RSS

Qiamat Yang Pasti

04 Dec

 

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda.

  

...sekadar gambar hiasan...

..”Din..kau rasa bila kiamat..?”

Sebuah persoalan yang ditanya oleh seorang teman saya kepada diri saya.

Jawapan saya.

“haha..kenapa tanya aku pulak..bukannya aku Tuhan..Allah saja yang tahu kiamat..Nabi lagi tak tahu bila kiamat..apa lagi aku yang manusia biasa..cuma Allah dah ingatkan yang kiamat pasti berlaku..dan tanda tanda kiamat pun dah ditunjukkan.Jadi kita hanya perlu bersiap sedia..bila-bila masa saja boleh kiamat..minggu depan pun boleh kiamat kalau Allah mahu..”

 ………..

Itulah antara perbincangan saya dengan teman saya melalui laman sosial Facebook.

Namun,bukan saya hendak membincangkan tentang saya dengan kawan saya,tapi saya hendak menceritakan serba sedikit mengenai hari yang pasti berlaku ini iaitu hari akhir atau hari kiamat.

SESUATU YANG PASTI BERLAKU

Hari Kiamat adalah salah satu janji Allah yang pasti berlaku.Kedatangan hari qiamat juga banyak disebut didalam Al-Quran sebagaimana firman Allah dibawah.

“Dan sesungguhnya hari qiamat itu pasti datang,tidak ada keraguan padanya..”

(Surah Al-Hajj:7)

“……Dan sesungguhnya kiamat itu pasti datang….”

(Surah Al-Hijr:85)

“Sesungguhnya hari qiamat itu pasti akan datang,tidak ada keraguan tentangnya….”

(Surah Al-Mu’min:59)

 

Jadi,sudah jelas bahawa Allah berkali-kali mengingatkan bahawa hari qiamat itu adalah satu hari yang bakal dialami oleh setiap manusia dan setiap makhluk ciptaan Allah. 

Gunung-ganang yang sekarang ini megah berdiri,matahari yang gagah perkasa serta bintang-bintang yang bertaburan di langit akan musnah pada hari ini.Segala-galanya akan musnah atas kekuasaan Allah SWT.

Kehancuran setiap ciptaan Allah pasti akan menggerikan dan menakutkan setiap jiwa-jiwa pada hari itu dan pasti manusia-manusia semuanya akan berlari sedaya upaya untuk menyelamatkan diri padahal tidak ada satupun tempat dimuka bumi ini dan di angkasa raya yang bakal terselamat dari kemusnahan ini.

Al-Quran kalam yang diturunkan oleh Allah SWT banyak menceritakan bagaimana keadaan yang akan terhadi pada hari dan saat berlakunya bencana besar yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Firman Allah SWT:

“Apabila langit terbelah,dan apabila bintang-bintang jatuh berselerakan,

dan apabila lautan dijadikan meluap,dan apabila kuburan-kuburan dibongkarkan….”

(Surah Al-Infithar:1-4)

“Apabila bumi diguncangkan sedahsyat-dahsyatnya,dan gunung-gunung dihancurluluhkan

sehancur-hancurnya,maka jadilah ia debu yang berterbangan…”

(Surah Al-Waqiah 4-6)

 

Firman Allah diatas jelas menceritakan bagaimana keadaan berlakunya hari qiamat itu.Melalui firman-Nya ini,tentu hati kita merasa gerun dan terfikir-fikir bagaimanakan keadaan sebenar pada hari tersebut.

 

PERINGATAN ALLAH

Hari Akhir atau Qiamat ini sudah banyak diceritakan di dalam Al-Quran.Ini menunjukkan bahawa itu merupakan petanda atau peringatan dari Allah SWT agar kita bersiap sedia menghadapinya.

Firman Allah SWT

“….Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk setiap umat.”

(Surah Al-An’am:90)

Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang merupakan wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhmmad SAW.Jadi Al-Quran juga adalah sebuah peringatan Allah untuk kita kerana didalamnya terkandung pelbagai perkara yang perlu kita ambil sebagai pengajaran untuk kita.

Ayat-ayat Allah yang terkandung dalam kalam suci terlalu banyak peringatan yang perlu kita ambil supaya kita beroleh manfaat darinya dan kita dipermudahkan menghadapi hari akhir tersebut.

Sebeb itu,Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“..Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang mana kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang teguh kepadanya..itulah Al-Quran dan As-Sunnah…”

Selain itu,utusan-utusan Allah yang terdiri daripada para Nabi dan Rasul juga merupakan peringatan bagi kita.

Firman Allah SWT:

“(Mereka Kami utus)selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan

agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul

itu.Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(Surah An-Nisa:165)

 

TANDA-TANDA QIAMAT

Jika kita perhatikan ayat-ayat Allah,sebahagian darinya terkandung tanda-tanda dekatnya hari akhir ini dan sama juga dengan hadis-hadis Nabi SAW yang juga ada menceritakan perkara-perkara yang bakal terjadi saat kiamat itu hampir.

Namun,kali ini saya hanya akan mengambil tanda-tanda kiamat daripada hadis-hadis Rasulullah saw.

Nabi saw bersabda yang bermaksud:

1) “Saat itu(hari qiamat)belum akan terjadi sebelum banyak kegoncangan”  -Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Jika kita lihat masa kini,banyak berlaku kegoncangan atau lebih mudah difahami adalah gempa bumi.Indonesia adalah sebuah negara yang paling banyak berlakunya gempa bumi dan mengorbankan banyak mangsa dan memusnahkan harta benda.

Kejadian gempa bumi juga masa kini semakin teruk yang sehingga berlakunya bancana lain impak dari gempa bumi tersebut seperti kejadian Tsunami.

2)”Harta kekayaan hanya akan dikongsikan di kalangan golongan kaya tanpa diberi manfaat kepada yang miskin..”-Hadis Riwayat Tarmidzi

Jelas,kata-kata dari hadis Nabi tersebut juga menggambarkan masa kini.Dimana kekayaan itu hanya akan dirasai oleh golongan kaya sahaja dan golongan miskin terus menjadi miskin.

Kemiskinan bukan sahaja tidak mempunyai duit yang banyak,tapi juga menunjukkan makanan yang tidak mencukupi dan tidak berkhasiat,tempat kediaman yang kurang selesa dan banyak lagi yang mana mungkin kita akan mengalirkan air mata melihat kehidupan mereka.

Kita lihat di Afrika yang mana sebahagian penduduknya adalah yang termiskin.Dengan keadaan panas terik ditambah kekurangan pakaian dan tempat tinggal.Banyak lagi sebenarnya negara yang mempunyai penduduk termiskin yang hakikatnya tidak mampu lagi dibendung.

3) “Akan Berlaku hubungan jenis yang tidak sah secara terbuka” -Hadis riwayat Al-Bukhari

Hadis diatas menunjukkan keruntuhan akhlak manusia.Jika kita perhatikan pada masa kini,memang benar apa yang dikatan oleh baginda saw.

Akhlah manusia pada hari ini semakin teruk dan semakin parah.

Pusat-pusat pelacuran semakin popular dan bertambah,hubungan sejenis seperti gay dan lesbian juga semakin banyak,kelab-kelab malam semakin banyak,kes pembuangan bayi semakin meningkat dan banyak lagi sebenarnya.

Inilah akibat apabila masyarakt itu menjauhkan diri dari ajaran agama.

Banyak lagi tanda-tanda kiamat yang disebutkan oleh baginda saw.Dan saya hanya senaraikan sedikit lagi hadis-hadis yang berkaitan tanda-tanda kiamat tanpa menghuraikan maksud..

4) “Pada akhir zaman,orang akan menjalankan perniagaan mereka tetapi sukar untuk mencari seseorang yang jujur”-Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

5) “Sesungguhnya dalam kehadiran hari qiamat,akan terjadi kesaksian palsu dan penyembunyian palsu”-Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim

Itu adalah antara hadis-hadis yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang menjadi tanda hari akhir yakni qiamat..

Jika dilihat hadis-hadis nabi diatas,sepertinya apa yang dikatakan Rasulullah saw sama seperti zaman kini.Tiada ada perbezaan sedikit pun.Ini menunjukkan bahawa tanda-tanda yang diceritakan Nabi saw telah berlaku dan hanya beberapa perkara ‘besar’ sahaja yang belum berlaku masa kini.

 

PENUTUP

Qiamat adalah sebuah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT  kerana sebagaimana Firman-Nya:

“Sesungguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari kiamat…….”

(Surah Luqman:34)

Jadi,peringatan Allah telah datang yakni Al-Quran dan para utusan-Nya dan tanda-tanda qiamat yang diceritakan oleh junjungan mulia Muhammad saw juga telah berlaku.

Jadi,marilah kita kembali kepada jalan yang diredhai-Nya.Kembali kepada pengkuan agama-Nya,kembali menyoroti ajaran Rasulullah saw.

Masa dan peluang masih ada.Janganlah kita sia-siakan.

Firman Allah SWT:

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu,dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang

azab kepadamu….”

(Surah Az-Zumar:54)

 

“Wahai manusia! bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang

(ketika itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya,dan seorang anak tidak dapat

menolong bapaknya sedikit pun.Sungguh,janji Allah pasti benar,maka janganlah sekali-kali

kamu terpedaya oleh kehidupan dunia,dan jangan sampai terpedaya oleh penipu dalam (menaati) Allah”

(Surah Luqman:33)

 

Dan marilah kita sama-sama beramal soleh untuk mendapat keredhaan-Nya dan mengejar kehidupan akhirat yang lebih utama dan kekal.

Firman Allah:

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.Dan sesungguhnya negeri akhirat

itulah kehidupan yang sebenarnya,sekiranya mereka mengetahui”

(Surah Al-Ankabut:64)

 

Sekian…

Salam Dari Saudara Seimanmu

~Nuruddin~

 
Tinggalkan komen

Posted by di 04/12/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: