RSS

Permulaan Kehidupan Yang Kekal

13 Dec

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda. 

 

 “Kemudian setelah itu,sungguh kamu pasti mati”

Surah Al-Mu’minun ayat 15

 

..Kematian..Sudah Bersediakah kita..?

Melalui Firman Allah dari surah Al-Mu’minun diatas,jelas Allah telah mengatakan bahawa semua makhluk itu pasti menghadapi kematian.

Kematian yang telah ditetapkan oleh Allah keatas setiap makhluk itu tidak akan mampu dielak oleh sesiapa sahaja.

Ini berdasarkan firman-Nya:

“Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaatpun”  QS 7:34

“Di manapun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu,sekalipun kamu berada di dalam bentang yang tinggi dan kukuh…….”

 QS 4:78

 

 

 TAKUT MATI

Mungkin ada sesetangah dari kita yang mempunyai perasaan takut terhadap kematian.Sifat ini perlulah dibuangan jauh kerana kita tidak perlulah takut kepada sebuah kematian itu.

Kematian sebenarnya adalah permulaan bagi kehidupan kekal abadi dan meninggalkan kehidupan yang fana di dunia ini.Ini jelas berdasarkan Firman-Nya:

“Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan Sesungguhnya akhirat Itulah negeri yang kekal.

(Al-Mukmin: 39)

Daripada firman Allah diatas,jelas bahawa dunia ini hanyalah kehidupan yang sementara dan akhirat adalah kehidupan yang kekal selamanya yang perlu dikejar oleh sesiapa sahaja.

Perasaan takut terhadap kematian sekali gus menunjukkan kita begitu cintakan dunia.

Awas.!kerana sikap cinta terhadap dunia ini akan memakan diri kita sendiri akhirnya.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Adapun orang yang melampaui batas, Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, Maka Sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya)…..”

(An-Nazi’at: 37-41)

Bukan sekadar itu,perasaan takut kematian juga menyebabkan kelemahan terhadap Islam.Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Akan terjadi masa dimana umat-umat diluar islam berkumpul disamping kalian wahai umat islam. Sebagaimana berkumpulnya orang-orang yang menyantap hidangan. Lalu seorang Sahabat bertanya: ‘Apakah kami pada saat itu sedikit wahai Rasulullah? “Beliau menjawab: “Tidak. Bahkan ketika itu jumlah kalian banyak. Akan tetapi kalian ketika itu bagaikan buih dilautan. Ketika itu Allah hilangkan dari musuh-musuh kalian rasa segan dan takut terhadap kalian dan kalian tertimpa penyakit wahn. Sahabat tadi bertanya lagi : ‘wahai Rasulullah apa yang baginda maksud dengan wahn itu? , Rasulullah menjawab: “cinta dunia dan takut mati.

…………………………………..

“bukan apa,aku belum sedia lagi..”

Mungkin ini jawapan yang akan diberi apabila ditanya tentang kematian.

Bagi saya,perkataan belum sedia itu perlulah dihapus kerana kita sudah diberi peluang untuk bersedia menghadapi kematian ini.

Bukankah kita sudah tahu bahawa kita pasti mati..?

Jadi,kenapa kita perlu kata bahawa kita belum bersedia menghadapinya..?

Usia dan masa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita adalah peluang untuk kita menyiapkan persediaan untuk menghadapi jemputan malaikat maut.

PENUTUP

Kematian sebuah ketentuan yang tidak boleh kita elak lagi kerana kematian bagi diri kita telah semakin hampir dengan kita.

Pada bila-bila masa sahaja malaikat maut akan datang menjemput kita untuk bertemu dengan sang Pencipta.

Oleh itu,kita perlulah menyiap bekalan-bekalan yang bakal dibawa diakhirat kelak.

Janganlah kita terlalu mengejar kehidupan dunia yang hanya sementara sehingga lupa akan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Semoga kita semua termasuk hamba-hamba Allah yang bertaqwa dan berolah kejayaan dunia akhirat.

……..

Saya sengaja menyentuh tentang kematian ini pada hari kelahiran saya kerana saya berharap saya selalu ingat akan kematian yang semakin hampir dengan diri saya dan agar saya lebih bersedia menghadapi kematian itu.

Sesungguhnya kita semakin menghampiri kematian……

 

 

 

~

Aku mencinta orang-orang yang shalih walau aku bukan termasuk dari mereka

Aku cintai mereka semoga aku memperoleh syafaat

Dan aku benci dengan orang yang selalu membicara maksiat

Walau sebenarnya aku memiliki kebiasaan yang sama dengan mereka.

~

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13/12/2010 in Tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: