RSS

Cuti Oh Cuti..

13 Mar

BISMILLAH

Dengan nama Allah kumulakan penulisan ini,

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

...cuti untuk mencari ketenangan..

Alhamdulillah,

Pujian dan syukur kepada Allah Taala atas setiap nikmat yang telah dikurniakan-Nya.

Kini cuti pertengahan semester telah bermula.Cuti seminggu ini diharap dapat saya dan anda(sesiapa yang turut bercuti) manfaatkan dengan sebaik mungkin untuk kita,masyarakat,dan agama..InsyaAllah.

Cuti pada tahun ini tidak boleh saya sia-siakan kerana detik waktu terus berjalan meninggalkan saya dan saya semakin hampir untuk menduduki peperiksaan SijiL Pelajaran Malaysia(SPM).Jadi cuti ini dan setersnya perlulah diisi dengan persediaan untuk menghadapinya kerana tahun ini bukan tahun untuk ‘honeymoon’..

Mencari Sakinah

Ye,mencari ketenangan.

Itulah antara matlamat saya dalam cuti ini.

Ketenangan hati dan fikiran.Ianya penting untuk kita terus ‘hidup’.Hanya hati dan fikiran yang tenang akan dapat membantu kejayaan kita.

ketenangan dapat dijumpai apabila kita menemui cinta atau merasai cinta sang Pencipta yakni Allah Taala.Apabila hati kita tertarik dengan kalimah-kalimah suci-Nya dan tertarik cinta-Nya,maka disitu hadirlah ketenangan yang dicari.

Firman Allah SWT:

“..Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”

(Surah Ar-Ra’d:28)  

 Ayat ini menarik hati saya,kerana hanya mengingati Allah hati menjadi tenang.Saya sering melihat keluarga yang islamik,kelihatan ketenangan terpancar diwajah mereka.Kebahagiaan mereka kelihatan.Sungguh saya juga ingin merasakan seperti itu.
Menyiapkan Tugasan
 
Dalam cuti seminggu ini juga,kita boleh menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru sebelum cuti.Kalau ada kerja sekolah yang belum siapa maka siapkanlah dalam waktu cuti ini supaya tidak menganggu ketika sesi persekolah bermula lagi.
Saya sendiri mempunyai tugasan yang diberikan oleh Miss Liew iaitu guru bahasa English yang selalu senyum..:)
InsyaAllah,pada hari jumaat saya akan pergi perpustakaan untuk membelek helaian buku untuk menyiapkan tugasan yang dibeirkan.Kepada kawan-kawan yang nak join,jum kita pergi jumaat ni dan terus solat jumaat di Masjid At-Taqwa.Lama dah tak solat di Masjid tu…hehe..
Ikut Program-Program yang dianjurkan
 
Alhamdulillah,
Pada cuti ini,pihak surau telah mengadakan kelas fardhu Ain yang diadakan pada hari selasa ini. Program ini diadakan untuk mengisi masa cuti pelajar-pelajar sambil mendalami ilmu fardhu ain yang wajib dipelajari setiap individu muslim.
Kepada anda disana,carilah program-program yang bermanfaat dan ikutlah program tersebut.Sekurang-kurangnya kita mendapat sedikit ilmu dari situ dan masa kita tidaklah dibuang dengan sia-sia.
Saya pasti banyak program yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu pada musim cuti persekolah ini.Mungkin boleh mengikuti usrah-usrah yang dijalankan atau apa-apa sahaja yang boleh membuka minda dan memberi ilmu baru kepada kita..Ilmu itu penting..:)
Penutup
 
Isilah masa cuti kita dengan perkara yang memberikan manfaat untuk diri kita,masyarakat dan agama kita.
Janganlah kita biarkan cuti ini berlalu begitu sahaja tanpa memberikan apa-apa faedah kepada kita.Sesungguhnya rugilah jika masa cuti ini berlalu tanpa apa-apa faedah.
Fikirkanlah aktiviti-aktivi yang boleh dilakukan.Seperti membuat latihan bersama kawan-kawan atau ulangkaji pelajaran-pelajaran yang dibelajar pada tahun lalu atau membaca buku-buku yang boleh menambah ilmu kita.
InsyaAllah,semuanya Allah berkati…Ameen..
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13/03/2011 in coRetaN DarI Sek0lAh

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: