RSS

Kembara ‘Mini’…

03 Dec

 

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda.

  

Kembara 'Mini' Untuk Mengharap Redha-Nya

 

Perjalanan menuju rumah Allah SWT untuk menunaikan solat jumaat pada hari ini adalah satu perjalanan yang pertama kali dilalui.

Namun,sebelum saya menceritakan kembara ‘mini’ saya,saya ingin ceritakan tentang beberapa orang teman saya.

Sebelum ini,beberapa orang teman saya dan ditemani seorang orang dewasa selalu pergi ke sebuah masjid yang terletak di Kawasan Perumahan Permyjaya dengan berjalan kaki.

Namun,perjalanan mereka bukanlah perjalanan yang mudah,namun mereka terpaksa mengharungi kawasan hutan,tanah yang becak dan meniti jambatan kecil yang menyeberangi parit yang dalam dengan air hitam yang gelap….huhu..

Bukan sekadar itu,setelah berjalan dalam hutan,mereka akan berjalan kira-kira sejauh 1 kilometer dikawasan kilang dan tapak industri sebelum sampai ke masjid.

SAYA TURUT SERTA

..Jumaat kali ini saya telah mengambil keputusan untuk mengikut mereka untuk mengerjakan solat jumaat dan mengikut mereka melakukan ‘Kembara Mini’ melalui kawasan hutan dan tapak industri.

Saya sudah bersiap pada pukul 11.30 pagi dengan menuju kerumah salah seorang teman saya.Kami berkumpul disitu dan seterusnya menuju kerumah seorang Pak Cik yang turut mengikut kami.

Perjalanan kami kini bermula.

Saya melihat kawasan hutan yang bakal saya redah untuk menuju rumah Allah.Kelihatan jugak beberapa keping kayu yang dijadikan tempat berjalan yang sekaligus menjadi menutup kawasan becak.

Namun,percikan tanah kotor tidak dapat dihindari.

Ada juga kawasan becak yang tidak ditutpi dengan kayu.Jadi kami kena berjalan ditepi-tepi kawasan becak tersebut.Namun bagaimanapun,kekotoran tidak mungkin dapat dielak dalam keadaan sedemikian.

Selipar saya agak kotor..haha..

Setelah itu,kami meniti sebuah ‘jambatan’ yang hanya dari sekeping kayu yang diletakkan merintangi kawasan parit yang sederhana besar.Air parit yang tenang agak menakutkan..huhu…

Takut jatuh..hahah..kalau jatuh sudah tentu tenggelam dan basah habis…hahaha..

Sebaik berjaya meniti ‘jambatan’ tersebut,kami seterusnya berjalan lagi dalam kawasan rumput-rumput yang tingginya hampir dan lebih tinggi dari saya sendiri.

Sebaik semua itu ditempuh,akhirnya kami sampai ke kawasan kilang dan tapak industri.Jalan dikawasan itu agak baik.

Kami seterusnya berjalan sejauh lebih kurang 1 Kilometer sebelum sampai ke kawasan perumahan.

Cerita menjadi ‘teman’ sepanjang perjalanan kami.

AKHIRNYA…

Setelah menempuh perjalanan itu,kami akhirnya sudah memasuki kawasan perumahan dan kelihatan masjid didepan mata.Kaki memasuki kawasan masjid dan terus menuju kawasan mengambil wudhuk.

Sebaik mengambil wudhuk,saya dan teman-teman saya lantas memasuki masjid.

Kelihatan sudah ada jemaah yang mula melakukan ibadah sunat masing-masing.Ada yang solat sunat,ada yang berzikir,dan membaca quran.

Keadaan tenang didalam masjid mula terasa sebaik tapak kaki menyentuh karpet masjid.Saya dan teman saya kemudiannya mencari kawasan untuk kami.

Alhamdulillah,kami mendapat berada dibarisan hadapan sekali.Lantas kami semua menunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebagai menghormati masjid sebagai rumah Allah.Wajah yang terus berhadapan dengan tingkap terasa nyaman kerana tiupan angin yang lembut masuk melalui tingkap yang terbuka.

……………..

Khutbah bermula dan jemaah sudah memenuhi kawasan masjid baik didalam mahupun dikawasan luar.

Jumaat ini juga saya berjaya mendengar khutbah dengan baiknya kerana saya tidak mengantuk….hehehehe…

Sebaik selesai solat dan berdoa,kami semua akan berjalan kembali melalui jalan yang kami lalui untuk sampai ke masjid.Tiada lain yang saya harapkan melainkan setiap langkah dan titik peluh kami bernilai disisi Allah dan kami mendapat redha-Nya.

Ada juga saya seperti merasa susah berjalan seperti ini,namun saya merasa hal itu perlu saya buang jauh.

Tidakkan berjalan sejauh ni saja dah nak mengeluh..??

Tidakkan tidak mahu berkorban tenaga demi Allah..??

Saya kemudian berfikir kisah Rasulullah dan sahabat yang mana mereka lebih perit.Mereka yang terpaksa menempuh padang pasir yang kering dengan terik matahari yang membakar tubuh.Mereka melakukan semua itu hanya kerana Allah.

Jadi tidakkan saya yang tinggal pada masa sekarang nak mengeluh..padahal bila balik makanan akan sudah tersedia dan saya boleh menghempaskan tubuh diatas tilam.

Saya malu pada diri saya sendiri.

Sebelum ini saya selalu pergi solat jumaat dengan menaiki kereta bersama ayah.Tidak ada rasa letih sedikit pun dan titisan peluh tidak mungkin menitis.

Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk merasakan perjalanan jauh ini hanya semata-mata untuk mendapat redha-Nya.

………

Sebaik tiba dirumah,makanan sudah tersedia dan sebaik makan saya terus tertidur…hehe..

Dan laungan azan asar yang berkumandang menyebabkan diri ini terjaga dari tidur………………

~Salam Dari Saudara Seiman

..Nuruddin…

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 03/12/2010 in Istimewa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: