RSS

Ramadhan Pergi,Syawal Datang Menyapa

06 Sep

 

 

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda.

 

RAMADHAN KINI PERGI,SYAWAL KINI DATANG

 

Alhamdulillah,pertama sekali bersyukur kerana Ramadhan tahun ini saya telah diberikan peluang oleh Allah untuk bersama mengecapi dan mengejar setiap saat yang dijanji ganjaran yang besar oleh Allah.

Namun,ada juga yang Allah telah ambil balik nyawa yang dipinjamkan tika Ramadhan atau sebelum Ramadhan.Oleh itu,hargailah setiap hari dalam ramadhan dengan melakukan amal soleh.Orang-orang yang melakukan amal soleh telah dijanjikan Allah pahala yang besar.Firman Allah SWT yang bermaksud:

 “Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh,(bahwa) mereka akan mendapat ampunan dan pahala yang besar”

(Surah Al Ma’idah:9)

 

Oleh itu,saya berharap agar amalan kita pada bulan ramadhan ini diterima walaupun amalan itu sedikit dan agar kita semua dapat mencapai kemuncak ibadah puasa yakni menjadi orang-orang yang bertaqwa.Firman Allah SWT:

 “wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah:183)

 

Dari ayat diatas,Allah telah mewajibkan kita untuk berpuasa agar kita menjadi hamba yang berTAQWA. Oleh yang demikian,amat rugilah kepada seseorang itu jika keluar saja dari Ramadhan dia masih belum bertaqwa dan masih lagi bergelimpangan dengan perkara-perkara maksiat.

Syawal 0h Syawal

 Setelah sebulan kita berpuasa disiang hari dan beribadah dimalam hari,kini tiba masanya bulan syawal datang menyapa.Bulan Syawal adalah bulan kemenangan bagi umat islam dan bulan dimana perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut oleh setiap muslim di segenap penjuru dunia.

 Hari Raya inilah masanya kita bergembira bersama keluarga.Gelak ketawa akan memeriahkan pagi raya sambil pelbagai hidangan tersedia diatas meja.Namun,dalam gelak ketawa itu juga perlu ada batasannya.Janganlah jadikan hari raya ini merosakkan nilai-nilai ibadah kita pada bulan ramadhan yang sudah berlalu.Biarlah syawal ini kita jadikan sebagai menambah lagi pahala dan amal kita.

 Bulan syawal juga kita disunatkan untuk berpuasa sebanyak 6 hari.Ini kerana ganjaran pahalanya sungguh besar.Sabda Rasulullah saw yang bermaksdu:

 “siapa yang telah berpuasa sebulan Ramadhan ,kemudian ia berpuasa enam hari lagi dalam bulan syawal adalah seperti ia berpuasa sepanjang tahun”       (Riwayat Muslim)

SubhanAllah,Maha Pemurah Allah yang suka memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya.

Oleh itu,janganlah kita sia-siakan ganjaran ini.Cubalah sedaya upaya untuk melakukan puasa 6 itu di bulan syawal.Sambil kita bergembira di hari raya,biarlah dalam masa yang sama kita juga mencari keredhaan Allah.

 Banyak sudah rasanya saya bercerita,dan tiba masanya untuk saya mengundur diri.Namun sebelum itu,ada sedikit ucapan buat para pembaca.

Salam Aidilfitri

Mohon Ampun dan Maaf

Jika saya ada salah dan silap

Terkasar bahasa dalam penulisan blog ini

Sikap dan tingkah laku saya

Jika ada terkecil hati

Dan lain-lain lagi…

 

Semoga Kita Semua Bergembira di Hari Raya Ini

 

 

SELAMAT HARI RAYA

 

 

 

 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 06/09/2010 in Hari Raya

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: