RSS

Hadiah buat Ibu dan Ayah

23 Oct

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda. 

 

 

 Hadiah Buat Ibu dan Ayah

Ibu dan ayah adalah insan yang paling rapat dengan kita.Hampir setiap hari kita akan melihat wajah kedua insan ini.

Bila ditatap wajah mereka rasa syukurku kepada-Nya kerana mengurnaikan aku insan yang boleh aku panggil dengan kata ‘mak’ dan boleh ku panggil dengan kata ‘ayah’

Air mata mampu menitis bila memikirkan ibu bapa yang bersusah payah mencari rezki bagi memberi makan anak-anaknya.Malahan ada ibu bapa yang sanggup berlapar demi anaknya.

Lebih beruntung rasanya jika sesebuah keluarga itu sentiasa tenang dengan alunan zikirullah,sentiasa harmoni dengan ibadah solat dan sentiasa bahagia dengan alunan kalamuallah.

Bila setiap pagi,aku selalu kedengaran suara yang memanggil aku untuk segera bangkit bangun dari tidurku.Itulah pangilan ibuku tika hari-hari persekolahan.Ibuku sanggup bangun awal dari anak-anaknya demi menyiapkan segalanya.Tidak dapat kubayangkan jika satu hari nanti aku tidak akan mendengar lagi suara ibuku dikala pagi hari…Ya Allah…

Setiap hari,aku cuba menghadiahkan ibu bapaku hadiah yang mungkin tidak nampak dek mata dan tidak dapat disimpan diatas rak-rak almari.Setiap hari aku cuba menghadiahkan hadiah kepada ibu bapaku tanpa perlu aku katakan kepada mereka.Setiap hari aku cuba hadiahkan ibu bapaku sebuah hadiah yang amat berharga dan perlu aku berikan setiap hari atau setiap kali aku ingat kepada mereka.

Al Fatihah.Itulah surah yang aku cuba hadiahkan kepada kedua orang insan ini.Setiap pagi akan aku cuba untuk mengerakkan lidah ini menghadiahkan bacaan al-fatihah kepada ibu bapaku.Hadiah ini memang tidak nampak dek mata tapi hadiah ini sangat penting bagiku dan doa juga dijadikan hadiah setiap kali selesai aku menunaikan solat.

Kawanku berkata bukankah al-fatihah hanya untuk orang yang telah meninggal dunia.Bagi aku,tidak salah untuk menghadiahkan surah ini kepada ibu bapaku.Surah ini yang kita baca setiap kali solat maka sudah tentu banyak manfaatnya dari surah ini.

Malah setiap selesai solatku,tanganku angkat memohon dan merintih kasih kepada-Nya dan seterusnya lidahku akan berdoa buat kedua insan yang bergelar ibu dan ayah.Mungkin tiada hadiah lain yang mampu aku berikan tetapi ini sudah cukup bagiku jika aku dapat laksanakan setiap hari dan setiap kali teringatkan ibu dan ayahku.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23/10/2010 in Coretan Hati, Istimewa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: