RSS

Gay…???

20 Mar

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

….why?…

….

 Pada hari ini,saya dapati ada segelintir masyarakat yang masih mempunyai pemikiran bahawa sesiapa sahaja lelaki yang dilihat bermesra dengan sahabat sejenis adalah GAY
  
Ya.
 
Itu memang betul kerana saya pernah di cop sebagai gay disebabkan saya begitu rapat dengan sahabat yang sejenis dengan saya.
 
Gay adalah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki.Kaun Nabi Luth pernah ditimba azab oleh Allah s.w.t. disebabkann kaum mereka yang sering melakukan homoseksual.
 
Ayat Al-Quran juga banyak menceritakan tentang peringatan Allah bagi sesiapa yang terlibat dengan perbuatan yang amat keji ini.
 
 
Firman Allah s.w.t.
 
 
“mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk(memenuhi) syahwatmu,bukan (mendatangi) perempuan?Sungguh,kamu adalah kaum yang tidak mengetahui(akibat perbuatanmu)”
(Surah An-Naml 27:55)
 
Firman Allah s.w.t. lagi
 
“Mereka menjawab,”sesungguhnya kami diutus kepada kaum yang berdosa(kaum Luth),agar kami menimpa mereka dengan batu-batu dari tanah (yang keras),yang ditandai dari Tuhanmu untuk (membinasakan) orang-orang yang melampaui batas”
(Surah Adz-Dzariyat 51:32,33,34)
 
 
Jalinan Ukhuwah
 
Saya sangat suka dengan ukhuwah.Saya suka berkenalan dengan orang lain.Saya suka mencari sahabat baru.Saya suka keluar bersama sahabat saya.Saya suka apabila persahabatan kami begitu erat.
 
Persahabatan ini adalah salah satu nikmat Allah s.w.t. kepada hamba-Nya.Kalau kita lihat,ukhuwah atau persaudaraan dalam Islam inilah yang telah banyak membangunkan ummah dan Islam pada zaman dahulu. Keutuhan persaudaraan dalam Islam pada zaman Nabi saw dan zaman para khalifah Ar-Rasyidin telah membantu mengukuhkan barisan umat Islam.
 
Oleh itu,saya cuba membina persahabatan saya dengan erat kerana Allah supaya boleh membantu ummah pada hari ini.Boleh bersatu walau apa yang terjadi.
 
Bukan saya hendak mengatakan bahawa persahabatan saya adalah yang baik,tapi saya sendiri sedang belajar untuk membina persahabatan yang baik berlandaskan syariat Allah s.w.t. dan saya juga sedang belajar menjadi sahabat,teman yang baik untuk sahabat dan teman saya..InsyaAllah…
 
Tentang persaudaraan dalam Islam ini,Kalam Allah,Al-Quran ada menceritakan bahawa hanya Dialah yang menyatukan hati-hati kita untuk bersatu..
 
Firman Allah s.w.t.
 
“…Walaupun kamu membelanjakan semua (kakayaan) yang ada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka…
(QS: Al-Anfal: 63)”
 
 
Selain pemberian Allah,ukhuwah juga adalah kasih sayang dan cinta.Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
“Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin lainnya dalam kelembutan dan kasih sayang, bagaikan satu tubuh. Jika ada bagian tubuh yang merasa sakit, maka seluruh bagian tubuh lainnya turut merasakannya.” (HR. Imam Muslim).
 
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi
 
“tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”
(HR Bukhari dan Muslim)
 
 
Pemikiran Barat
 
Pihak barat semakin lama semakin berjaya untuk memecahkan umat Islam.Pelbagai teknik dan cara digunapakai bagi merialisasikan impian mereka.
 
Ideologi
 
Pihak barat telah meracuni pemikiran masyarakat hari ini dengan mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang dilihat begitu erat dengan pasangan sejenis adalah homoseksual.Bukan itu sahaja,hari ini apabila seseorang itu belum mempunyai pasangan seperti teman wanita akan diketegorikan sebagai gay.
 
Inilah yang menyebabkan remaja atau sesiapa sahaja berusaha mencari teman wanita atau teman lelaki supaya tidak diketegorikan atau dikatakan sebagai gay.
 
Ini akhirnya meruntuhkan akhlak umat Islam dan menjadikan umat Islam semakin jauh dari agama.
 
Begitu juga orang yang mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai prinsip hidup.Tentu orang seperti ini menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Apabila seseorang lelaki itu menjaga pergaulan,persentuhan dengan perempuan,maka mereka ini dilihat ketinggalan zaman dan dikatakan sebagai gay.
 
Inilah pemikiran kebanyakan manusia hari ini.Begitu cepat menghukum seseorang.
 
Itu juga yang berlaku terhadap seorang hamba Allah yang cuba menjaga batas pergaulannya dengan wanita.Dia dikatakan gay oleh sesetengah orang atas perbuatannya itu.Tapi,bagi saya,itulah dirinya.Hidup teguh dengan prinsip.Al-Quran dan Sunnah dijadikan sebagai prinsip hidup baginya.
 
 
 
Tunjukkan
 
Tunjukkan.
 
Ya.tunjukkan bahawa persaudaraan dalam Islam itu indah.Tunjukkan kepada masyarakat hari ini.Kemesraan untuk insan yang sejenis bukan beerti dia adalah gay atau lesbian.
 
Tunjukkan persaudaraan dalam Islam.Bila persaudaraan kukuh,akan mudahlah Islam untuk bangun semula.
Ukhuwah itu mempunyai kekuatan yang tersendiri dan kelebihannya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w.
 
“Ada tiga golongan yang dapat merasakan manisnya iman: orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri, mencintai seseorang karena Allah, dan ia benci kembali pada kekafiran sebagaimana ia benci jika ia dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR. Imam Bukhari)
 
Sabda Nabi lagi
 
“Di mana orang-orang yang saling mencintai karena-Ku, maka hari ini aku akan menaungi mereka dengan naungan yang tidak ada naungan kecuali naunganku.” (HR. Imam Muslim).
 
Sabda Nabi s.a.w. lagi
 
“Sesungguhnya di sekitar arasy Allah ada mimbar-mimbar dari cahaya. Di atasnya ada kaum yang berpakaian cahaya. Wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukanlah para nabi dan bukan juga para syuhada. Dan para nabi dan syuhada cemburu pada mereka karena kedudukan mereka di sisi Allah.” Para sahabat bertanya, “Beritahukanlah sifat mereka wahai Rasulallah. Maka Rasul bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, bersaudara karena Allah, dan saling mengunjungi karena Allah.”
 
 
Penutup
 
Ayuh.Janganlah difikirkan tentang kata-kata masyarakat hari ini.
 
Binalah persaudaraan itu hanya kerana Allah s.w.t. dan bersahabatlah untuk sama-sama ke syurga-Nya.
Persaudaraan dalam Islam itu indah.Tunjukkanlah keutuhan kita.
 
Semoga kita menjadi orang yang bakal membuka minda masyarakat bahawa tidak semestinya orang yang bermesra dengan sesama jenis itu adalah gay atau lesbian.
 
Sampai sini sahaja.Semoga ikatan ukhwah kita terus kukuh dan semoga mendapat redha-Nya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: