RSS

CORETAN DIKALA SUBUH

09 Oct

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda. 

 

CORETAN DIKALA SUBUH

 Tika kedinginan menusuk sehinga ke tulang,aku dengan izin-Nya diberi peluang untuk  menghantar sesuatu yang baru untuk dihantar ke teratak ini.

 Masa seperti ini,sejuk dan nyaman.Pasti banyak jiwa-jiwa yang terbuai mimpi dan lena      diselimuti selimut yang empuk dan ditiupkan bisikan-bisikan oleh syaitan.

 Pasti juga ada sebahagian saja yang mampu menolak selimutnya dari terus menjadi hamparan yang membaluti diri tika kesejukkan.

 Selesai diri ini menunaikan solat subuh dalam keadaan yang sejuk,diri ini menulis coretan untuk menceritakan tentang sedikit masalah umat masa kini.Tidak layak rasanya bagi diri ini menceritakan masalah umat kerana siapalah diri ini yang cetek ilmunya.

Namun,aku sedaya upaya untuk mencari dan menulis di sini bagi menambahkan lagi ilmu didada dan coretan ini paling utama adalah bagi menjadi ingatan buat diri ini juga.

Status Malaysia  ‘ Negara Islam’  jangan hanya pada namanya sahaja.

Malaysia yang terkenal dengan negara ‘Islam’ adalah sebuah negara yang mempunyi berbagai bangsa dan budaya dan juga dikatakan sebuah negara ‘Islam’ yang perlu dicontohi oleh negara Islam lainnya.Namun,adakah status negara ‘Islam’ itu benar-benar dijalankan..?? atau ‘Islam’ itu hanya pada namanya sahaja..??

Sebuah negara Islam perlulah mencontohi negara Islam masa dahulu.Negara Islam semasa dibawah kepimpinan baginda SAW dan negara Islam dibawah kepimpinan 4 sahabat baginda.Itulah negara Islam contoh yang perlu dicontohi negara Islam masa kini.Kepimpinan Rasulullah dan sahabat baginda telah tercatit dalam sejarah bahawa semasa pemerintahan mereka,empayar Islam itu semakin mengembang dan ditakuti.Hukum Allah dijalankan sepenunya.Islam dijulang tinggi pada pemerintahan mereka.

Namun,lihat pada masa sekarang.Malaysia sebuah negara ‘Islam’ kononya lansung tidak mempunyai ciri-ciri islamnya.Hukum Islam hanya dijalankan dalam urusan perkahwinan,cerai,harta pusaka dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Bagaimana dengan hukum lainnya..?? Hukum Qisas Hudud,sistem pemerintahan,sistem muamalat dan banyak lagi perlulah diwujudkan berdasarkan sistem Islam.Islam diturunkan bukan sahaja mengajar umatnya untuk solat dan berpuasa.Malah Islam itu menyeluruh.Islam itu sempurna,tetapi kenapa pemimpin-pemimpin Islam ‘mencorak’ Islam itu menjadi tidak sempurna.

Kenapa perlu negara Islam menggunakan sistem kufur..??…Bukankah Islam ada sistemnya tersendiri..

Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.”

 

Ayat ini memberitahu bahawa kita perlulah menjalankan Islam itu dengan sepenuhnya.Bukannya seperti sekarang ini.Islam hanya dijalankan dalam perkahwinan,cerai,harta pusaka dan yang sewaktu dengannya tetapi dalam sudut yang lain,Islam diketepikan sistem kufur dijulang tinggi dan diguna pakai.

Natijah Mengetepikan Hukum Allah


Apabila kita mengetepikan hukum sang pencipta,maka akan berlaku banyak hal yang tidak diingini.

Allah yang mencipta manusia jadi Dia tahu hukum yang sepatutnya bagi makhluk ciptaan-Nya.Allah tidak pernah membebankan hamba-Nya melainkan hamba-Nya sendiri yang cuba membebankan dirinya.

Kes pembuangan bayi semakin hari semakin meningkat.Ini menunjukkan bahawa terdapat banyak orang yang melakukan zina dalam negara ini.Bila zina mula bermaharajalela,maka bila-bila masa azab-Nya boleh datang.Mungkin boleh saja memusnahkan sebuah negara Malaysia ini..Nauzubillah min zalik…

Inilah natijah bila hukum Allah diketepikan.Pelbagai masalah sosial datang.Dan dunia kini masih lagi mengharapkan sistem kufur mereka untuk menyelamat semua masalah ini padahal sistem mereka sudah jelas tidak dapat mengurangkan masalah sosial hari ini.

Penyanyi Adam Lambert seorang penyanyi yang sudah mengaku dengan jelas bahawa dirinya adalah seorang Gay akan hadir menjejakkan kami ke Malaysia untuk melakukan konsertnya.Ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan yang berstatus ‘Islam’ negara ini tidak dapat melaksanakan apa yang sepatutnya.Penyanyi sebeginilah yang akan merosakkan akhlak remaja Islam dan akhirnya bakal berkembang mekar dan subur gay di negara ini.

Ingatlah akan kisah Nabi Luth as. dimana umatnya adalah gay dan lesbian.Lalu dengan itu Allah telah terbalikkan tempat mereka dan terhapuslah kaum itu dari muka bumi ini.

Mahukah kalau negara kita ini diterbalikkan oleh Maha Kuasa..??

Wahai pemimpin yang mengakui Islam agamanya,Allah Tuhanmu,Rasulullah Nabimu,Al-Quran kitabmu, bayangkan kalau pejabat-pejabat kalian musnah oleh-Nya.Bayangkan kalau pejabat dan kediaman kalian terlik dengan kuasa-Nya.Bayangkan kalau pejabat dan kediaman kalian tengelam oleh-Nya.

Ya Allah….

Kini diri ini melihat banyak sudah ‘bencana’ yang terjadi dalam diri manusia.Sana sini ada saja hal yang terjadi.Ini semua adalah kerana Islam tidak dijalankan dengan sepenuhnya.Banyak lagi masalah sosial yang terjadi.Bukan masalah sosial sahaja malah masalah dalam sistem muamalat,masalah umat Islam yang ditindas,dan banyak lagi.

Firman Allah SWT:

Pada Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku, dan Aku ridha Islam sebagai agama bagimu sekalian….

(Surah Al-Maidah:3)

 

Wahai pemimpin..Islam itu sudah sempurna..!

Bangkitlah kalian dari angan-angan dunia yang cukup indah ini.Keindahan dan kemewahan yang kalian kecapi masa kini tidak akan berkekalan.Pakaian-pakaian yang indah dan mahal kalian guna tidak akan berguna lagi satu hari nanti kerana engkau juga akan dibaluti kain putih dan dimasukkan kedalam sebuah liang lahad yang tanah disetiap sudutnya.Tiada nilai lagi pakaian-pakaian luar negara kalian.

Teraplah hukum-Nya barulah kalian akan senang dunia akhirat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 09/10/2010 in Hukum, isu semasa, kEbaNGkiTan

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: