RSS

Ya Allah,lindungilah mereka

31 Jan

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda.

 

..Hati tentu risau,jiwa tentu pilu dan fikiran tentu runsing..

Sejak beberapa hari ini,sudah tentu isu pergolakkan di Mesir menjadi tajuk utama dalam berita-berita di TV,surat khabar, dan di mana sahaja yang mengambil berat tentang hal yang berlaku.

Saya,yang pada mulanya mengetahui tentang hal yang terjadi agak terkejut apabila melihat rakyat Mesir yang semakin gagah menyuarakan hak rakyat dan keadaan yang semakin tegang.

Tambah lagi apabila ada beberapa orang kenalan saya yang masih melanjutkan pelajaran di sana.

Azizi Amir Hamdan seorang pelajar perubatan di Mansurah kini telah tiba di Malaysia dengan selamatnya.Manakala Ustaz Fakhrul Razi,Ustaz Arip yang mana kedua-duanya tinggal di Dumyat dan Abang Fadil yang juga pelajar perubatan di Universiti Tanta masih lagi di Mesir.

Sejak daripada krisis yang berlaku,saya banyak menanti berita terkini daripada television.Astro Awani,Bernama,CCTV,TV1 dan TV3 menjadi tumpuan diri saya.Tidak lupa juga daripada blog-blog di internet.Salah satunya ialah  http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ .

 

Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan hanya mampu berdoa kepada Allah agar kenalan saya,dan seluruh pelajar Malaysia dapat dibawa balik dengan segera ke tanah air demi keselamatan mereka.

Dalam masa yang sama,saya sempat juga menghubungi kenalan saya ustaz Fakhrul Razi dengan menggunakan telefon bimbit saya sendiri.Walaupun sekejap,saya benar-benar bersyukur dan ada sedikit rasa tenang di hati saya apabila mendengar khabar darinya dan dia meminta doa untuk keselamatan mereka.

 

Doa dan Tawakkal

Itu saja yang mampu saya lakukan pada masa ini.Berdoa kepada-Nya dan bertawakal kepada-Nya.

Kerana saya yakin,Allah mendengar doa hamba-Nya.

Saya berharap agar para pembaca sekalian agar mendoakan buat kenalan saya dan semua pelajar Malaysia di Mesir supaya mereka semua berada dalam keadaan yang selamat dan sejahtera.

 

Semoga kalian semua dibawah lindungan Allah SWT.

 

 

 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31/01/2011 in isu semasa

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: