RSS

Adakah Aku Mengerti Apa Itu Islam..??

09 Dec

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda. 

 

 

Islam Agamaku,Islam Cara Hidupku

Hari ini,seluruh umat Islam sudah bergerak menuju lembaran baru bagi tahun 1432 H.

 Angka 1431 H sudah ditinggalkan yang mungkin tersimpan didalamnya 1001 episode kehidupan.

 Namun,saya bukanlah hendak menceritakn tentang hijrah,namun saya hendak menceritakan tentang sebuah persoalan yang seperti menghentak jiwa saya dan seperti selalu berlegar-legar di fikiran saya untuk menanti jawapannya.

 “Adakah Kamu Benar-Benar Sudah Kenal Dengan Islam Untuk Jadikan Islam Sebagai Jalan Hidup..?”

 Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang penceramah yang mengadakan ceramah di salah sebuah Masjid sempena sambutan ma’al Hijrah.

 

 Adakah Aku Sudah Kenal Agamaku..?

 

..Ya.adakah saya dan anda sudah benar-benar kenal dengan agama yang kita anuti sekarang..?

 Jawapannya hanya diri kita sendiri yang mampu memberikan jawapan.

 Sebagai contoh,jika kita hendak berkahwin maka sudah tentu kita akan cuba untuk benar-benar mengenali akan pasangan kita itu. Kita cuba benar-benar mengenalinya supaya kehidupan kita bersamanya nanti adalah kehidupan yang bahagian selamanya.

 Begitu juga dengan agama.

 Kita perlu benar-benar kenal dengan Agama kita yakni Islam..Kalau seorang kristian itu benar-benar kenal agamanya maka kita perlu lebih kenal dan mengenali agama kita.

 Kalau kita masih tidak memahami ajaran Islam maka bagaimana kita hendak laksanakan Islam dalam kehidupan kita..?

 Ikon kita Nabi Muhammad saw telah menunjukkan satu cara hidup yang paling sempurna yang berlandaskan syariat Islam yang perlu kita contohi.

……………………………………

 Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir pernah berkata

 “Semua orang pasti mampu mempunyai sebuah jam tangan,namun tidak semua orang mampu menghargai masa yang ada”

 Begitu juga dengan Islam.Semua orang mampu melafazkan syahadah,namun tidak semua yang mampu merialisasikan apa yang diucapkan itu.Semua orang tahu apa rukun Islam dan rukun

 Iman tapi tidak semua yang memahaminya.

 Perkataan “Tahu” dan “Memahami” adalah perkataan yang berbeza.

……………..

 

 Islam Way Of Life

Kita mungkin selalu dengar perkataan tersebut dan mungkin kita juga yang menyebutnya.

 Kenapa kita jadikan Islam jalan hidup adalah kerana Islam itu salah satu agama yang bukan sahaja menyentuh tentang kerohanian,malah Islam adalah agama yang mencakup seluruh aspek kehidupan seseorang tersebut dari ia bangun tidur sehingga ia tidur kembali.

 Sepanjang harinya itu perlulah berlandaskan ajaran Islam.Percakapannya perlulah mengikut Islam.Makannya perlulah mengikut Islam dan lain-lain lagi perlulah mengikut tatacara Islam.

 Yusuf Al-Qardawi pernah berkata

“Sesiapa yang berkata Islam hanya di dalam masjid,maka dia telah menyempitkan Islam”

 Jadi,kita telah tahu bahawa Islam itu adalah menyeluruh dan menyentuh semua aspek kehidupan seseorang itu dan bukan sahaja menyentuh bab solat,puasa,zakat dan haji.

 Pada hari ini,amal malang sekali apabila minda umat Islam sudah mula ‘dijajah’ oleh pemikiran sekular yang memisahkan agama dengan kehidupan seharian.Jika ikut pemikiran sekular maka

 Islam itu hanya menyentuh tentang solat,zakat,ibadah haji dan tidak menyentuh tentang aspek lainnya.

Jika kita perhatikan agama lain maka kita akan melihat bahawa perlaksanaan agama mereka hanyalah di dalam tempat beribadat mereka atau lebih mudah difahami ajaran agama mereka adalah hanya menyentuh aspek kerohanian sahaja.Ajaran mereka hanya berlaku di dalam pusat ibadat mereka sahaja.

 Oleh itu,kita perlulah mengawasi minda kita agar tidak mudah dijajah oleh golongan-golongan yang memisahkan agama daripada kehidupan seharian.

 Firman Allah SWT

 

“…..Pada hari ini,telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan

kepadamu nikmat-Ku,dan telah Ku redhai Islam itu agama bagimu….”

 

(Surah Al Maidah :3)

 

Jadi,tiada alasan lain lagi untuk kita mengatakan bahawa ajaran suci Islam hanyalah aktiviti kerohanian sahaja.Jadikanlah setiap tingkah laku kita itu ibadah kepada Allah.Jadikan sukan itu satu ibadah,jadikan tidur kita itu ibadah dan jadikan seluruhnya ibadah kerana kita dilahirkan tidak lain hanyalah untuk beribadah kepada Allah.

 Firman Allah SWT

 

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”

 

(Surah Adz-Dzariyaat:56)

 

 PENUTUP

 Tuntasnya,kita sebagai umat Islam perlulah mengetahui ajaran Islam dengan sebenar-benarnya dan kita juga perlu berwaspada agar pemikiran kita tidak mudah dijajah dengan pemikiran sekular.

 Jadikan usia dan waktu yang masih ada ini sebagai peluang untuk kita terus mendalami dan mengenali Islam itu untuk kita jadikan Islam sebagai jalan hidup kita yang bakal membawa diri kita memperoleh syurga-Nya.

 Rialisasikan Islam itu dalam kehidupan kita dengan selalu berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah dan bawalah imej Islam itu dimana sahaja.Jika kita ingin bersukan maka letakkan dalam diri kita bahawa kita bersukan bukan sahaja untuk menang tapi adalah untuk membawa imej sebenar Islam.

 Pepatah melayu ada berkata “Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung”

 Jadi kita ubah sedikit pepatah melayu tersebut kepada “Dimana kaki melangkah,disitu Islam dijunjung”.

Akhir sekali saya ingin tanyakan lagi soalan yang sama

 “adakah kita benar-benar kenal Islam untuk jadikan Islam sebagai jalan hidup..?”

 

…………………

Wassalam..

 

 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 09/12/2010 in motivasi diri

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: