RSS

Andai Rasulullah Bersama Kita

03 Sep

Sekali lagi kita menyambut hari kemerdekaan. Andai Rasulullah bersama kita hari ini, apakah mungkin reaksi baginda Nabi s.a.w melihat kemerdekaan disambut dengan kejauhan umat manusia dari kitab Al-Quran dan sunnnahnya?. Disambut dengan ‘kemeriahan’ gejala membuang bayi  hasil zina, seribu satu macam maksiat dan jenayah. Manusia semakin hilang sifat insan, masyarakat tidak lagi berkasih sayang kecuali kasih bersalut dengki, hasad dan nafsu yang membawa kemusnahan.

Baginda bertungkus lumus mengajak kita kepada Allah agar kita selamat serta mendapat segala belas dan rahmat Allah di alam yang tiada gunanya lagi anak, keturunan, pangkat dan harta.  Ajaran dan peraturan Al-Quran dituduh kuno, tiada relevansi dengan dunia kini. Bersempena hari kemederkaan yang jatuh di sepuluh terakhir Ramadan tahun ini, beringatlah diri sebelum terlambat.

 

Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,

Mungkin mengalir deras airmatamu,

Dek kesayuan mengenang umatmu,

Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

 

Wahai Rasulullah,

Nafsu kini menjadi tuhan,

Harta dan pangkat menjadi sembahan,

Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,

Ibadah dirasa berat tidak tertahan,

 Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,

Kedamaian rumahtangga semakin hancur,

Sikap curang semakin subur,

Peranan ibubapa kian gugur,

Ketaatan anak-anak turut melebur,

‘Barah’ di dalam keluarga menjadi parah,

Akibat solat yang tiada berarah,

Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,

Kami  tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,

Namun ramai mendustakan ajaranmu,

Harta kini lebih dicintai dari cintamu,

Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,

Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,

Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,

Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,

Hinggapnya hanya sebentar,

Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung…

Taubat kami kurang kekesalan,

Tiada penghayatan, tiada keinsafan

Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,

Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,

Aurat wanita tercemar kian,

Berbangga ditayang & dihias berlebihan,

Ditagih penghargaan dan kalam pujian,

Tidak dipeduli murka Tuhan,

Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,

Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,

Wahai Rasulullah,

Bersamamu, kami merindui kehidupan,

Namun adakah diri ini punyai kelayakan,

Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,

Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,

Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,

Wahai Rasulullah,

Belas Allah kami harapkan,

Moga , tatkala menjelang kematian,

Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 03/09/2010 in motivasi diri

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: