RSS

Allah Kata Sayang Kita Menyombongkan Diri

23 Oct

 

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda. 

  

Semakin lama sekin banyak ujian yang Dia berikan.Aku sedaya upaya cuba mengatakan dalam diriku bahawa ujian-Nya adalah tanda kasih Allah kepada hamba-Nya.

Allah rindu mendengar rintihan hamba-Nya. Allah masih lagi ingat akan diri kita padahal banyak lagi orang diluar sana yang masih dan dibiarkan-Nya terus terpeseong dari jalan-Nya.

Aku perlu bersyukur bukan menyombongkan diri-Nya..!!

Kali ini adalah kisah yang baru sahaja terjadi dalam diriku.Tika ujian-Nya datang.Tika Allah mencurahkan kasih sayang-Nya,tika Dia menanti rintihanku,aku pula menyombongkan diri kepada penciptaku..

Bila kita diuji dengan sesuatu perkara,maka hanya kepada Allah adalah tempat untuk kita merintih dan memohon.Allah adalah satu-satunya tempat untuk kita memohon kerna segala kuasa adalah dari-Nya.

Bagaimana dengan diriku..??

Aku adalah hamba Allah yang zalim,angkuh dan sombong..!

Tika Allah mengatakan sayang-Nya,tika Allah ingin mendengar rintihanku,aku pula menyombongkan diri dengan tidak menyembah-Nya.Aku pula pergi menyombongkan diri dengan sengaja meninggalkan solat.

Aku telah meninggalkan solat subuh dan asarku dengan sengaja.

Bila saja aku selesai solat isyak,baru diriku sedar akan perbuatanku.Baru punya rasa takut itu kembali.Baru kata-kata penyesalan mula terucap.

Sungguh malang nasibku,mungkin ujian yang Allah sekarang ini adalah tanda sayangnya akan berubah kepada tanda murka-Nya kepada diriku.

Oleh itu,kepada pembaca,sesungguhnya ujian-Nya itu adalah supaya kita semakin dekat kepada-Nya dan bukannya semakin jauh dan menyombongkan diri kita kepada-Nya.Kisah saya ini akan saya jadikan sebagai pengajaran agar

 hal ini tidak akan terulang lagi.

Kisah ini adalah paling utama sebagai pengajaran bagi diri ini yang semakin alpa.Tika Dia mengucapkan sayang diriku menyombongkan diri.

Diriku menceritakan kisahku bukanlah hendak mendapatkan apa-apa,tapi segalanya kuharap dapat menjadi ingatan bagiku sebagai hanba-Nya agar sentiasa mengingati-Nya.

 
1 Komen

Posted by di 23/10/2010 in Coretan Hati

 

Label:

One response to “Allah Kata Sayang Kita Menyombongkan Diri

  1. mohamad zikri bin haizan

    24/10/2010 at 6:43 am

    salam…. perkongsian yg menarik… mudah difahmi dan insyaallah diaplikasi dalam kehidupan..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: