RSS

Sebuah Perpisahan

07 Nov

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda.

 

SEBUAH PERPISAHAN ..

Di pagi ini,ku tersedar dari mimpiku,mimpi diri ini bertemu dengan insan yang bergelar teman,sahabat dan lebih-lebih lagi sebagai guru.

Aku lemah bila kembali mengingati mimpi itu,aku bangkit dan membasuh muka.Dengan izin-Nya aku menulis coretan ini sebagai tanda ingatan bagi dirinya yang bakal meninggalkan diri ini.

Mudah sekali air mataku mengalir saatku mengenangkan saat pertemuan pertama kami.Walaupun kami baru berkenalan belum setahun,aku merasakan gembira bila bersamanya kerna dialah yang mengajar aku tentang sebuah perjuangan untuk menegakkan agama Allah.

Insan ini memang bukan guru di sekolah,namun dia adalah guru bagi diriku kerna dialah yang mengajar aku mengenal sebuah perjuangan Islam,disitulah aku belajar mengaji dan disitulah baru aku tahu tanggungjawab diriku dalam agama ini.

Aku mengalirkan air mata saat mengetahui akan pemergiannya dari sini.Perginya mungkin membuatkan aku rasa bosan setiap kali malam selasa kerna pada malam itulah aku akan menuju ke rumahnya untuk menuntut ilmu.Perginya akan membuatkan aku kehilangan seorang sahabat dan guru dalam diriku,perginya membuat aku kehilangan tempat untuk aku belajar tentang perjuangan Islam dengan lebih mendalam.

 Bagi diriku,sahabat adalah insan yang sangat aku sayangi.Ukhuwah yang terbina atas nama Allah. Membuatkan diri ini merasakan sebuah kehilangan besar,tambah lagi insan inilah tempat aku belajar ilmu mengenai-Nya,dari insan inilah aku dapat ilmu tambahan.

Memang aku mendapat ilmu tentang agama di sekolah,namun bagiku ia tidak mencukupi bagiku.Aku sangat memerlukan ilmu kerna aku adalah orang yang cetek ilmunya terutama ilmu agama Allah.Aku bersyukur kepada-Nya kerna telah menemukan diriku dengan insan sepertinya.

Walaupun anak muridnya hanya aku dan temanku,dia tetap jua mahu mengorbankan masanya untuk kami.Insan ini sangup berkorban mengambil dan menghantar diriku kerumah.Insan ini sanggup menyediakan segala keperluan kami untuk belajar bersamanya.

Aku yang masih berusia 16 tahun ini,sangatlah berasa atas perginya insan ini ke tempat lain.Perginya meninggalkan kepulauan borneo ini.Aku yang masih berusia 16 tahun ini masih lagi cetek akan ilmu agamanya.Pembelajaran pendidikan Islam di sekolah bukannya tidak mencukupi,namun pendidikan Islam di sekolah tidak diajar secara menyeluruh dan ia hanya diajar mengikut yang telah ditetapkan.

Aku sedar,bahawa perpisahan ini adalah satu rancangan Allah,perpisahan ini telah diatur oleh-Nya dan telah ditetapkan oleh-Nya.Aku berserah diriku kepada-Nya,aku serahkan ukhuwah ini kepada-Nya. Keberkatan dan redha-Nya ku harap selagi ukhuwah ini masih terjalin.Selepas ini tiada lagi aku duduk dihadapanya mendengar setiap kata-kata yang berhikmat darinya.

Mungkin sesetengah orang merasakan bahawa perpisahan dengan kekasih adalah satu perpisahan yang amat menyedihkan,namun bagiku,perpisahan dengan orang soleh,perpisahan dengan orang yang mengajar agama itu merupakan perpisahan yang amat besar dan menyedihkan. Buat ustaz,terima kasih atas segala-galanya.

Saya berharap saya dan ustaz akan bertemu lagi satu hari nanti.

 

Ya Allah,

Rahmatilah ustaz Iskandar,

Berkatilah dirinya,

Permudahkanlah setiap urusannya,

murahkanlah rezkinya dan kurniakanlah kebahagiaan baginya…

 Limpahilah rezki-Mu buatnya,serta limpahilah rahmat-Mu buatnya..

Jadikanlah setiap pengorbananya selama ini sebagai penghapus setiap dosa-dosanya dan

Engkau jadikanlah setiap pengorbananya sebagai penambah bagi pahalanya…

 Ameen Ya Rabbal Alamin…

 

Khas utk :Ustaz Iskandar..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 07/11/2010 in Coretan Hati

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: