Sistem 5S Yahudi

20 Aug

Assalamualaikum

Pihak Yahudi LaknatuLlah telah
merancang sistem 5 S yang diadaptasi daripada 24 Protokol Yahudi dan
sistem 5 S tersebut ialah Song (memberikan hiburan melampau), Sex
(memberikan seks bebas melalui pergaulan bebas), Sport (menganjurkan
sukan yang membuka aurat), Stim (dadah, arak dll) serta Strok (Otak
menjadi jammed dan tidak dapat berfikir).

Generasi muda Islam
pada hari ini boleh dikatakan berada dalam zon yang ‘bahaya’. Keruntuhan
akhlak generasi muda pada hari ini khususnya remaja semakin lama berada
pada tahap yang kritikal. Hal ini berlaku kerana serangan pemikiran
(ghazwatul-fikr) yang kian mencengkam hidup generasi muda dan ianya
berlaku di sekeliling kita sehinggakan ramai umat Islam kini telah di
doktrin oleh pengaruh pemikiran dari musuh-musuh Islam untuk melihat
umat Islam khususnya generasi muda Islam jatuh tersungkur.

Hakikatnya
hari ini musuh-musuh Islam menggunakan media massa sebagai senjata
untuk menyebarkan serangan pemikiran ini dengan menggalakkan hedonisme
(budaya hiburan yang melampau). Akibatnya, hari ini banyak maksiat
berlaku secara berleluasa seperti lepak, dadah, judi, khalwat, zina
(couple), mencuri, black metal, vandalisme, ajaran sesat, membunuh, hidu
gam, berpakaian seksi, puja artis dan lain-lain lagi.

Tujuan
serangan pemikiran ini adalah untuk mengeluarkan orang Muslim dari
ajaran Islam yakni tiada pegangan akidah yang kuat dengan Allah dan
tidak punya syakhsiyyah akhlak yang melambangkan keperibadian sebagai
seorang Muslim.

Taktik “serangan pemikiran” ini bermula ketika selepas
kekalahan tentera salib dalam siri peperangan salib mereka, mereka
mendapati umat Islam mustahil untuk dikalahkan dalam peperangan.
“Semakin diserang, semakin kuat pula semangat jihad mereka”. Ini dapat
dirujuk dengan kata-kata pemimpin tentera Salib, King Louis VII , “Kita
tak akan dapat kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini
(al-Quran)”.

Di sebalik perancang utama agenda serangan
pemikiran ini adalah golongan musuh-musuh Islam seperti golongan Yahudi
LaknatuLlah dan Nasrani (Kristian) dalam melumpuhkan generasi muda
Islam. Firman Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim:

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikut agama mereka.
Katakanlah “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk
(sebenarnya).”Dan jika engkau mengikut keinginan mereka setelah ilmu
(kebenaran) sampai kepdamu tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong
dari Allah.” (Surah Al-Baqarah ayat 120)

Ghazwatul fikr
ini merupakan di antara serangan oleh musuh Islam yang paling berkesan
kerana untuk mewujudkan serangan ini, ia tidak memerlukan modal yang
tinggi, sasaran serangan ini juga tidak kira seiapapun namun ditujukan
khas buat umat Islam, dan paling penting bahawa keberkesanan “senjata”
ini adalah mangsa serangan tidak mengetahui bahawa dia diserang dan
pemikiran mereka dikuasai. Akhir sekali, kesannya adalah gaya berfikir
ataupun pola pemikiran mangsa-mangsa tersebut mengikut acuan musuh-musuh
Islam.

Generasi muda Islam perlu menyedari hal ini dan berusaha
untuk mematahkan serangan-serangan pemikiran sebegini kerana ia mudah
menjerumuskan diri kita kearah kegiatan keruntuhan akhlak dan di sini
saya mengajak kepada para sahabat sekalian agar mempraktikkan Islam
secara keseluruhannya di dalam kehidupan kerana Islam Is The Way Of Life
di samping itu juga kita hendaklah memperdalamkan ilmu Islam, menjauhi
kemaksiatan dan istiqamah beribadah kepada Allah secara konsisten.

 sebagai remaja islam sama2 la kita membuka satu ‘kesedaran baru ‘ yang kita perlu belajar ttg islam ,itulah sumber ketenangan dunia akhirat . Telas jelas tanda-tanda peringatan dari allah, buka mata hati kita tentang apa yang telah terjadi disekeliling kita,buka sebelum terlambat,atau mati kita mati yang sia-sia. Bior la hidup yang sesingkat ini kita manafaat kan demi meneruskan perjuangan baginda s.a.w ,menegakkan islam dalam diri dan selanjutnya,amin ya rabb kami berlindung kepada allah dari kesesatan yang nyata.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20/08/2010 in isu semasa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: