RSS

Khas Untuk Temanku,Hafsham

01 Feb

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

 

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan anugarah hidayah,rahmat dan kesihatan kepada saya sehingga saya mampu menulis coretan untuk dibaca oleh anda semua. Selawat dan salam juga diucapkan keatas junjungan mulia Muhammad bin Abdullah serta keatas kaum kerabat dan para sahabat baginda.

 

..Dirinya,sering membawa tawa riang....membuat hati ini merasa senang disisinya...

 

Dirinya jarang sekali dilihat muran apalagi sedih.Jiwanya selalu riang dan membawa tawa riang kepada orang yang berada di sekitarnya.Malah,mungkin ada juga yang tersenyum bila melihat dirinya dari jauh.

Anda pasti tidak akan sunyi berada disisinya.Anda pasti tidak akan muram disisinya.Anda pasti selalu tertawa bila disisinya.

Kini,tiada lagi saya lihat senyuman dari bibirnya.

Tiada lagi ku dengar gurauannya yang mengembirakan…

Ku harap,dirinya cepat sembuh dari kemalangan dan cepat keluar dari hospital.Aku ingin tertawa bersamanya lagi dan aku tidak mahu melihat wajahnya yang suram.


Kuatkan Dirimu Wahai Temanku,

 

Kuatkan Dirimu,

Jangan lemah dan terus lemah.Aku tahu bahawa dirimu kuat.

Aku tidak suka melihat wajahmu yang suram tanpa senyuman dan gelak tawa.Aku dan teman yang lain mahu dirimu cepat sembuh dan kembali menjadi Mohamad Hafsham yang aku kenal.

Teman-temanmu mendoakan dirimu agar dirimu segera sembuh.

Suramlah waktu rehat kami nanti tanpa dirimu.Cepat sembuh dan kembali ke sekolah.

Kami ingin tertawa bersamamu lagi…

Ujian Allah,semoga tersimpan hikmah

 

Wahai saudaraku,

Ingatlah bahawa kejadian yang menimpa dirimu ini adalah ujian dari yang Maha Kuasa.Untuk menguji tahap keimananmu.

Firman Allah SWT

 

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”

(Surah al-Ankabut, ayat 2)

 

Jangan ditunggu hikmah disebalik kejadian yang menimpa dirimu,tapi carilah hikmah terhadap apa yang terjadi pada dirimu.

 

Mohonlah kepada-Nya

 

Mohon kepada Allah,Tuhan yang satu-satunya tempat untuk kita memohon pertolongan.

Yakinlah bahawa Allah saja yang akan memakbulkan doa hamba-Nya.Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.”

 

Firman Allah SWT

“dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya aku (allah) sentiasa hampir (kepada mereka); aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahku), dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Surah Al-Baqarah:186)

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 01/02/2011 in Coretan Hati

 

Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: