RSS

Hijrahkan Dirimu..

05 Dec

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda.

 

..Mentranformasikan Diri Menjadi Insan Acuan Al-Quran..

Dalam beberapa hari sahaja lagi,seluruh umat Islam akan menyambut satu hari kebesaran umat Islam iaitu Sambutan Tahun Baru Hijrah atau Ma’al Hijrah.

Hijrah yang kita sedia maklum adalah peristiwa dimana perpindahan Rasulullah saw dan Umat Islam dari Makkah ke Madinah.
Namun,peristiwa hijrah bukan hanya tentang perpindahan umat Islam,namun peristiwa hijrah juga banyak memberikan impak terhadap Islam.
Perjalanan Rasulullah ke Madinah untuk memperkukuhkan Islam dan mendirikan sebuah negara Islam yang berpaksikan ajaran Islam.
Disitulah,satu tranformasi mula berlaku.Islam semakin berkembang dan umat Islam semakin utuh dalam satu ummah.
Namun,jika dilihat pada hari ini,ada segelintir umat Islam yang seperti tidak endah dengan peristiwa penting ini dan berani saya katakan bahawa ada juga umat Islam yang masih tidak mengetahui peristiwa hijrah ini.
Oleh itu,kita perlulah mentranformasikan diri kita atau kita lakukan hijrah dalam diri kita sempena peristiwa bersejarah Islam ini.
 
 
 
 
Hijrahkan Dirimu
 
 
Saya ingin mengingatkan diri saya dan para pembaca yang dimuliakan Allah,bahawa diri kita perlu melakukan satu proses hijrah kearah mendapatkan redha-Nya dan menjadi seorang muslim ‘acuan’ Al-Quran dan Hadis.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
 
“Dan ini adalah kitab (Al-Quran) yang kami turunkan dengan penuh berkah.
Ikutilah,dan bertaqwalah agar kamu mendapat rahmat”
 
(Surah Al-An’am:155)
 
Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud:
 
“Aku Tinggalkan kepada kalian dua perkara yang mana jika kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tidak akan sesat selamanya..itulah Al-Quran dan As-Sunnah..”
 
Berdasarkan Firman Allah itu dan hadis Rasulullah diatas,kita disuruh agar sentiasa menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai panduan hidup untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang memberikan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Sebagai umat Islam,marilah kita tranformasikan diri kita kearah menjadi seorang Insan yang bertaqwa yang menjadikan Allah sebagai tujuan utama dan Rasulullah sebagai teladan kehidupan.
 
 
 
1)Hijrah Iman
 
Perlu diketahui bahawa iman manusia kini bukanlah seperti iman para sahabat yang semakin meningkat hari demi hari,tapi iman kita seperti air laut ada pasang dan surutnya atau ada naik turunnya tahap keimanan kita kepada Allah.
Mungkin diri kita,jika kita menghadiri sebuah majlis ilmu seperti Forum Perdana dan ceramah yang diadakan maka iman kita akan meningkat dan mungkin selepas tamatnya majlis ilmu tersebut tahap iman kita menurun.
Tambahan lagi pada era globalisasi yang mana iman kita sentiasa diuji dengan dunia yang kelihatan indah dengan tarikan hawa nafsu kita yang selalu mengajak diri kita mendekati sesuatu yang haram,maka amatlah penting kita melakukan hijrah pada iman kita agar iman kita yang pasang surut ini mampu kukuh daripada tarikan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Pembersihan jiwa dan hati kita perlulah dilakukan agar jauh daripada sifat yang keji yakni sifat mazmunah dan berusaha mendapatkan sifat terpuji yakni sifa mahmudah agar hati dan jiwa diterangi dengan Nur dan mudah untuk menerima hidayah Allah SWT.
Selain itu,kita perlulah melakukan atau menjalankan konsep amar maaruf nahi mungkar iaitu menyeru kearah kebaikan dan meninggalkan keburukan kerana ini  juga mampu ‘membentuk’ iman yang mantap kepada Allah SWT selain orang yang melakukannya adalah orang yang bakal mendapat ganjaran dari Allah SWT.
Firman Allah SWT:
 
 
“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kearah kebajikan,menyuruh
berbuat yang ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang yang beruntung”
 
(Surah Ali-Imran:104)
 
 
 
2)Hijrah Ilmu
 
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
 
“Menuntut ilmu adalah wajib keatas setiap muslim”  -Hadis Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la-
Berdasarkan hadis Rasulullah saw tersebut,jelas mengatakan bahawa adalah WAJIB bagi seluruh umat Islam untuk menuntut ilmu serta mendalaminya.
Saya pernah mendengar kisah Rasulullah saw yang mana ketika Rasulullah memasuki sebuah masjid dan di dalam masjid itu terdapat dua kumpulan.Kumpulan yang satu sedang berzikir kepada Allah dan kumpulan yang satu lagi sedang mengadakan majlis ilmu.Lantas Rasulullah saw menghampiri kumpulan yang sedang melakukan majlis ilmu tersebut.
Daripada kisah Rasulullah itu,kita dapati bahawa menuntut ilmu itu lebih diutamankan.Ini kerana menuntut ilmu atau hadir dalam majlis ilmu itu adalah sesuatu yang bukan boleh dihadiri setiap masa dan setiap hari.Manakala beribadah kepada Allah boleh dilakukan pada setiap masa dan setiap hari.Sekalipun kita tidur dengan mengikut cara atau sunnah Rasulullah saw maka tidur kita juga dikira sebagai ibadah.
Bersempena dengan hijrah ini,kita usahakan diri kita untuk lebih mencintai ilmu dan sedaya upaya untuk mencari ilmu kerana ilmu juga adalah cahaya yang membaca diri kita ke arah sebuah kehidupan yang harmoni.
Kejahilan pula perlulah kita jauhi kerana kejahilan tidak akan membawa apa-apa kebaikan buat diri kita melainkan diri kita semakin jauh dengan Allah SWT.
Malah,dalam Al-Quran Allah mencela kepada orang-orang yang bodoh.
Firman Allah:
 
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang maaruf
serta jangan perdulikan orang yang bodoh”
 
(Surah Al A’raf:199)
 
 
 
3)Hijrah Amal
 
Hijrah Amal boleh dilakukan dengan memperkasakan lagi amal perbuatan kita.
Kita perkasakan yang wajib dan tingkatkan yang sunat.Serta lakukan amal perbuatan itu dengan niat kerana Allah.
Kita disuruh agar selalu berlumba-lumba untuk melakukan amal.Sebagaimana Firman-Nya yang bermaksud
 
 
“………..Maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan………”
 
(Surah Al-Ma’idah:48)
 
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
 
Sesungguhnya agama adalah mudah.Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan .
Perbetulkanlah,dekatkanlah dan bergembiralah.Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh,selepas gelincir matahari dan sebahagian malam”   –Hadis Riwayat Al-Bukhari-
Melalui hadis Rasulullah saw diatas,sedikit keterangan yang ingin saya kongsikan.
-“Berlebih-lebihan” -orang yang memberatkan-beratkan diri pada amalan agama dan bersikap keras,ia akan lemah dan menghentikan
                                          amalanya.
-“Perbetulkanlah”    -Melakukan dengan cara yang betul tanpa memberat-beratkan dan mencuaikan.
-“Dekatkanlah”          -Sekiranya tidak terdaya beramal dengan cara yang paling sempurnamaka lakukanlah sekadar menghampirnya
-“Bergembiralah”     -Bergembira degan ganjaran daripada amalan yang berterusan walaupun sedikit sahaja yang dilakukan
-“Bantulah Diri”         -Memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan dengan melakukan di waktu yang sesuai
 Marilah,dengan umur yang masih dipinjamkan Allah kepada kita dan masa yang masih berjalan maka gunakanlah dengan melakukan amal agar menjadi bekalan buat diri kita bila bertemu Allah kelak.
Lakukanlah sesuatu amal itu dengan beristiqamah yakni berterus.Walaupun amal kita itu sedikit tapi jika selalu dilakukan maka ia adalah lebih baik.
                                                                                                                       
 
 
4)Hijrah Akhlak
 
Akhlak adalah salah satu perkara penting yang kita perlu tranformasikan.
Islam adalah agama yang sempurna.Dengan utusan Nabi Muhammad saw yang septutnya dijadikan model atau ikon bagi manusia hari ini.Ini kerana pada diri Nabi Muhammad itu sudah terdapat apa yang kita inginkan dan memang sepatutnya Nabi Muhammad dijadikan contoh untuk menjadi pemimpin,suami,ayah,dan lain-lain.
Rasulullah adalah seorang guru atau pendidik bagi akhlak yang baik.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
 
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”   -Hadis Riwayat Ahmad-
Jika dilihat pada hari ini,anak-anak kecil sudah mula diperkenalkan dengan hiburan-hiburan yang melalaikan dan anak-anak juga sudah diajar untuk menjadi popular seperti penyanyi.Jika dilihat di kaca tv,banyak sudah rancangan-rancangan tv yang menampilkan anak-anak berusia muda untuk diasuh dengan hiburan.
Sepatutnya,anak-anak muda seperti ini haruslah dididik dengan ajaran Islam supaya bila sudah meningkat dewasa tidak begitu sukar untuk dibentuk.
Pepatah melayu ada mengatakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya”
Jadi,malangnya anak-anak hari ini mula diajar dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
Selain itu,kemunculan ikon-ikon atau pelakon yang menjadi contoh dan ikutan anak-anak muda masa kini semakin memburukkan keadaan.Pemikiran anak-anak muda yang sepatutnya menjadi generasi Islam masa hadapan sudah dimanipulasi atau sudah dijajah dengan unsur-unsur negetif.
Oleh itu,marilah kita sama-sama kembali mengikut jalan yang benar dan menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ikon bagi diri dan keluarga kita.Barulah diri kita dan keluarga kita itu menjadi sebuah keluarga yang mendapat keredhaa-Nya.
 
 
PENUTUP
 
Akhir sekali,bersempena dengan hijrah kali ini,marilah kita semua menghayati makna yang tersirat disebalik peristiwa perghijrahan Rasulullah dan ambillah peluang ini untuk kita hijrahkan diri kita untuk menjadi insan yang bertaqwa dan beramal soleh.
Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan utama dan As-Sunnah sebagai pelengkap,InsyaAllah kehidupan kita adalah kehidupan yang dirahmati oleh-Nya.
Namun,perlu diingatkan bahawa tidak semestinya kita berubah pada setiap kali sambutan hijrah,namun berubahlah pada setiap kali kita melakukan kesilapan.Bermuhasabah dengan sebenar-benarnya serta  bermuhajadah untuk melawan hawa nafsu dan beristiqamah dalam melakukan apa jua kebaikan.
Sesungguhnya disebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi.Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan ma’al Hijrah dalam memberi kesan yang positif terhadap diri kita..??
Peristiwi Hijrah Rasulullah memang telah lama berlalu.Tetapi makna dan spirit hijrah itu perlulah terus tetap tertanam dalam hati dan jiwa kaum muslimin dan muslimat .
Umat Islam perlu ‘berhijrah’ dengan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah dan menuju ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana Sabda Rasulullah saw yang bermaksud

”Orang yang berhijrah adalah yang (meninggalkan) apa-apa yang dilarang oleh Allah swt. -Hadis Riwayat Bukhari-

 
Tahun Baru Hijrah Kini Tiba,adakah akan berlalu begitu sahaja…???
Sekian..
Salam Ma’al Hijrah
Salam Perjuangan
Salam dari saudara seimanmu
~Nuruddin~
 
1 Komen

Posted by di 05/12/2010 in Istimewa, Tazkirah

 

Label:

One response to “Hijrahkan Dirimu..

  1. kataganti

    05/12/2010 at 3:25 pm

    Hijrah untuk besarkan Tuhan
    http://www.rumahamalsucirohani.com/

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: