RSS

Sebuah Kebahagiaan

29 Jan

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda.

 

..Sahabat yang saya sayangi..

Kisah Pertemuan

Kisah pertemuan saya dengan sahabat saya ini adalah bermula daripada sebuah program iaitu Journey Of Muslim yang diadakan pada cuti hujung tahun 2010.

Pada masa yang sama,Allah telah menetapkan saya satu kumpulan dengan sahabat saya ini.Perkenalan bermula.

Kumpulan kami bersarapan hanya dengan sebiji pisang dan 2 keping roti.Lalu pisang itu tadi dipicit menggunakan tangan dan diletakkan sebagai jem keatas roti yang diberi.Nampak mungkin jijik,namun ia satu yang menyeronokkan dan mengeratkan lagi ukhuwah kami.

Pelbagai aktiviti kami jalankan bersama dan memang menyeronokkan.

Dari situ persahabatan mula terjalin.

Kami diajar ukhuwah dan persaudaraan dalam Islam.

 

Memantap Ukhuwah

Selepas program itu tamat,saya dan sahabat saya ini agak jarang untuk berhubung.Saya yang sudah mula memasuki sesi persekolah dan agak sibuk.

Saya telah menghantar mesej kepada sahabat saya ini untuk meminta mengajar matematik tambahan dan matematik.

Katanya dia tidak dapat mengajar saya kerana dia akan bertolak ke Kuala Lumpur pada minggu hadapan.Saya fikiran dirinya hanya ingin melancong,namun ada sesuatu yang akan dirinya lakukan di sana.

Mencari Keredhaan Allah…

Dirinya disana selama 6 bulan.

Lantas,apabila mengetahui hal itu,saya mencari masa hujung minggu saya untuk keluar dengan dirinya.Hari ini,sabtu,saya berpeluang untuk keluar bersamanya.

Keluar ke Bintang Plaza.Sebuah shooping complex yang semakin ‘maju’ di Miri.

Kami berjalan bersama.Sama-sama masuk toysrus..haha..Mencari buku bersama..

Paling saya suka ialah bila saya merasa gembira dengannya.Kami berjalan sambil mendengar dirinya menceritakan tentang manusia terasing dan banyak lagi hal yang berkaitan dengan mencari redha Ilahi.

Kami lantas bergerak menuju ke Masjid At Taqwa,Miri.Mengambil keputusan untuk tidak bersolat di surau bintang plaza.

Tenang sungguh bila menjejakkan kami di rumah Allah bersama seorang insan yang saya sayangi.Kami duduk di luar dewan solat sambil menanti masuknya waktu solat.Mencaritakan lagi tentang Manusia Terasing dan hal-hal agama yang lain.

Apabila kami selesai solat zohor,kami mengambil keputusan untuk duduk sekejap di dalam masjid.Namun kali ini,aku diberitahu tentang tajwid dan sedikit menyambung perbincangan kami sebelumnya.

Sungguh,aku ingin mengalirkan air mata saat duduk disampingnya mendengar setiap kata-katanya.

Didalam rumah Allah itu juga,telahku berikan senaskah Al-Quran kepada dirinya yang telah saya tandai sepotong ayat Allah tentang persaudaraan.Saya begitu gembira apabila melihat dirinya mengucup Al-Quran itu beberapa kali.

Saya tidak pernah merasakan semua ini sebelum ini.

Setelah itu,kami kembali ke Bintang Plaza dan masanya makan…haha..Memilih Pizza Hut sebagai tempat makan..

Masa makan juga,insan ini juga mencaritakan palbagai perkara-perkara agama.

Setalah makan,masa perpisahan.

Ibu dan ayah sahabat saya telah menanti anaknya.Sempat juga saya mengenali adik lelakinya yang masih belajar di tahun 5.Lucu dan agak comel..haha..

Mungkin ini adalah pertemuan terakhir kami sebelum dia berangkat minggu hadapan,dan diharap kami akan bertemu lagi..

Perpisahan diakhiri dengan pelukan dan ucapan salam…

 

Uhibbukafillah

Uhibbukafillah…

Satu ucapan ringkas namun penuh makna.Saya mula mengenali ucapan ini dari sebuah novel yang saya baca satu masa dulu.

Saya cuba memahami dan mendalami maksudnya dan cuba menyampaikannya kepada sahabat saya.

Saya rasa bahagia bila ucapan ini diucapkan oleh sahabat saya  kepada diri saya.Sering kali ucapan ini dilafazkan sebagai rasa cinta dan sayang kepada seseorang itu kerana Allah.

Semoga persahabatan ini mendapat keredhaan dari Ilahi dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh membawa kemurkaan Allah.

..

Sahabatku Afiq……(^_^)

..Saya sayang sahabat saya Afiq….

 

 
4 Komen

Posted by di 29/01/2011 in Istimewa

 

Label: ,

4 responses to “Sebuah Kebahagiaan

  1. ana ieyba

    01/02/2011 at 9:50 am

    ok la jwak ya..sya pun mok pindah ke wordpress..tp syg ngan blog lamak..

     
    • nurudhin94

      01/02/2011 at 9:58 am

      haha…
      sya nak pindah ke blogspot..haha..
      tpi x dpt mgurus 2 igek blog la…haha..
      knak tgu msa bok blog sya sgek gik brjalan…hehehe..

       
  2. ana ieyba

    31/01/2011 at 6:17 pm

    salam ziarah..kacak blog:)

     
    • nurudhin94

      31/01/2011 at 8:16 pm

      ..selamat datang ke blog ‘Cahaya Agama Allah’…hehe..
      xda la kcak glak..blom brapa pnde gik dlm mgurus blog tok…

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: