RSS

Ketika Ujian-Nya datang

06 Mar

BISMILLAH

Dengan nama Allah kumulakan penulisan ini,

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

....

 

“manusia,kalau ada apa-apa masalah atau ujian mesti menangis,menangis pula bukan kerana Allah,tapi kerana masalah yang dihadapi”

Itulah,antara kata-kata yang mengejutkan hati ini.Terasa besarnya dosa diri ini kepada-Nya.Kata-kata yang diungkapkan oleh ustaz saya kepada saya yang seolah-olah tahu isi hati saya ketika itu.

Dari kata-kata ustaz itu,saya mulai sedar ketika  saya menghadapi ujian hidup dari-Nya,saya mengalirkan air mata bukanlah kerana Allah,tapi mengalirkan airmata kerana masalah yang dihadapi.

Setiap manusia itu mempunyai ujian-Nya yang tersendiri.Setiap ujian yang diberikan itu adalah sebagai penguji tahap keimanan kita kepada-Nya atau sebagai tanda peringatan Allah untuk kita atas kelalaian kita selama ini.

La Tahzan

Jangan Bersedih…

“….Jangan engkau bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita..”

(Surah At-Taubah:40)

Sesetengah manusia bila diberikan ujian oleh-Nya,maka mereka ini amat mudah untuk rebah atau mudah sekali berputus asa.Padahal mereka lupa bahawa itu adalah tanda Allah masih mengasihi kita.

Ujian yang diberikan Allah adalah sebagai peringatan buat diri kita.Menguji keimanan kita kepada Allah dan sebagai peringatan kepada kita disebabkan kealpaan dan dosa yang telah kita lakukan.Maka beruntunglah orang-orang yang diberikan ujian oleh Allah kerana itu tanda Allah tidak mahu kita terus lalai dan alpa kepada-Nya.Ujian-Nya itu sebagai peringatan supaya kita kembali kepada ajaran-Nya yang sebenar dan kita akan beroleh kebaikan dari-Nya.

Teringat saya lagu nasyid Rahmat Ujian dari kumpulan Mestica.

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Jadi,janganlah kita rasa sedih saat ujian Allah datang kepada kita.Tapi terimalah ujian Allah itu dengan perasaan syukur kepada-Nya kerana Allah masih memberikan kepada kita peringatan supaya kita tidak terbabas jauh dari landasan-Nya.

Bersabarlah dengan ujian-Nya

Mungkin perkataan sabar selalu kita dengar apabila kita menerima apa-apa ujian dari Allah.

“bersabarlah ye”..kata-kata yang mungkin berkali-kali diucapkan kepada kita saat kita ditimpa musibah atau apa-apa sahaja keburukan.

Dalam Al-Quran,Allah menigatkan kita bahawa setiap ujian-Nya adalah untuk menguji adakah kita bersabarmenghadapainya.        Firman Allah SWT:

“Dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang 

yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu dan akan kami uji perihal kamu”

(Surah Muhammad:31)

Sabar itu begitu mudah untuk dilafazkan,tapi tidak mudah untuk kita bersabar.Satu ketika dulu,seorang sahabat saya berkata kepada saya “awal sabar itu adalah pahit,namun pengakhirnya adalah manis”.Itulah kata-kata yang masih saya ingat sehingga hari ini.Terima kasih atas kata-kata itu.:)

Ingatlah tentang sebuah kisah yang diceritakan dalam Hadis Riawayat Muslim.

“Pada hari kiamat didatangkan orang yang paling nikmat hidupnya sewaktu di dunia dari penghuni neraka. Lalu ia dicelupkan ke dalam neraka sejenak. Kemudian ia ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kebaikan, pernahkah kamu merasakan suatu kenikmatan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb.” Dan didatangkan orang yang paling menderita sewaktu hidup di dunia dari penghuni syurga. Lalu ia dicelupkan ke dalam syurga sejenak. Kemudian ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kesulitan, pernahkah kamu merasakan suatu kesengsaraan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb. Aku tidak pernah merasakan kesulitan apapun dan aku tidak pernah melihat kesengsaraan apapun.” (HR Muslim 5018)

Jadi.Fikir-fikirkanlah maksud hadis diatas..

Penutup.Kembalilah kepada-Nya

Jadi,marilah kita muhasabah kembali diri kita.Adakah ketika ujian-Nya datang,kita mengeluh kepayahan dan menangis kerana terasa beratnya ujian-Nya atau kita bersyukur atas ujian-Nya dan menangis kerana Allah atas kealpaan kita selama ini.

Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Ingatlah bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja.Semua yang kita miliki akan lenyap satu hari nanti melainkan amal soleh.                                                                                                                                                                      Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau.Jika kamu beriman serta bertaqwa,Allah akan memberikan pahala kepada-Mu,dan Dia tidak meminta hartamu.”

(Surah Muhammad:36)

 

 
1 Komen

Posted by di 06/03/2011 in Tazkirah

 

Label:

One response to “Ketika Ujian-Nya datang

  1. Shaifi

    06/03/2011 at 7:26 pm

    InsyaAllah,, Allah xkan menguji hambaNya melainkan kerana CintaNya kepada kita……

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: