RSS

TERDAMPAR DI ‘DARUL TAQWA’

30 Aug

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
“Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.” Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar dalam negara ini. benak hatinya. “Erm tak pelah Pakcik, biarlah saya tolong kutipkan, sebelum orang-orang Diwan ud-Daulah An Nadzhifah datang. Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Tercengang Datuk Dr Johar dengan apa yang dikatakan budak tuh dalam hatinya berkata “apa benda tuh”. Tetapi dia tidak panik, Datuk Dr. Johar terus membetulkan tali lehernya. “Ah,kalau apa yang kau crita nih budak, apa aku nak risau aku ada segalanya, nanti kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini” . Benar manusia mana yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis dilambai-lambaikan (ukuran kapitalis sememangnya duit adalah segalanya, bukan lagi halal dan haram). Si Budak kecil itu, menggeleng-gelengkan kepala lalu pergi.
Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter ala-ala AW129 Multi-Role Combat Helicopter malah lebih hebat lagi dengan gaya lebih ergonomik bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka… Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. “Hoi budak, Aku dimana sekarang ?” tanya Datuk Dr. Johar kepada seorang budak yang berlalu di hadapannya. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat menjawab, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Lamborghini model Gallardo version ke berapapun Datuk Dr Johar tak dapat pastikan kerana terlalu canggih, merah dan bercahaya berkilat, solid molid. Lantas keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Pakaian mereka berwarna hitam berjalur biru.
“Assalamualaikum ya akhi….Asif, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di dalam Daulah Khilafah ni. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itukan lambang iman. Negara ini menitikberatkan ketakwaan, keharmonian, keimanan dan keadilan…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.” Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
” Nah ni duit lima ratus. Aku tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan? ” tanyanya angkuh. “Pakcik, kami bekerja kerana Allah, Ijarah yang kami terima itu pun dah tersangat cukup buat kami. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Takkan pak cik tak tahu, Kitakan telah di urusi kembali oleh Daulah, Hari ini islam TELAH BUKTIKAN KEMBALI UPAYANYA TIADA SEORANG PUN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT MALAH BUKAN SAHAJA DI SINI PAKCIK DI SELURUH TANAH DAULAH KHILAFAH INI. Lagipula hari ini benda tuh hanya dipandang sebagai alat, sebatas sebagai material, dan bukan matlamat hidup kami Pak Cik untuk mengejar Material,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang sambil senyum sinis. “Eh, Eh …. asif pakcik. Bisa kami nak bertanya, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya pegawai itu pula. “Aku yang gila, atau dia yang gila? dahlah sikit-sikit cakap arab, buat-buat tahu jelah” Detik hati Datuk Dr. Johar.

Dia berjalan ke arah kereta Gallardo merah yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, dan Tuxedonya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula – Padinni. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. “Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.” bentak Datuk Dr Johar “Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. ” “Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Sewaktu kehidupan di telanjangi dengan Kapitalis, Waktu tuh Daulah Khilafah belum tertegak lagi. ISLAM BELUM MENDOMINASI DUNIA KEMBALI pakcik. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Modernistik Kot Kami nih, dan kadang kala mereka (orang barat) juga berserban. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang di jamin kebebasannya dalam sebuah DAULAH ISLAMIYAH dan orang-orang yang support old school brandy. Walaupun dalam Islam tidak ada masalah pakcik, tapi kami heran dengan tingkah laku pakcik nih.” panjang jawapan anak muda itu
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Di mana aku sebenarnya ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, jalan yang dia berdiri itu iras-iras Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. “Subhanallah, Ya akhi, Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Wali Muhtasib cabang dalam departemen Diwan ud-Daulah An Nadzhifah. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandaraya ini.” Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa benda bahasa-bahasa Arab yang kau cakap dari tadi nih? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. “Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat… Dan ini kesalahan pertama pakcik saya rasa dengan denda seperti itu sudah cukup tapi pak cik perlu ingat sekiranya berulang perkara ini akan di bawa kepada pengadilan yang lebih tinggi!.” Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. “Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!” rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang dan mengambil aduan tersebut untuk diadukan kepada mereka yang selayaknya, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Datuk Dr Johar terlupa bahawa dia berada dalam dunia yang jauh lebih tinggi teknologinya, kot-kot pakaian mereka telah tersiap dengan sensor-sensor yang bisa membuatkan mereka ketahui Butiran seperti nama, gambar, tarikh dan terus sahaja di masukkan Online kedalam server pendaftaran kes di jabatan Qadhi. Lagi pula kes yang di buatnya kes-kes kecil yang dihukumi dengan hukuman mukhalafat yang sgt kecil iaitu dengan hanya bertasbih bertahmid dan berselawat, dia melanggar perintah untuk tidak melaksanakannya itu adalah tanggung jawabnya tidak akur terhadap perintah khalifah yang pasti di dunia dia terlepas tidak di akhirat. Dan mungkin kali ini dia terlepas namun sekiranya berulang dia akan tahu nasibnya.

“Fuh.. Lega.Dahaga , lapar pulak perut aku nih” kata hati kecil Datuk Dr Johar. Sejurus kehausan dan kelaparan mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : Ping Pong!! “Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syeikh Al Syahran, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu dengan sebenar-benar rayuan agar siapa yang lapar, siapa yang merasa dirinya dalam kekurangan atau yang sudi menerima sumbangan agar sudi menerima hibahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!” suara komputer itu di laungkan 2 kali dengan suara yang amat jelas dalam dua bahasa iaitu arab dan bahasa yang dipahaminya. Namun Datuk Dr. Johar dengan berlagaknya meninggi dada dan mendengus yalah orang besar Ibu Kota itu dia tidak akan mencemar duli mendapat saguhati nasi. Ibarat pengemis pula. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri.
Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Tapi sekali lagi beliau dikejutkan kerana kebanyakkannya berserban dan wanita pula berjubah(berjilbab) Malahan ada yang hanya bisa dilihat mata mereka sahaja (niqab). Namun matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga. “Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.” “Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.” Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. “Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”. Lelaki itu tersenyum. “Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Daulah Khilafah telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs. yang perlu di jaga adalah aturan dari Allah ikhtilat dan infishal perlu diperhatikan dan terjaga dari segala sudut. Kalau tUan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,”terangnya. Mukanya jernih. Kopiah dan jubahnya serba putih. “Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni… tak ada kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku, kebebasan beraqidah, kebebasan berpemilikan, tempat jahanam apa ini…?” “Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama- nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Daulah Khilafah ala Minhajin Nubuwwah ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah…. Pak Cik nih Kenapa? risau saya di buatnya” Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi beriani sepinggan !”ujarnya kepada pelayan. “Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan. “Ya ! Apa peliknya?”, “Baik,tuan.Tapi di restoran ini, semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?” tanya pelayan berkulit hitam itu mungkin berasal dari Nigeria namun dari gaya bibirnya seperti telah fasih berbahasa yang di pahaminya.

Dia tambah geram. direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. “Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alatan projector maya dan blue raynnya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. ” Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, ” ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja “Anta tak cuba tampung dengan amal nafilah atau makrufat yang lain?”tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu dinar emas…malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana” Keluhnya.”Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.” “Oh…!” keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.”Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya…. saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. setelah tamat makan… Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. “Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …”
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. “Subhanallah. kad kredit!!! dari mana tuan dapatkan najis ini, tuan. Kad kredit ini bukan transaksi yang boleh kami terima, kerana dalam ekonomi hari ini tidak adalagi riba’ SESUNGGUHNYA ALLAH DAN RASUL AKAN MEMERANGI ORANG YANG MENGAMBIL RIBA. KAMI TIDAK REDHA DAPAT SEDIKIT HARTA SEKALIPUN DENGAN RIBA’. maafkan kami sekiranya sungguh kami jijik melihatnya kami halalkan sajalah.” “Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.” ” Tuan dalam Daulah ini tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan Qadhi kerana takutkan seksa Neraka.” “Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan ‘KHILAFAH AIR PUBLIC TRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :”KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH DAN PEMBUMIAN AL QURAN DALAM JIWA”. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka sambil membawa al-liwa dan ar-royah untuk dikibarkan. Semuanya berkopiah, yang perempuan berjubah (jilbab).
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. “Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !” Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. “Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr. Johar. “Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu lagi pilihanraya demokrasi ini. mereka tidak mahu kapitalis. askar-askar dan orang-orang berkuasa tidak dapat berbuat apa datuk. jumlah mereka sangat ramai mendunia datuk mendunia!!!” “Habis, mereka mahu apa?” “Mereka mahu Islam, Datuk! MEREKA MAHUKAN KHILAFAH! kata-kata KHILAFAH SANIAH ALA MINHAJIN NUBUWWAH ITU TERPACUL DARI MULUT2 MEREKA SAMBIL PANJI-PANJI HITAM MEREKA KIBARKAN, BUKAN SAHAJA DI SINI DATUK DARI TIMUR JAUH SANA MEREKA BERARAK SAMPAI KESINI DAN KESEMUA UMMAT ISLAM BERSAMANYA DI SELURUH DUNIA DATUK APA YANG MEREKA INGINKAN HANYALAH KHILAFAH DATUK!!! KHILAFAH!!!” kata setiausaha sulit Datuk Dr Johar. “KHILAFAH?” keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya. sebelum beliau pengsan terdengar sebuah teriakan yang mulanya sayup dan tapi semakin dekat dari seorang lelaki berbadan besar, tegap dan penuh kobaran semangat memakai jubah hitam berkopiah putih sambil mengibarkan PANJI HITAM BERKALIMAH TAUHID PUTIH YANG BESAR. beliau menyatakan “WAHAI SELURUH UMMAT ISLAM!!! WAHAI SELURUH UMMAT ISLAM!!! WAHAI SELURUH UMMAT ISLAM!!! HARI INI ISLAM TELAH KEMBALI SAUDARAKU.!!! ISLAM TELAH KEMBALI!!! KHILAFAH TELAH DITEGAKKAN AYOH KITA BERGERAK. MENGHANCURKAN SISTEM SEKULAR INI.. ISLAM TELAH KEMBALI.. KHILAFAH TELAH KEMBALI.. KHILAFAH TELAH KEMBALI!!!! KHILAFAH TELAH KEMBALI!!! TAKBIR!!!!!!” Dato’ Dr Johar sedar dan perasan di wajah pemuda berbadan besar itu ada air mata yang berjujuran membasahi bumi yang tidak henti-henti…..
TAKBIR!!!!!!!
“ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. DI UZBEK MUNGKIN 3 ORANG SAUDARA KAMI DIBUNUH, DI MESIR IRAQ, PALESTIN DAN BERBAGAI TEMPAT LAGI PUNYA NASIB YANG SAMA. SEHINGGAKAN KEMATIAN PARA PEJUANG KHILAFAH DAN SYARIAH TIDAK BISA TERHITUNG LAGI DENGAN JARI, NAMUN ITU BUKAN ALASAN KAMI AKAN MUNDUR, KAMI AKAN MELEMAH, WALAUPUN KAMI DIHARAMKAN DI SELURUH DUNIA, WALAUPUN KAMI DI TENTANG DENGAN PENUH HEBAT SEKALU. JANJI DARI ALLAH AKAN TETAP TERLAKSANA, JANJI DARI RASUL AKAN TETAP TERJADI. KERANA ITULAH JANJI YANG PASTI” MUNGKIN KAMI AKAN MATI, KAMI AKAN TERSIKSA, KAMI AKAN DITINDAS, TAPI KAMI YAKIN DAN PERCAYA, “BAHAWA SIAPA SAHAJA MEMBANTU AGAMA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR BANTUAN, YANG MENGIKUTI SEGALA LANGKAH YANG DITETAPKAN, DAN DIGARISKAN, MENINGGALKAN SEGALA YANG BERCANGGAHAN DENGAN ISLAM, ALLAH AKAN PASTI BERADA BERSAMA MEREKA. 3 ORANG PERGI AKAN LAHIR 30 RIBU LAGI ORANG YANG CINTA AKAN KEBENARAN. 30 ORANG KAMI TERSIKSA AKAN LAHIR 300 RIBU LAGI ORANG YANG TUNDUK DAN PATUH SEGALA PERINTAH DAN PERJUANGKANNYA DENGAN KEIKHLASAN. KERANA ITU KAMI TIDAK PERNAH KHUATIR. KAMI TIDAK PERNAH BERUNDUR BUKAN DI SINI TAPI DISELURUH DUNIA. KERANA KAMI MEMBAWA IDEOLOGI YANG BENAR. MABDA YANG LAHIR DARI AL-QURAN, AS-SUNNAH, IJMAK SAHABAT, DAN QIYAS. DAN KEHIDUPAN KAMI HANYA UNTUK MENGHARAPKAN REDHA DARI SANG MAHA PENCIPTA
DAN KINI JANJI ITU SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEJAYAANNYA. SANGAT2 HAMPIR HANYA PERLUKAN SEDIKIT MASA DENGAN KEIZINAN DARINYA. MAKA BERUNTUNGLAH BAGI MEREKA YANG SEDAR AKAN ANUGERAH DARI ALLAH INI DAN BERGABUNG JUGA BERSAMA MENJADI SEBAHAGIAN DARI PEJUANGNYA. FASA INILAH YANG KITA NANTIKAN. YANG TELAH BERPULUH TAHUN LAMANYA DIPERJUANGKAN TANPA HENTINYA. 88 TAHUN TELAH BERLALU. TAPI KINI IANYA AKAN KEMBALI!!! IANYA AKAN KEMBALI!!! GERGASI INI AKAN KEMBALI!!! TAKBIR!!!!
TINGKATKAN USAHA!!! TEGUHKAN CITA!!! BERSAMALAH MEMPERJUANGKANNYA!!!
SESUNGGUHNYA IANYALAH SAKSI KITA DISANA, AKHIRAT YANG KEKAL SELAMANYA… TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Tinggalkan komen

Posted by di 30/08/2010 in kEbaNGkiTan

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: