RSS

Generasi Ulul Amri Berilmu

26 Mar

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

..Kepimpinan..Sudahkah Kita Bersedia Menjawab Kepada-Nya atas kepimpinan kita...

Alhamdulillah…

Pada hari ini,saya sempat mengikuti Simposium Persatuan Pelajar Islam 2011 Daerah Miri yang telah diadakan julung-julung kalinya di Miri.

Majlis yang pertama kalinya dianjurkan ini begitu banyak memberikan imput kepada diri saya sendiri dan semestinya kepada setiap ahli dalam Majlis Tertinggi Persatuan Pelajar Islam di sekolah masing-masing.

Simposium yang dihadiri oleh 6 buah sekolah dari kawasan Miri iaitu,Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau,SJK Chung Hua Miri,SMK Pujut,Sekolah Menangah Sains Miri, SMK Lopeng Tengah dan SMK Luak berjalan dengan lancar walaupun banyak lagi sekolah-sekolah yang tidak menghantar wakil disebabkan masalah tertentu.

Semua ahli Majlis Tertinggi turun padang untuk sama-sama bersatu berkongsi ilmu,pengalaman,aktiviti Persatuan,dan konsep kepimpinan di sekolah masing-masing.

Alhamdulillah…

Tuntutan Kepimpinan

Sabda Rasulullah s.a.w.

“setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat ke atas apa yang kamu pimpin…” (riwayat Muslim)

Melalui hadis Nabi s.a.w. diatas,kita dapat tahu bahawa setiap pemimpin baik pemimpin yang memimpin organisasi kecil ataupun pemimpin yang memimpin sebuah organisasi besar seperti Perdana Menteri.Seorang suami pun akan disoal tentang kepimpinannya dalam keluarganya.

Oleh itu,setiap pemimpin perlulah memimpin dengan mengunakan acuan Islam dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah kerana kepimpinan inilah yang bakal disoal oleh Allah s.w.t. kelak.Jika kepimpinan kita tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah maka sudah tentu kita akan mendapat balasan dari Allah diakhirat kelak.

Mungkin masyarakat hari ini melihat kepimpinan organisasi Persatuan-persatuan di sekolah sebuah organisasi kecil,tapi hakikatnya kepimpinan yang kecil itu juga akan disoal Allah.Tambah lagi jika mempimpin sebuah badan organisasi seperti Persatuan Pelajar Islam yang sememangnya setiap ahli memainkan peranan penting dalam membawa dan membentuk pelajar dan diri sendiri mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah.

 

Harapan Kepimpinan

Setiap organisasi mesti mempunyai harapan masing-masing.

Melalui ilmu yang saya perolehi daripada Simposium Persatuan Pelajar Islam yang telah saya hadiri,saya mendapat satu harapan,matlamat atau tujuan utama kepimpinan iaitu untuk mengharapkan kebaikan dunia dan akhirat.

Inilah harapan sebuah kepimpinan Islam yang sebenar.

Jika kita lihat kepada kepimpinan bukan Islam pada hari ini,kepimpinan mereka hanyalah untuk mendapatkan kebaikan dunia seperti kemewahan,kekayaan,duit yang melimpah dan banyak lagi yang mana menunjukkan kekurangan dan kelemahan kepimpinan tersebut.

Dalam mengapai harapan kepimpinan ini,beberapa ‘rukun’ kepimpinan perlulah kita laksanakan dengan sebaik mungkin.Antara rukun kepimpinan ialah ilmu yang berterusan.

Ya.Ilmu Yang Berterusan.

Ilmu memainkan peranan penting dalam kepimpinan.Tanpa ilmu maka mungkin seseorang mampu memimpin dengan baik.Oleh itu,kami diingatkan agar sentiasa menuntut ilmu agar mampu menjadi pemimpim persatuan mahupun menjadi pemimpin untuk masa hadapan yang berilmu pengetahuan dan menjadi pemimpin yang bertaqwa kepada Allah.

Imam As-Syafie pernah berkata

“Jika kamu inginkan kejayaan di dunia hendaklah dengan ilmu..Jika kamu inginkan kejayaan di akhirat,hendaklah dengan ilmu…Jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu…”

Jadi,jelas bahawa ilmu itu penting dalam sesebuah kepimpinan.Dengan ilmu seseorang itu mampu mencipta misi hidup yang jelas dan misi hidup yang jelas itu bakal menentukan pula cara hidup kita.Seterusnya,cara hidup kita itulah yang bakal menentukan cara mati kita dan seterusnya menentukan cara kita dibangkitkan adakah menuju syurga Allah yang penuh kenikmatan ataupun menuju neraka Allah yang penuh kesengsaraan.

Dan semestinya rukun kepimpinan yang lain ialah doa.Doa merupakan senjata umat Islam.Oleh itu kita disarankan untuk selalu berdoa memohon kepada Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t.

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.”

(Surah al-Mu’min, 40: 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Surah al-Baqarah, 2: 186)

Berdoalah kepada Allah s.w.t. kerana Allahlah yang Maha Mendengar dan hanya kepada Allahlah tempat kita memohon segalanya.Mohonlah kepadanya agar kepimpinan kita selalu dalam keberkatan dan keredhaan-Nya serta mohonlah kepada-Nya untuk memudahkan segala urusan kita dalam usaha memakmurkan bumi Allah dengan kepimpinan Islam tercinta.

 

Penutup

Program Simposium Persatuan Pelajar Islam Miri 2011 yang julung kalinya diadakan banyak memberikan ilmu yang berguna untuk diri yang sangat memerlukan ilmu.

Saya agak kagum dengan perkongsian cerita dari wakil pelajar Islam SJK Chung Hua yang mana sekolah mereka hanya mempunyai 50 lebih orang pelajar Islam sahaja daripada 1000 lebih dan sekolah mereka masih belum wujud Persatuan Pelajar Islam disekolah mereka.Namun,semangat yang mereka bawa sebagai pelajar Islam telah membawa kepada pelbagai aktiviti atau program Islamik yang diadakan disekolah mereka.Semoga Persatuan Pelajar Islam akan diwujudkan di sekolah tersebut..

Konklusinya,setiap kepimpinan itu adalah amanah kepada pemimpin,baik yang dipimpin itu hanya sebuah organisasi kecil.

Al-Quran dan Sunnah bukan ditinggalkan hanya untuk menjadi bahan bacaan,tetapi kedua sumber utama pegangan umat Islam itu mempunyai atur cara kepimpinan yang harus diikuti dan ditaati oleh setiap pemimpin bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Jadilah seorang pemimpin yang berguna untuk diri,masyarakat,negara dan semestinya berguna untuk kembali menegakkan agama Allah s.w.t. dimuka bumi.

Dengan berakhirnya simposium Persatuan Pelajar Islam itu tadi,Persatuan Pelajar Islam disetiap sekolah di bahagian Miri kini lebih mudah untuk bersatu dan bergerak dalam satu jemaah dalam usaha membawa rakan-rakan dan pelajar Islam lain untuk sama-sama kembali kepada tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. serta dalam usaha menunjukkan bahawa Islam adalah cara hidup yang paling sempurna.

Sesungguhnya,cabaran dan dugaan sedang menanti dihadapan ‘perjalanan’ ini.Hanya hamba Allah yang kuat dengan berbekalkan iman yang mantap mampu menghadapinya.Semoga kita semua mampu menghadapinya dengan sebaik mungkin dan semoga ada diantara anda yang membaca bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan untuk menegakkan agama Allah s.w.t.

Kepimpinan Islam itu sukar,tapi kepimpinan itu adalah sebuah KEMULIAAN..

Wassalam…

 

 

 


 
2 Komen

Posted by di 26/03/2011 in Kepimpinan

 

Label:

2 responses to “Generasi Ulul Amri Berilmu

  1. bintu haslan

    03/04/2011 at 4:26 pm

    syabas…xrugi pergi kan…
    sy pun antara duak mok pegi x..sbb hari ya ada pemilihan akhir softbal….alhamdulillah Allah ya perancang terbait…byk manfaat..:)

     
    • nurudhin94

      03/04/2011 at 4:39 pm

      yup…banyak manfaat dri simposium ya…wlaupun first time di polah,simposium ya mmg bagus..harap dpt d teruskn untuk tahun-tahun seterusnya(wlupun dah xda dlm sekolah gik)…mnyokong dri belakang..:)..

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: